Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja. Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini. Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti : - Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ? - U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer) Dsb.... - Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi... - U better learn how to walk first ? Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka.
Kalau raja dahulu kala memberi dekri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sejurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan. Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini. Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka.
Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni... Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu.... P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...
Komen Mod
Ini adalah satu artikel yg diperolehi dari Tranungkite online yg dikirim oleh seorang yg menggunakan nickname Phyxius. Mungkin ini cerita sebenar yang berlaku dalam mesyuarat exco kerajaan negeri perak dibawah PR.Mungkin inilah sebabnya Timbalan speaker DAP pun berpaling tadah.Begitu juga dengan Yb Jamaludin dan Yb Osman.Kalau ini sebabnya maka logiklah mereka keluar dari pakatan rakyat.Tapi bekas Mb Nizar, demi mempertahankan kedudukan dan kemewahan sanggup untuk memperhambakan diri mempertahankan kedudukannya.Kalau betul ini yang berlaku betapa hinanya nizar ini bagai lembu dicucuk hidung oleh dua bersaudara ini.Tetapi pada masa yang sama menuduh YB Jamal dan Yb Osman termakan sogokan dari BN berjuta2 ringgit.Cuba kita renungkan betapa hinanya tindakan nizar ini sekiranya perkara ini benar2 terjadi.Sehinggakan membawa kecelakaan dipihak baginda Sultan Perak.Kalau betul wang yang jadi perkiraan YB2 yang melompat saya kira dengan jawatan mereka yang ada, banyak peluang yang boleh diperolehi dengan jawatan tertinggi negeri yang sudah mereka sandang.Tapi mereka memilih untuk keluar dari pakatan dan sudah pasti momentum sebenar tindakan mereka adalah dari kejadian yang diceritakan diatas.Sayangnya cerita ini tidak tersebar ke khalayak ramai.Harapan saya adalah supaya cerita ini dapat tersebar untuk kita lebih memahami politiking sebenar di Perak yang membawa kepada keruntuhan empayar PR di Perak.Kalau ramai maklum situasi sebenar ini saya percaya kejadian rusuhan dan penderhakaan terhadap sultan seperti yang berlaku hari ini dapat dielakkan.
Jawapan Kepada SST Naik & Cukai Baharu Diperkenalkan.
8 bulan yang lalu
23 ulasan:
Apepun keputusan sultan perlu di hormati. DAULAT tuanku.
Betul tu !!
Daulat Tuanku...
artikel ini menarik sangat..perlu dihebohkan.
tq
Assalamualaikum wbt.
Tapi adakah ini betul, jangan kita pula jadi pemfitnah. Sebaiknya kita siasat kesahihannya. Kalau tak betul kita akan jadi pemfitnah kepada YB Nizar. Kalau tak pasti kita diam je, janganlah kita nak menambah dosa kita yang dah terlalu banyak ni. Kalau betul dan sahih, tafaddhal sebarkanlah, supaya rakyat tak tertipu. Maaf ye....
owh.. ini rupanya cerita disebalik tabir. patut pon banyak dasar gomen Perak nih macam DAP yang buat. kalo tak cukup banyak kerusi cam gini la jadiknye. takpe.. PRU13 kang PAS keje kuat lagik bior dapat lagik banyak kerusi. senang sket nak mentadbir. kalo tak pon, combine aje PAS dengan UMNO. dasar berasaskan Al-Quran & As-sunnah. senang cite. kalo tidak, asalkan pasal kepentingan Melayu/Islam, mesti bergadoh. meluat tgk
http://nasilemakbungkus.blogspot.com
macam ada logiknya tu la pasal boleh lulus tanah 999 tahun.Org cina ckp no 9 = kaya...so 999 = kaya kaya kaya.
SAUDARA MELAYU SEPANG,
Sangat menarik artikel ini ,saya ingin memasukkan kedlm blog saya untuk di war-warkan .Semua org melayu dan rakyat malaysia perlu mengetahui kedudukan sebenar dari cerita ini . Izinkan saya SAUDARA BLOGMASTER MELAYU SEPANG...
Hidup BPN UNTUK RAKYAT MALAYSIA.... BENDA YG BAIK JANGAN DITANGGUHKAN....WASSALLAM.....
Ini baru di Perak, DAP dapat lebihan kerusi. BAYANGKANlah oleh kita semua JIKA DAP dapat lebih kerusi di Parliment kita...Alamatlah......Ayuh anak anak semua pertahanakan KeMelayuan kita, biar apa dia orang nak kata. Pertahankan satu satunya Tanah Air tercinta.
Rasis?? Memanglah kita sayangkan bangsa kita. Salahkah kalau kita sayang pada Bangsa kita sendiri? Kalau kita tak sayang pada bangsa Melayu, Bengali mana pulak nak sayang pada bangsa kita ke?
Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.
Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.
Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.
Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.
Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.
Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.b
Daulat Tuanku.
MANA PERGI BROTHER. KTERBANG TAK BERLEPAS LAGI KE. KE NAIK KERETA LEXUS MB YNG ROSAK TU. RINDU LAMA TAK TULIS.
Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.
Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.
Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.
Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com.
Kalau BN menang di Bukit Gantang ini bermakna sokongan orang ramai itu adalah menunjukkan sokongan kepada Najib sebagai PM.
Ini ada kaitan dengan strategi pilihanraya tahun 2004, ketika itu Pak Lah sebagai PM yang baru, didapati sokongan orang ramai kepada BN meningkat.
Salam..maaf jika salah ruang..cuma nak perkenalkan PUSAT RAWATAN IMANTHERAPY MALAYSIA..mungkin bermanfaat dan dapat membantu mereka yang bermasalah. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com atau www.tagged.com/imantherapy. Terima kasih.
Salam Perjuangan Sahabat,
Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa bangga di atas perjuangan ANDA dalam memberikan info2 dan isu2 politik tanahair dari UMNO khasnya melalui blog.
Kami juga berharap agar kita dapat bekerjasama dan berkongsi pendapat dengan lebih baik selepas ini mengenai pengendalian blog.
Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, En Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Perjuangan khas buat anda.
Sila layari laman blog kami www.umnogombakselatan.blogspot.com dan komen2 dan pendapat dari anda amat dialu2kan.
Sekian,
HIDUP UMNO. HIDUP BN...
Ikhlas dari,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU
ps : Blog anda dalam senarai link blog kami.
nizar giler kuasa, kunci kereta camry pun liat nak pulang haha..
Satu kupasan yang menarik dan patut dikongsi bersama
Salam Perjuangan
salam org sepang..
artikel yg hebat..
ni blog sy
http://www.buaya-merah.blogspot.com/
kemana perginya tuan punye blog ini. lama dah tak mujncul. mengapa. apa terjadi
Salam ziarah.
Tuan mohon linkkan dengan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com/
Tuan...mohon linkkan bllog pahangku.com Terima Kasih
Catat Ulasan