UKURAN MENGENAI PERJALANAN PILIHAN RAYA DAN SPR
Sebelum pilihanraya umum ke-12, antara isu yang sering dibangkitkan ialah SPR tidak telus, wujudnya pengundi hantu dan SPR bersekongkol dengan kerajaan. Selepas pilihan raya umum ke-12 setelah lima negeri dikuasai oleh barisan pembangkang yang membentuk kerajaan campuran di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta PAS menguasai Kelantan, tidak timbul isu pengundi hantu, SPR tidak telus dan meragui keputusan pilihan raya umum ke-12. Namun menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, gegak gempita negara dibuatnya dengan isu pengundi hantu, senarai daftar pemilih tidak bersih. Bagaimanapun apabila menang di kedua-dua kerusi, tidak juga dapat dibuktikan wujudnya pengundi hantu malah mereka lupa apa yang disuarakan kerana asyik meraikan kejayaan. Terbaru, apabila SPR memutuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diharapkan, SPR kembali dituduh melampaui batas kuasa mereka dan mulalah lagu lama dinyanyikan klembali.
AKUAN BERSUMPAH, TUDUHAN DAN SIASATAN
Sejak mula ditubuhkan, PKR amat dikenali dengan dokumen yang namanya akuan bersumpah. Semua diakuankan secara bersumpah. Walaupun daripada sudut perundangan, akuan bersumpah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan kemudiannya membayar RM5 kepada pesuruhjaya sumpah untuk dicop, ia seolah-olah menjadi dokumen yang telah membuktikan tuduhan. Setelah tuduhan, akuan bersumpah dibuat dan desakan agar siasatan siasatan dijalankan, ukuran yang digunakan oleh PKR terutama kepada musuh politkknya ialah : Belum pun kertas siasatan dibuka, desakan pertama ialah digantung tugas kerana ini untuk keadilan. Jika orang yang dituduh itu ada kaitan dengan sebarang kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang dituduh tidak boleh campur tangan dalam sebarang kes yang melibatkan Anwar (Contoh kes liwat yang terbaru terahdap Anwar, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara langsung sebagai institusi langsung tidak boleh ada kaitan dengan kes berkenaan hanya semata-mata Anwar membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (BPR ketika itu) terhadap kedua-dua pegawai terbabit. Terbaru, desakan Angkatan Muda PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak digantung tugas hanya kerana ada seorang pemimpin Bahagian PKR buat dakwaan berhubung dengan tawaran RM50 juta. Namun, jika ada yang membabitkan pemimpin PKR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sekadar ada aduan atau laporan tetapi telah pun disiasat, beliau masih boleh meneruskan tugas dan tidak perlu digantung tugas. Anwar sendiri ada kes di mahkamah, beliau sepatutnya ‘bercuti’ dahulu daripada tugas Ketua Pembangkang. Itu pun kalau mengikut standard keadilan dan ketelusan PKR sendiri namun ia tidak berlaku. Malah dalam kes Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu sendiri -semasa mereka jadi Exco Kerajaan Negeri Perak sebelum ini - PKR dan kerajaan Perak mengenepikan dan pandang remeh semua desakan agar ' bercuti' dulu sehingga kes mahkamah atas dakwaan keatas mereka. Namun kini bila kedua mereka beralih angin - PKR dan kerajaan Perak menyerang mereka habis-habisan.
DEMOKRASI, HAK DAN KEBEBASAN
Dalam konteks demokrasi, PKR mahu dilihat sebagai jaguh mempertahankan prinsip demokrasi di negara ini. Sebelum memperolehi sedikit kuasa , PKR sering mempertahankan hak sesorang untuk berpersatuan atau berpertubuhan (jika menyokong mereka) namun jika ada penyokong mereka keluar parti untuk menyertai parti lain (sesuai dengan hak berpesatuan yang diperjuangkan oleh PKR sendiri) ia dianggap satu pengkhianatan dan wujudnya sogokan. Namun kini setelah berkuasa sedikit, dalam perkembangan terbaru, perkara yang ditentang dahulu iaitu lompat parti kini telah menjadi sesuatu yang begitu demokratik di mata PKR. Contohnya ADUN Bota, Nasaruddin Hashim diangkat sebagai hero oleh PKR. Malah Anwar sendiri secara terbuka mengakui menjalankan usaha melobi serta mengajak wakil rakyat Barisan Nasional untuk melompat parti bagi memenuhi impian peribadinya menjadi Perdana Menteri. Namun ia dibuat atas nama rakyat kononnya. Begitulah demokratiknya PKR dalam soal hak berpertubuhan jika ia menguntungkan mereka.
Namun dalam isu dua ADUN PKR di Perak iaitu ADUN Behrang dan Changkat Jering belum pun meninggalkan atau melompat parti hanya berbeza pendapat dengan kepimpinan, mereka rupanya telah diikat dengan surat perletakan jawatan. Adakah ini satu tindakan demokratik. Malah, pelbagai usaha dibuat bagi ‘mematikan’ kedua-dua ADUN itu dengan berusaha untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Alasannya, perlu mendapat mandat rakyat. Lagi sekali rakyat dijadikan alasan. Namun jika itu ukuran PKR kenapa tidak melaksanakan perkara yang sama di Bota. Minta Nasaruddin letak jawatan bagi bolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk mendapat mandat rakyat. Agaknya ukuran yang digunakan oleh PKR dalam konteks demokrasi, hak dan kebebasan ialah seperti ungkapan yang selalu digunakan “ hak engkau hak aku, hak aku tetap hak aku”. Maknanya. apabila ada wakil rakyat melompat sertai mereka ia satu amalan demokrasi, hak dan kebebasan yang perlu dihormati. Namun jika ada wakil mereka pula cuba untuk menyertai parti lain, mereka diikat dengan surat letak jawatan (ini demokratik ke) dan pelbagai tohmahan dilemparkan (seperti diugut, disogok) dan didesak adakan pilihan raya kecil bagi mendapat mandat rakyat katanya. – 3/2/2009
Artikel dari Agendadaily.
komen moderator
Hipokrasi terbesar oleh pakatan rakyat. Satu untuk engkau sepuluh untuk aku.yang lainnya aku punya.....He....He....He......baru adil...
1 ulasan:
Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL
Catat Ulasan