23 Disember 2008

"MasyaAllah"..... Mohd Sayuti Omar mengucap panjang...

Syabas Khairy Jamaluddin kerana keberaniannya hadir dalam forum wacana perdana"Transformasi Politik Malaysia" anjuran urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan.
Saya terpaku seketika semasa membaca laporan dari blog mso,dimana secara terang -terang dalam forum tersebut Husam musa menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno! MasyaAllah!

Beliau menyatakan keterpegunan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap pendekatan dan stail pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai buktinya. Untuk rekod Guan Eng beberapa kali menceritakan yang beliau membaca kehebatan Umar Abdul Aziz sebagai seorang khalifah yang adil dan saksama. Bagi Pas langkah Guan Eng itu dianggap sebagai Guan Eng menerima konsep dan prinsip pentadbiran Umar Abdul Aziz.

Maknanya disini apa yang difahami,dipelajari dan diamalkan oleh orang UMNO tentang Islam selama ini tidak cukup darjatnya dibandingkan dengan pemahaman DAP.DAP lebih Islam dari orang islam itu sendiri.sebab itulah apabila Husam musa terlepas kata utk melaksanakan hudud dlm perbahasan itu,kenyataannya cepat2 ditarik balik,demi untuk menunjukkan betapa fahamnya DAP itu dengan Islam....Tapi kenapa bila kerajaan penang anjur I- dance jalanan,pemuda pas mogok pula ye...Bukankah DAP itu lebih Islamnya dibandingkan UMNO.Itukah konsep kefahaman Islam yg Guan Eng lebih tahu dari UMNO.Mungkin PAS pun kurang tahu Islam dari DAP kot......

17 Disember 2008

"Buy Malaysian Last" oleh Pakatan Rakyat

Apa rasionalnya tindakan negeri -negeri pakatan rakyat berhubung isu penggunaan kereta rasmi kerajaan negeri. tindakan ini sedikit sebanyak dapat melemahkan industri automotif negara yang mana kerajaan bertungkus lumus menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelamatkan industri ini demi maruah negara.Ini juga melibatkan industri sokongannya yang mana melibatkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kita sendiri.

Apakah alasan menjimatkan kos penyelengaraan jangka panjang demi menyelamatkan wang rakyat (pembayar cukai ) boleh diterima .Kalau betul itu natijahnya ...untuk menyelamatkan wang rakyat ,kenapa tidak saja menggunakan kenderaan yang lebih murah.MYVI atau WAJA contohnya.Nah ....sudah pasti jawapannya ialah tak sesuai dengan imej kerajaan negeri.Jadi disini jelas...kos bukan isunya.Kalau dulu semasa belum memerintah banyak kritikan dilemparkan kepada BN.Membazirlah merompak duit rakyatlah dan macam2 lagi.

Kenapa sekarang ini pakatan rakyat tidak lagi mempamerkan imej sederhana Nik Aziz.Tak duduk rumah rasmi kerajaan negeri.Tinggal rumah sendiri.Ternyata pemimpin pakatan rakyat cuma berpura-pura.Berbohong dengan menggunakan Islam sebagai topeng kononnya warak, tidak bermewah2.Hakikatnya pakatan rakyat hipokrit .Dari pandangan orang bukan Islam.Dulu mereka cukup tertarik dengan imej zuhud Nik Aziz.Sekarang rahsia dah terbongkar.Bila pakatan rakyat berkuasa,mereka sendiri tak mampu mengikut jejak langkah Tuan guru seperti yang diwar2kan.

Sekurang-kurangnya Pak Lah yang diejek,hina dan keji oleh pakatan rakyat itu pun, cuma guna Proton Waja sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Malaysia.Tindakan “buy malaysian last” ini hanya menampakkan imej dan semangat pakatan rakyat untuk menghancurkan keutuhan ekonomi dan semangat kebolehsaingan Malaysia diperingkat global.Sungguh-sungguh tidak patriotik.betul kata Datuk Zahid Hamidi.

Kalau alasan kerajaan Terengganu pun tak patriotik ,saya terima tapi sepatutnya pakatan rakyat mengambil iktibar peristiwa Terengganu dimana akhirnya walaupun mercedez telah dibeli,ia hanya digunakan sebagai kenderaan tetamu dan mereka masih dikehendaki menggunakan perdana V6 sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.Ini adalah sebagai memenuhi dasar automotif negara yang sepatutnya dituruti sama oleh kerajaan Pakatan rakyat.Jelas pakatan rakyat tidak ada tanggungjawab dan tidak mahu memikul bebanan tanggungjawab negara walaupun mereka telah berkuasa......Malang sungguh negara mempunyai politikus yg sebegini.

12 Disember 2008

Lain padang lain belalang,Lain dulu lain sekarang.

Kerajaan Selangor Belanja RM 2.1 Juta Untuk Kereta Camry

Eksklusif:
Apabila memegang jawatan dahulu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa kesemua EXCO Selangor akan terus menggunakan kereta sedia ada selagi belum tiba masa lupus iaitu lima tahun.
Namun, PembangkangSelangor difahamkan kerajaan negeri telah pun membuat pembelian sebanyak 14 buah kereta baru jenis Toyota Camry untuk kegunaan EXCO kerajaan negeri. Kos keseluruhannya dianggar sekitar RM 2.1 juta.Memandangkan kebanyakan kereta EXCO masih berusia dua tahun, pembelian ini sahaja melanggari prosedur sedia ada kerajaan negeri yang mensyaratkan penggunaan selama lima tahun sebelum sesebuah kereta diganti baru.Kerajaan negeri juga telah membazir sekitar RM 600 ribu apabila membuat keputusan membeli 14 buah Toyota Camry ini. Harga bagi Proton Perdana V6 hanyalah sekitar RM 120, 000 berbanding Camry RM 168 000 sebuah.
Apakah pembelian ini diputuskan oleh Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri atau oleh segelintir dua EXCO yang diketahui mempromosi penggunaan Camry sejak beberapa bulan lalu?Tan Sri Khalid juga dilihat melupai kata-kata beliau sebelum ini bahawa tidak akan menukar kereta Proton Perdana V6 kepada kereta camry seperti cadangan EXCO Kanan Ronnie Liu. Ini juga menimbulkan tanda tanya siapakah yang menguasai kerajaan Selangor hari ini, Khalid atau Ronnie. Jika ini dilakukan oleh kerajaan BN pastinya ia dianggap membazir. --------------------------------------------------------------

Petikan Akhbar Utusan ARKIB : 27/07/2008 -->
Selangor terus guna Proton Perdana

SHAH ALAM 26 Julai - Kerajaan Selangor tidak bercadang menggantikan kereta Proton Perdana V6 dengan kereta baru sebagai kenderaan rasmi anggota Exco kerajaan negeri walaupun ada menerima cadangan berbuat demikian.Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, semua kereta itu yang digunakan anggota Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sebelum ini, akan terus digunakan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.
"Kita tidak bercadang untuk menukar kereta-kereta itu dalam tahun ini tahun depan, kita akan lihat dari segi bajet terlebih dahulu.
"Kalau tidak baik (rosak), kita betulkan dan teruskan penggunaannya," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Buku Selangor 2008 di sini hari ini.
Semalam beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat menukar kereta Proton Perdana V6 kepada Toyota Camry untuk kegunaan anggota Exco seperti dicadangkan Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu.
Isu mengenai pertukaran kereta rasmi timbul apabila Kerajaan Terengganu menukarkan kereta Proton Perdana V6 Executive kepada Mercedes E200 Kompressor atas alasan kereta nasional itu memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Mengenai kos penyelenggaraan semua kereta Perdana V6 yang digunakan exco, Abdul Khalid mengakui kosnya agak tinggi memandangkan ada antara kereta berkenaan yang sudah lama digunakan.
"Saya tidak ada perangkaan terperinci tetapi kita tidak dapat buat perbandingan antara Proton Perdana dengan kereta lain sebab semua kereta (Exco) kerajaan negeri adalah kereta Proton Perdana," katanya.
Mengenai kemungkinan kereta Proton Perdana terbabit akan digantikan dengan model lain tahun depan, beliau berkata, perkara itu memerlukan kajian terlebih dahulu tetapi buat masa ini tidak ada cadangan untuk berbuat demikian.
"Kita akan cuba dapatkan pengiraan kereta yang memberi pulangan lebih ekonomi," ujarnya

http://www.pembangkangselangor.com/


ulasan MOD.

Patutlah guna proton v6 hingga bonet enjin terbukak.tak pernah dibuat orang.rupanya ada udang sebalik batu.Impiannya sudah menjadi kenyataan.Yg Tan sri MB pulak apa dah jadi. dulu kata lain.Dah seronok lain pulak tindakannya.

30 November 2008

RESOLUSI SIDANG 29 NOVEMBER 2008 6/2008

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, semakin ramai yang berani dan bersemangat menyertai Parlimen Blogger Pembela Negara yang kini samada yang lama dan baru berjumlah 55 laman blog keseluruhannya. Kesungguhan dan sokongan ini yang kami mahukan agar semua umat islam dan melayu dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama mengutarakan pendapat dan berbicara mengenai hal ehwal semasa samada dari pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Dewan BPN juga telahpun diganggu oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab membuat kacau dengan menyamar sebagai seorang bukan melayu, seorang gay dan seorang pejuang pro pakatan rakyat. Kira-kira 50% ahli BPN malam semalam, 29 November 2008 bersama berkumpul di dewan persidangan maya di laman pena picisan telah membincangkan isu tindakan Timbalan Presiden MCA, iaitu Chua Soi Lek yang membuat kenyataan berbaur perkauman apabila menafikan hak ketuanan melayu. Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.

Justeru, kami dengan sebulat suara berbincang mengusulkan :

1) Kenyataan Chua Soi Lek menentang ketuanan melayu adalah demi populariti dan juga cuba menjadi seorang lagi jaguh masyarakat cina. Kenyataan Chua juga seperti mempunyai agenda tersembunyi mengkaburkan isu skandal seksnya bagi mempromosikan dirinya kembali ke pintu kabinet sebagai menteri setelah menang mengejut di dalam pilihanraya parti lalu. Ianya bukanlah kenyataan yang bernas dan bijak kerana di dalam situasi keadaan politik yang tegang, tidak seharusnya Chua menambahkan lagi bahang suasana demi tujuan politik peribadi dan populariti. MCA seharusnya memberikan nasihat dan hukuman di atas kenyataan Chua yang berbaur perkauman.

2) Semua pemimpin dan menteri kabinet bukan melayu seharusnya tidak menentang keistimewaan dan ketuanan melayu di bumi Malaysia kerana sebagai 'role model' dan ikutan teladan kepada pengikut-pengikut, perlunya mereka memahami dan menuruti untuk mendukung perlembagaan Malaysia sepenuhnya demi menjamin kestabilan politik semasa.

3) Perlunya menteri-menteri, exco-exco, pemimpin-pemimpin dan juga pegawai tertinggi tidak kira samada dari parti-parti kerajaan (UMNO) mahupun parti-parti pembangkang (PKR&PAS) untuk bersatu teguh bersama dan sepakat dengan lebih berani bersuara mengenai campurtangan hal ehwal agama Islam dan juga campurtangan mengenai hak dan keistimewaan melayu. Tindakan YB Zulkifli Nordin (PKR-Kulim-Bandar Bharu) bersuara dan menegur semua jemaah YB kerajaan dan pembangkang di sidang Parlimen Malaysia suatu ketika dulu amat terpuji dan berani kerana katanya mengenai agama yang perlu diutamakan seterusnya barulah berfikir mengenai parti adalah tepat.

4)Oleh kerana islam dan melayu adalah kelompok agama dan bangsa utama dan terbesar di Malaysia, seharusnya kita bersatu dan bukan berpecah belah sehingga memberi kelebihan kepada bukan bumiputera mempertikaikan hak-hak kita. Kerjasama kepimpinan akar umbi, pemuda dan wanita bagi kesemua parti dari kerajaan dan pembangkang perlulah diwujudkan bagi menghasilkan satu ikatan teguh dan berani bertindak membela dan memperjuangkan hal ehwal agama islam dan hak ketuanan melayu yang semakin dinafikan bukan islam. Kerjasama ini walaupun agak sukar diadakan, cukuplah sekadar tidak rasmi bersuara searah kearah mempertahankan hak agama islam dan bumiputera.

5)Sepatutnya orang bukan melayu lah yang sepatutnya memperingati dan perlu jelas dengan kontrak sosial kerana ianya telah memberikan peluang kepada nenek moyang mereka untuk menjadi warga Malaysia suatu ketika dahulu yang datang merantau di bumi tanah melayu mencari rezeki. Orang Melayu tidak untung apa-apa dengan perjanjian itu kerana sebahagian hak-hak melayu sebagai penduduk asal tanah melayu telah pun dilepaskan demi kesejahteraan bersama.

6)Kerajaan perlu bertegas kembalikan semula fungsi sistem sekolah wawasan di tahap WAJIB yang mana sebelum ini sekolah wawasan dikatakan kurang mendapat galakan kaum bukan melayu. Ianya perlu selepas kita melihat kegagalan sistem yang ada untuk menyatukan semua bangsa. Apatah lagi selepas generasi baru sudah tidak memahami asal kontrak sosial dan juga kemerdekaan negara yang bertunjangkan ketuanan Melayu Islam sejak zaman berzaman.

7)Perlunya setiap ahli BPN untuk menyiarkan resolusi ini bagi memastikan maklumat ini tersebar dan tiada lagi unsur sabotaj di dalam kontrak sosial oleh bukan melayu yang mahu menjadi ultra dan jaguh menuntut hak yang menjadi perkara muktamad di Malaysia.

Ahli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 28 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.

Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com/
Setiausaha I BPN

MINIT MESYUARAT / BLOGGERS PEMBELA NEGARA BIL 5/2008 ( edisi terkini )

Tarikh : 21 November 2008Masa : 9.00 mlm hingga 12.00 mlm
Tempat : http://chatroll.com/bloggers-pembela-negara

Kehadiran : 31 online

1. PanglimaCyber
2. Che Moq
3. Ahlang
4. Fazrulls
5. Selendang_delima85
6. Dr Nov
7. Chegu Man
8. Bro Jinggo
9. Zealforce
10. Mizi24
11. Perjuang Bangsa
12.Abg Tuah
13.Warga
14. Apai_nye
15. Summadaksabah
16. Taipingmali
17. Sang Tawal
18. Slumber

13 ahli sidang yang lain bertaraf guest dan tidak dapat dipastikan namanya..

BIL AGENDA
1. Ucapan Speaker
1.1 Ucapan ringkas dari Panglima Perang Cyber Selaku Speaker Dewan
1.2 Membincangkan untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi Dan Exco setiap Negeri
1.3 Setiap ahli membuat cadangan dan dipersetujui
2. Perlantikan AJK
2.1 Ahli sebulat suara telah bersetuju melantik ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dicadangkan dan ahli yang dilantik akan ditetapkan sehingga ada aduan dari pihak yang tidak berpuas hati barulah undian akan dibuat semula.
2.1.1 Antara AJK yang telah Dilantik ialah:
i. Penasihat – Dr Novandri ( belum rasmi kerana masih menunggu jawapan )
ii. Speaker – Panglima Cyber
iii. Timbalan – Cheguman
iv. Setiausaha 1 – Che Moq
v. Setiausaha II – Selendang Delima
vi. Biro Multimedia – Desprado
vii. Biro Pemuda –Fazrulls
viii. Kelab Senator – Zealforce
ix. Biro Seberang Laut – Azzuhrie ( Kelab UMNO Mesir )
x. Exco Negeri :
-i. Perlis
-ii. Kedah
-iii. Pulau Pinang – Pejuang Bangsa
-iv. Perak- Taiping Mali
-v. Selangor- Melayu Sepang
-vi. Wilayah Persekutuan – Bro Jinggo
-vii. Negeri Sembilan
–viii. Melaka
-ix. Johor- Jebat
-x. Pahang
-xi. Terengganu
-xii. Kelantan
-xiii. Sabah- Sumandak
-xiv. Sarawak- Apai Ngelai
TINDAKAN : Semua Ahli
2.2 Semua Ahli berpuas hati dengan perlantikan tersebut.
2.3 Manakala jawatan yang masih kosong akan diisi pada mesyuarat yang akan datang..

3. Membuat Peraturan Forum
3.1 Membincangkan untuk menetapkan peraturan-peraturan tertentu bagi mengelakkan berlakunya salah faham antara ahli-ahli.
3.2 Perbincangan tertumpu pada penggunaan ayat-ayat yang ditaip secara penuh SEMASA SIDANG RASMI bagi menggelakkan ketidakfahaman ahli-ahli yang lebih senior.
3.3 Peraturan lain akan ditetapkan dan sedang dirangka oleh Che Moq selaku setiausaha 1 dan juga Panglima selaku Speaker.
3.4 Cadangan
3.4.1 Satu Cadangan telah dibuat oleh Selendang Delima iaitu setiap ahli yang baru menyertai Forum hendaklah memberi salam dan memperkenalkan diri serta menyertakan Blog mereka. Cadangan diterima.TINDAKAN : Semua Ahli

4. Mengadakan Mesyuarat Pada hari Yang Ditetapkan
4.1 Membincangkan tentang hari-hari tertentu untuk mengadakan perbincangan
4.2 Speaker Dewan iaitu Panglima Telah memaklumkan hari Isnin Rabu dan Jumaat telah dipersetujui sebagai hari Perbahasan.
4.3 Hari Selasa,Khamis dan Sabtu sebagai Hari untuk membincangkan soal Organisasi BPN
4.4 Semua Ahli bersetujuTINDAKAN :Semua Ahli

5. Logo
5.1 Membincangkan logo Forum BPN.
5.2 Cadangan Ahli:-i Logo yang ada dibuang Jata Negara
ii Diletakkan Al-Quran diatas Rehal
iii Keputusan yang diambil iaitu Al-Quran diatas Rehal dan keris dibelakang dikecilkan
sedikit saiz logo tersebut
iv Perubahan logo akan dibuat oleh Desprado dan akan di undi malam esok 28.11.2008
TINDAKAN :Semua Ahli

6.Ucapan PenangguhanPengerusi mengucapkan terima kasih dan menangguhkan sesi perbincangan ke malam esoknya dan berharap apa yang dirancang akan dapat dijalankan dengan jayanya.Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 malam
TINDAKAN :Semua Ahli

Disediakan oleh,

Selendang DelimaSetiausaha 2 Bloggers Pembela Negara.Disemak oleh,Panglima CyberSpeaker Blogger Pembela Negara
Dikemaskini semula,Bro Jinggo ( http://brojinggo.blogspot.com/ )Exco Wilayah PersekutuanP/S :- MINIT MESYUARAT INI YANG PALING SAHIH DAN BETUL.

RESOLUSI SIDANG PARLIMEN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA NO 4/2008

Tajuk : NGO bukan Islam tidak patut tentang Fatwa dan Isu berhubung NGO anti Islam di Malaysia

Resolusi Pertama : Blogger Pembela Negara mendesak Kerajaan supaya Majlis Agama diberi kuasa lebih luas untuk membanteras NGO NGO yang menentang Fatwa atau memporak perandakan fahaman Islam sebenar di samping menyelaraskan majlis agama negeri-negeri seluruh Malaysia..

Resolusi kedua : Kita kena hapuskan pengaruh NGO seperti Sister In Islam dan NGO bukan Islam yang bersikap anti kepada Islam dengan mendesak kerajaan menyekat gerakan mereka samada di media massa, media cetak atau media eletronik..Jika tidak berjaya barulah dikenakan tindaan keras seperti ISA dan sebagainya.

Resolusi Ketiga : Blogger Pembela Negara juga bersetuju ISA atau Akta Hasutan 1948 digunakan bagi mengekang kegiatan mengganggu ketenteraman awam termasuk menyebar fahaman feminin dan Islam Liberal oleh sesetengah NGO bernama Islam terutama SISTER IN ISLAM kerana menghasut rakyat menentang fatwa walaupun fatwa itu tidak terpakai ke atas bukan Islam.Kami bersetuju bahawa ISA masih lagi wajar di dalam mencegah kemungkinan mudarat besar berlaku serta ia tidak mencabul hak asasi manusia. Atau nas nas agama

Resolusi Keempat : kerajaan perlu menyiasat dengan teliti semua NGO bernama Islam atau tidak, bagi memastika mereka tidak menjadi proksi barat yang ingin menghancurkan kemurnian akidah umat islam di malaysia.

Resolusi Kelima: Semua blogger perlu menyedarkan umat Melayu Islam di Malaysia tentang bahayanya fahaman Islam Liberal oleh Sister In Islam ini, terutamanya yang turut diperjuangkan oleh pemimpin pemimpin PKR sehingga menjadikan Islam sudah jauh berbeza dari akidah dan syariatnya yang asal.Laporan disediakan oleh,Panglima Perang
Cyberhttp://penembak-tepat.blogspot.com/

Di atas resolusi yg telah dicapai malam ni.

Suasana forum agak menarik dihujung-hujung selepas ketibaan Datoseriandalas.perbincangan isu politik terkini. MOD

RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG NO 03/2008

TAJUK UTAMA : RESOLUSI BANTAHAN PENGGUGURAN TULISAN JAWI OLEH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DI PULAU PINANG

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, seramai lebih kurang 17 ahli Parlimen Blogger Pembela Negara samada yang lama dan baru dapat sama-sama berkumpul dan berbincang bersama untuk mengutarakan pendapat dan sokongan padu mengenai resolusi bantahan pengguguran tulisan jawi oleh kerajaan pakatan rakyat di Pulau Pinang.
Kami ahli BPN telah bersama berbincang dan mencadangkan beberapa persoalan dan masalah yang timbul di kala pengguguran tulisan jawi di papan tanda yang menjadi isu dan hal yang dibangkitkan kerajaan pakatan rakyat di negeri-negeri kekuasaan mereka lebih-lebih lagi oleh pemimpin-pemimpin bukan melayu pakatan rakyat.

(Kepada rakan-rakan BPN, sila maklumkan che moq jika terdapat maklumat atau info yang tidak dinyatakan semasa perbincangan di sini.)

Justeru, kami dengan sebulat suara mengusulkan:

1) Penggunaan bahasa selain bahasa kebangsaan di papan tanda jalan tidak dapat diterima selain mendapat kelulusan dan penilaian pihak yang lebih arif dan patut bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa kebangsaan contohnya Dewan Bahasa dan Pustaka. Isu ini harus diteliti dan perhalusi kerana di kebanyakan negara utama industri pelancongan, negara maju dan kuasa besar dunia tidak juga mengaplikasikan papan tanda pelbagai bahasa kerana lebih menghormati bahasa kebangsaan.

2) Pengguguran tulisan jawi di papan tanda di kawasan Wilayah Persekutuan tidak harus berlaku kerana tulisan jawi juga adalah bahasa kebangsaan dan tiada unsur pencabulan Perlembagaan Persekutuan berlaku, malah disesetengah tempat seperti di Johor Bahru dan lain-lain bandar besar, ianya diterima masyarakat.

3) Setiap individu beragama Islam dinegara ini seharusnya menguasai tulisan jawi, menekankan penguasaan tulisan jawi pada anak-anak mereka dan juga memartabatkan jawi sebagai tulisan yang melambangkan identiti melayu bagi memastikan tulisan jawi menjadi tulisan kedua umat Melayu-Islam dinegara ini dan dengan ini, sebarang usaha memartabatkan jawi tidak dipandang sinis oleh mana-mana pihak lebih-lebih lagi kepada bukan melayu kerana kita sendiri menghargai tulisan jawi sebagai tulisan budaya melayu zaman berzaman.

4) Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya diberi kuasa sebagai badan rujukan untuk membuat penilaian atas spesifikasi papan tanda jalan yang hendak dibangunkan oleh PBT termasuklah menjadi pihak rujukan kerajaan tempatan dalam meluluskan lesen papan tanda premis-premis perniagaan untuk semakan penggunaan bahasa melayu yang betul dan sempurna.

5) Tindakan individu dan pemimpin Melayu dalam Pakatan Rakyat membiarkan isu-isu sensitif islam dan tulisan jawi yang digunakan untuk pengajian agama Islam-Melayu ratusan tahun dahulu ternoda dek kerana mengejar agenda peribadi adalah tindakan menghina dan meminggirkan tulisan dan agama rasmi Malaysia secara perlahan-lahan kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang melayu islam.

6) Semua orang Islam dan juga bukan islam dari semua parti politik tidak kira pengikut mahupun pemimpin diseru hendaklah didesak hentikan tindakan mempertikaikan isu-isu sensitiviti masyarakat yang telah dipersetujui dalam kontrak sosial dan perlembagaan sebelum ia akan menjadi tragedi 13 Mei yang boleh mengancam keselamatan negara kita yang turut dihuni oleh pelbagai bangsa dan agama.

7) Suara bloggers perlu menjadi suara persepakatan dalam satu tujuan membetulkan kepincangan yang berlaku dalam politik yang didalangi oleh mereka yang berkepentingan peribadi dan politik tanpa mengira kesan yang akan timbul kepada perpaduan dan keamanan negara kitaAhli-ahli Blogger Pembela Negara akan menyiarkan resolusi ini di setiap laman blog masing-masing bagi menarik perhatian orang ramai dan pengunjung untuk turut serta memperjuangkan perkara yang telah diperbincangkan di konferensi sidang pada 24 November 2008.Kerjasama para ahli BPN amat diharapkan demi merealisasikan suara kita tersebar kepada rakyat.Kami percaya apabila usaha ini dibuat secara kolektif dan bersepadu, pihak kerajaan akan terpanggil untuk melaksanakannya. Perbincangan selanjutnya akan dibincangkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan satu suara yang relevan lagi bermanfaat bagi semua rakyat Malaysia.Oleh itu, adalah diharap pihak-pihak yang terlibat segera mengambil tindakan sewajarnya. Semoga perjuangan kita dapat melahirkan suasana masyarakat majmuk yang lebih erat dan harmoni.

Sekian terima kasih dari saya.

Che Moq a.k.a http://che-moq.blogspot.com/
Setiausaha Parlimen Blogger Pembela Negara

LAPORAN PERSIDANGAN MAYA BLOGGER PEMBELA NEGARA KALI KE II ( 2/2008 )

24 NOVEMBER 2008 SELASA.

Sidang Parlimen Blogger Pembela Negara ( BPN ) semalam telah dihadiri seramai 17 peserta termasuk pemerhati. Jumlah ini menyamai rekod sebelumnya dan ada yang hadir merupakan buat kali pertama.
Sidang yang sepatutnya membahaskan tajuk Hudud antara arah PAS dan sikap UMNO ditangguhkan oleh majoriti memandangkan ahli merasa ia satu tajuk yang berat dan memerlukan masa yang banyak untuk mengkajinya.
Semakan terkini bagi blog ahli baru yang mendaftar boleh dilihat di senarai blog induk BPN atau di blog Speaker Dewan Parlimen Blogger iaitu Panglima Perang Cyber

Berikut antara agenda yang telah dibincangkan :

1. Logo diterima sebulat suara dan turut dihadiri perekanya iaitu Desperado Blogger Pilihan Anda,,,Namun keputusan berubah kemudiannya apabila Dr Novandri Blogger Minda Intelek mencadangkan untuk mengubah kedudukan keris dan juga saiz. Ahli lain turut sependapat dan mencadangkan untuk warna yang lebih terang lagi.
Serta dimasukkan kalimah Allah dan Rasulullah dalam logo seperti komen SangTawal dalam blog Penembak Tepat . Cadangan ini harapnya dibaca oleh Desperado dengan hati terbuka dan sedia berkhidmat demi negara.

2. Desperado juga dilantik mengetuai Biro Multimedia bagi menjadi pakar rujuk kepada permasalahan IT para ahli BPN..Memandangkan kemahirannya di dalam bidang tersebut.

3. Selendang Delima seorang peserta bertaraf Senator ( kerana tidak ada blog ) turut dilantik sebagai Biro Promosi pasukan BPN ini..

4. Sumandak Bayu dipilih sebagai Exco Negeri Sabah. Yang lain belum ada cadangan dan perlantikan lagi setakat ini.

5. Semua besetuju agar ahli ahli memberi laporan melalui Yahoo Messenger kepada Penembak Tepat selaku Speaket Dewan jika mereka menemui blog yang membuat fitnah atau menghasut untuk tindakan lanjut.
Seterusnya beliau akan membuat pengumuman kepada pasukan untuk buat tindakan sewajarnya samada digerakkan pasukan untuk menjawab kembali di blog ahli dengan membuat artikel atau memberi komen penjelasan beramai ramai di blog tersebut…

6. Ipoh Malay cadangkan dibuat hari tertentu untuk bahas sesuatu tajuk dan juga dibuat nombor untuk setiap resolusi seperti 3/08 untuk rujukan.. Dicadangkan hari Isnin Rabu dan Jumaat untuk perbahasan. Hari lain untuk perbincangan tentang organisasi BPN..

7. Abang Tuah telah dilantik sebagai Biro Etika dan Tatacara bagi mengawal etika blogger BPN agar sentiasa mengikut lunas undang undang negara Malaysia..

8. Dr Novandri dilantik menjadi Penasihat Blogger Pembela Negara dan Panglima sedang menunggu persetujuan beliau…Jika tidak calon lain akan dipilih..

9. Biro Akhbar dicadangkan kepada sidang dengan melantik Ipoh Malay yang sering menulis kepada utusan Malaysia sebelum ini dan sering juga disiarkan artikelnya di sana.Blog himpunan artikel beliau ialah http://tempelak.blogspot.com/

10. Speaker ( Penembak Tepat ) juga dipersetujui untuk membina Yahoo Group bagi memudahkan edaran email sesama anggota BPN bagi melicinkan lagi gerak kerja semua dalam memerangi musuh negara.


Itulah antara hasil permesyuarahan ahli Parlimen Bloggers dan semoga ia akan menjadi asas kepada pergerakan ini untuk terus cemerlang gemilang dan terbilang dengan SATU SUARA SATU ARAH DAN SATU AKIDAH dalam memberi manfaat kepada Agama Bangsa dan Negara.


Diharap semua ahli menyalin kembali laporan ini untuk disiarkan di blog peribadi masing masing...


Sekian.


Laporan disediakan oleh
Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Siap pada Jam 3.54 pagi Hari Rabu 25 Nov 2008

Laporan Konferensi Pertama Team Blogger Malaysia

Selama ini semua blogger hanya melayari laman blog blogger lain dan bertukar komen.
Kini marilah kita bersama memulakan inisiatif baru untuk berbincang dengan lebih efektif dalam usaha menghubungkan sesama kita bersama dengan lebih pantas dan mudah.

Mulakanlah langkah setapak dengan menyokong usaha ini bersama.Sebentar tadi (Jam 8.35 pm sehingga 12.25 am) 20 November 2008 berlangsungnya satu konferensi pertama bagi bloggers yang menyahut seruan blogger Penembak Tepat dalam usaha bersama untuk bergabung idea di Yahoo Messenger.

Antara bloggers yang sempat hadir adalah :-

Panglima Cyber = penembak-tepat.blogspot.com
Che Moq = che-moq.blogspot.com
Zealforce = Pemerhati bukan blogger
Sarfa MS = sarfarizmalsaad.blogspot.com
Hakeem = sejarahmelayu.blogspot.com
Cheguman = waadat.blogspot.com
Ah Lang = perigijernih.blogspot.com
Dato Seri Andalas = medan-info-kita.blogspot.com
Dr Novandri = novandri.blogspot.com

(Nama dalam catatan Che Moq. Jika ada nama blogger yang hadir tetapi Che Moq tidak maklumkan diatas, sila tinggalkan mesej di dalam komen)

Ia satu inisiatif Penembak Tepat bagi merapatkan saf dan hubungan sesama blogger yang mana lebih cenderung mencintai hak, maruah dan keistimewaan bumiputera khususnya melayu yang tidak senang dengan :-

Sikap pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat yang mula menunjukkan belang dengan menggadaikan maruah dan hak melayu.
Blogger Pakatan Rakyat yang menggunakan sumber palsu fitnah dan gosip di dalam penulisan mereka kepada pemimpin dan blogger lain.Senarai mereka yang menyertai team ini akan diletakkan di dalam bloglist khas di blog masing-masing (usaha sendiri tuan blog untuk membuat bloglist baru bagi semua ahli group) khusus bagi ahli yang menyertainya.Nama group akan dibincangkan di perjumpaan kedua malam ini jam 9 malam (21 November 2008). Antara nama awal yang telah dibincangkan sebentar tadi adalah Parlimen Blogger Malaysia, Angkatan Blogger Malaysia dan Team Blogger Negara. Semua ahli digalakkan dan dialu-alukan untuk memberi sumbangan idea tentang nama,logo dan slogan yang akan dibina.Siapa yang layak untuk menyertai?

1)Bloggers UMNO tidak kira dari penyokong pro Pak Lah, Najib, Muhyidin, Isa Samad, Muhd Taib, Ali Rustam, Khairy, Mukhriz, Khir Toyo atau sesiapa sahaja tidak kira di dalam dan luar negara.
2)Bloggers neutral yang mahu menegakkan hak dan keistimewaan melayu dari terus dicabul.
3)Bloggers Pakatan Rakyat yang sudah muak dengan perjuangan palsu parti pimpinan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.
4)Bukan Bloggers (akan dinilai penembak tepat)

Setiap ahli akan menziarahi blog ahli lain dan saling bekerjasama memberi komen dan pendapat tentang sesuatu isu atau masalah dan pandangan yang berlaku atau disentuh oleh team kita.

Semua dialu-alukan berkongsi idea, pendapat dan cadangan sesama ahli.Begitu juga jika ada blog yang dilihat tidak mengamalkan etika sebagai blogger terhormat maka kita akan gerakkan team ini bagi menegur beramai ramai tindakannya demi mengelakkan kesan yang buruk terhadap negara kita.Di dalam konferensi pertama sebentar tadi, kelihatan usaha ini membuahkan hasil dengan visi dan misi ianya diwujudkan dapat dicapai dan berjaya memisahkan fahaman dan sokongan peribadi masing-masing demi berkongsi idea untuk menyerang Pakatan Rakyat. Semua forumer yang berbincang sepakat dengan memulakan sesi taaruf suai kenal, bertukar email dan laman blog untuk di masukkan ke bloglist, bersembang tentang tujuan bersama dan juga cadangan-cadangan menarik untuk dibawa ke konferensi kedua malam ini (21 November 2008)
Objektif utama cadangan penembak tepat selaku Speaker Dewan adalah :-

1)Mengumpulkan blogger2 pembela negara
2)Mempromosi blog blog team di blog ahli team.
3)Memberi komen pandangan setiap artikel yang ditulis oleh team blogger.
4)Melawan pandangan songsang terhadap usaha murni kerajaan serta mengkritik tindakan yang dirasakan tidak sesuai dibuat oleh kerajaan dengan berhikmah dan mauizah hasanah.
5)Mengeratkan hubungan antara blogger utk pengaliran info maklumat terkini.
6)Memastikan agama bangsa dan negara dikuatkan dengan team blogger harapan Malaysia ini.

Di harap dapatlah kiranya bloggers bersama memulakan langkah awal bersama dengan add email penembak tepat di bawah untuk memulakan gerakan membina rangkaian blogger negara Malaysia. Pada peringkat permulaan conference room di bawah YMpanglimaperangcyber@yahoo.com akan digunakan sementara usaha membina medium
perbincangan yang lebih baik akan dilakukan:-
Email Speaker Dewan : panglimaperangcyber@yahoo.com
Email Che Moq : utusan_che_moq@yahoo.com

Semua dijemput hadir ke konferensi maya kedua pada :-21 November 2008 / 9.00 MalamPerhatian : Sila add YM email speaker dewan untuk menyertaiLaporan oleh :-Che Moq ( che-moq.blogspot.com )

27 November 2008

Fitnah,bohong budaya penyokong PR


Sampai bila agaknya kaedah ini akan digunakan utk menyebar sentimen kebencian yang pada akhir maksudnya membawa kepada persepsi supaya rakyat membenci pihak kerajaan.Hari ini satu lagi fitnah yg dijana selama ini tersebar keblog dan laman web pro pembangkang terbongkar pembohongannya lagi apabila Saiful Bukhari Azlan bekas pembantu kepada Dato Seri Anwar Ibrahim ,hadir di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan pagi ini .Beliau kelihatan sihat tidak seperti yang dilapurkan agen fitnah negara kononnya beliau telah dimakan sumpah.Dilapurkan beliau mengidap penyakit kelamin,sedang nazak dan yang lebih dashyat lagi telah meninggal dunia
Sebelum ini Ketua polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga pernah dilaporkan sakit lumpuh separuh badan.koma dan mcm2 lagi akibat memfitnah Anwar.Hakikatnya Tan Sri Musa sihat dan muncul dalam siding akhbar di rumahnya.beberapa fitnah lagi yang akhirnya terbukti tidak benar antara lainnya fitnah bergambar yg mana kononnya ada pertemuan antara Dato Seri Najib ,Razak Baginda dan mendiang Altantuya dibuktikan dengan gambar superimposed yg disiarkan dlm blog Tian chua.Fitnah ini laku diterima sehingga dibawa sebagai bahan kempen pilihanraya umum dan kecil.
Fitnah konon nya kerajaan Malaysia memberikan makanan hampir menyamai makanan anjing kepada Teresa kok semasa dalam tahanan ISA terus menampakkan kebobrokkan politikus pembangkang,akhirnya menyaksikan episode permohonan maaf setelah Teresa tidak dapat putar lagi bila rakaman percakapannya disiar dalam Buletin Utama TV3.
Kemuncak fitnah yang seterusnya menjadi lambang kebodohan tegar penyokong pembangkang ialah fitnah 916 kononnya Anwar Ibrahim mendapat sokongan yang besar yang membolehkan beliau menjadi perdana menteri Malaysia yg ke enam.dengan sokongan puluhan ahli parlimen bn menyeberang menyokong pembangkang.
Adakah ini ciri2 kepimpinan yang diharap menjadi alternative kepada kepimpinan Negara yang ada.yang hidup diatas fitnah dan penipuan utk mencapai kepentingan diri.Inikah lambang kepimpinan Islam yang diperjuangkan Pas......Fikirkan....

26 November 2008

Keahlian Blogger Pembela Negara

MelayuSepang telah mula menganggotai BPN dgn penyertaan dlm sidang BPN mulai semalam 25NOV2008.semoga dapat memantapkan lagi perjuangan.Maaf juga dr MOD kerana dah lama tak update blog.

24 November 2008

...............Sesungguhnya ALLAH SWT yang maha mengetahui.....

PADA MULANYA…
1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983) KEMUDIANNYA.. PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.
PADA MULANYA…
2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”. KEMUDIANNYA.. Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.
PADA MULANYA…
3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi” KEMUDIANNYA.. Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.
PADA MULANYA…
4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ba bi." KEMUDIANNYA.. Kerajaan Selangor dan Kedah yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan ba bi bahkan mencanggihkan ladang ba bi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan ba bi.
PADA MULANYA…
5 PAS kata: Tun Dr. Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi. KEMUDIANNYA.. Bila Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Dr. Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.
PADA MULANYA…
6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…” KEMUDIANNYA.. Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.
PADA MULANYA…
7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat. KEMUDIANNYA.. Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”
PADA MULANYA…
8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir” KEMUDIANNYA.. PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.
PADA MULANYA…
9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”. KEMUDIANNYA.. PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.
PADA MULANYA…
10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”. KEMUDIANNYA.. PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)
PADA MULANYA…
11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”. KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.
PADA MULANYA…
12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain. KEMUDIANNYA.. Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.
PADA MULANYA…
13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah. KEMUDIANNYA.. PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?
PADA MULANYA…
14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?
PADA MULANYA…
15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam” KEMUDIANNYA.. PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.
PADA MULANYA…
16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya” KEMUDIANNYA.. PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.
PADA MULANYA…
17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah” KEMUDIANNYA.. PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.
PADA MULANYA…
18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib). KEMUDIANNYA.. PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?
PADA MULANYA…
19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka. KEMUDIANNYA.. PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.
PADA MULANYA…
20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam KEMUDIANNYA.. PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah) PADA MULANYA… 21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam. KEMUDIANNYA.. PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

28 Ogos 2008

DAP BERJAYA REALITIKAN HASRAT LEE KUAN YEW

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 12:24 AM . Thursday, August 28

1. LAKONAN Lee Kuan Yew yang paling hebat ialah semasa dia menangis teresak-esak sehari sebelum YTM Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Lee Kuan Yew menulis dalam Bibliografinya bahawa dia cuba berusaha menyelamatkan Singapura supaya terus berada dalam Malaysia, namun YTM Tunku tetap dengan keputusannya.

2. Bagi penulis, Lee Kuan Yew menangis bukan kerana Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dia Menangis kerana impiannya untuk menawan negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia melalui PAP dan konsep Malaysian Malaysia itu telah gagal berkecai. Lee Kuan Yew sebenarnya bercita-cita untuk menawan Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang di mana penduduk Cina majoriti atau hampir sama dengan orang Melayu. Itu cerita 40 tahun dulu, hari ini konsep Malaysian Malaysia yang disambung oleh DAP (adik PAP sebenarnya ) telah dihidupkan kembali dan sudah menguasai KL, Selangor, Ipoh dan 100% Penang. Lim Guan Eng hari pertama dilantik Ketua Menteri, tidak lagi menyebut Pulau Pinang sebaliknya menyebut Penang.

3. Sepanjang Tun Dr. Mahathir menjadi PM, Lee Kuan Yew seingat penulis menyebut 3 kali keinginannya untuk bergabung semula dengan Malaysia. Lee KUan Yew sedar, Singapura sudah tepu, sebab itu apabila Singapura memenangi kes Pulau Batu Puteh, mereka masih tak puashati, sebab itu mereka menuntut lagi kawasan perairan di situ ( EEZ ). Kerajaan Thailand sangat bijak apabila membatalkan pembelian saham Telekom Thai oelh Temasek Singapura. Alasan Thai sangat tepat iaitu faktor keselamatan. Memang benar kerana jika Temasek berjaya membeli saham satelit Thai, maka intipan Singapura ke atas Thai semakin mudah.

4. Orang Melayu di Malaysia tidak sedar, Singapura adalah diam berisi. Singapura dijaga oleh Amerika dan Israel. Semua komponen tentera Singapura dibeli dan diselenggara sama ada oleh Amerika atau Israel. Mossad sendiri berpangkalan di Singapura. Maka tidaklah hairan Malaysia Today server dia dah relocated di Singapore-based.

5. Orang Melayu juga tidak sedar, Amerika tidak mahu dalam sesebuah negara itu ada kaum yg Dominan dan memiliki hak istimewa. Sebab itu Amerika Tidak menandatangani Konvensyen Hak-Hak Orang Asal PBB. Amat malang Anwar mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat ( Malaysian Malaysia). Mudah difahami Malaysian Malaysia adalah Klon Malayan Union. Malah Persatuan Gereja Sabah juga sudah menghantar surat terima kasih kepada Anwar kerana sokongan Anwar menggunakan nama Allah oleh Gereja, malah MP PAS ( Khalid Samad) pun bersetuju Allah digunakan merujuk kepada God. Peliknya Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz mendiamkan sahaja.

6. Hari ini apabila kuasa politik bangsa Melayu yang selama ini dijaga oleh UMNO semakin terhakis, DAP terutamanya dan NonMalay dalam PKR sudah berani mempersoalkan kesucian agama Islam, sudah berani bercakap ya dan tidak kepada Raja-Raja Melayu, sudah berani berkata boleh dan tidak boleh dalam soal hak istimewa orang Melayu. sudah berani meletakkan syarat kepada bangsa Melayu.

7. Penulis percaya sasaran DAP seterusnya ialah menguasai Kerajaan Persekutuan. Kempen mereka pada PRU12 dahulu...Undi MCA=Undi Melayu semakin berjaya. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jelas menunjukkan DAP sudah kontrol minda bangsa mereka untuk menolak Melayu sebagai kuasa utama di negera ini. Mereka memaksa Pemimpin dan Bangsa Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, tetapi adakah Pemimpin dan Bangsa mereka mengamalkan konsep Malaysian Malaysia. Contoh yg paling terdekat...apakah Bahasa Utama dalam Konsep Malaysian Malaysia...Bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Terbukti di kalangan mereka , komuniti mereka tidak ada satupun yang menggunakan bahasa Melayu(bahasa Malaysia) apabila berkomunikasi!
Mereka mahu menjadikan Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia) sebagai bahasa sejarah sahaja sebagaimana lagu Majulah Singapura di Singapura! Kalaulah Hang Tuah, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Syed Albar, Datuk Harun Idris masih hidup...

Artikel dari blog Jentayu abaka

16 Ogos 2008

Ingatan semula buat Melayu/Islam Permatang Pauh.

Ini sebagai panduan dan ingatan buat pengundi Melayu/Islam di Permatang Pauh amnya dan petugas pilihahraya kecil pakatan rakyat khasnya.

15 Ogos 2008

Luahan kekecewaan pemuda PAS Selangor.




Jumaat 15 Ogos 2008 12 Sha'ban 1429 Hijrah
Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng
Mohd Nor Yahya Thu Aug 14, 08 5:05:39 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.
"Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.
"Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran," kata Mohd Sany.
Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.
"Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.
"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.
"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan," katanya sebagai sokongan usul 'Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat'.
Beliau juga berkata, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri. - mj/mks. _

sumber Harakahdaily.



Ulasan mod

Gambaran manifestasi sebenar hubungan PAS dalam PAKATAN RAKYAT berjaya diterjemah dalam muktamar Dewan Pemuda PAS setelah kerajaan PAKATAN RAKYAT terbentuk di Selangor dan Pulau Pinang.Di mana prinsip keadilan yang didakwa MB Nizar selari dengan perjuangan Islam bilamana anggota PAKATAN RAKYAT sendiri gagal menemui pemimpin yang
mereka julang untuk menyuarakan pandangan dan bantahan.Lebih menyedihkan lagi bilamana
kenyataan perwakilan pemuda PAS itu menyatakan bahawa perjuangan mereka tidak lebih sekadar hanya menjadi penjaga parking,pengutip sampah dan penampal poster ceramah dalam meneruskan agenda PAKATAN RAKYAT.Saya merasakan bahawa perlu ada kajian semula di pihak pimpinan PAS dalam mengekalkan hubungan dengan PAKATAN RAKYAT kerana ini merupakan satu penghinaan apabila prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS hanya layak dalam soal2 yang membabitkan pengutipan sampah dan menjaga parkir sahaja.Ini jelas satu penghinaan yang melibatkan entiti perjuangan Islam itu sendiri.Walhal pula perkara ini bukan didedahkan oleh UMNO/BN bahkan ini adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan pemuda PAS sendiri dan disiar oleh akhbar Harakah. Mana maruah pemuda PAS kalau perkara ini terus-terusan menjadi agenda perjuangan mereka.Inilah bahana keangkuhan PAS bilamana menolak perbincangan ikhlas dengan UMNO dan rela menjaga parkir dan mengutip sampah DAP dan PKR yang dengan jelas tidak membuka pintu perbincangan apabila mereka berada di puncak kekuasaan.

11 Ogos 2008

Artikel dari blog Jentayu

DAP dan PAS akan tertipu.
Begitulah tajuk dalam artikel dari blog Jentayu yg disiarkan pd 11/08/08.Bagaimanapun
saya tidak menyentuh tentang artikel utamanya tapi saya tertarik dgn pandangan
ulasan pengulasnya yg mengenalkan diri sebagai En Muhammad.Berikut ini adalah pandangan beliau dan saya bersetuju dengannya.

Muhamad said...
Salam Saudara...Pada pandangan saya... DSAI tidak akan meninggalkan PR.. kerana DSAI mempunyai kepentingan dalam PR... Melalui PR sahaja beliau akan cuba mendapatkan jawatan PM.. Manakala DAP dengan agendanya tersendiri iaitu mahu menjadikan Malaysia seperti "Malayan Union" semua rakyat mempunyai hak sama rata termasuklah dalam hal ehwal agama Islam...Yang mungkin tertipu hanyalah PAS sahaja... Sebab PAS adalah parti Islam dan didalamnya majoriti Orang Melayu. DAP menggunakan kesempatan ini untuk memecah belahkan orang melayu dan Islam.. Manakala PKR adalah "jentera" yang menjalankan tugas ni... yang mendapat hasil adalah DAP dan DSAI sahaja. PAS pula tetap sama... yang hanya mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat berbuat apa-apa..Sekian, Terima kasih

10 Ogos 2008

Salah siapa,Siapa sokong, Siapa terhina.

"Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala."

"Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu."


YB Zulkifli Nordin.MP Kulim Bandar Baru.

Ulasan Mod

Petikan tulisan YB Zulkifli Nordin Mp Kulim Bandar Baru yang mana dalam tulisannya
beliau menyalahkan pihak gereja yang berhasrat menggunakan nama ALLAH dalam terbitan makalah dan gereja mereka sebagaimana kita umat Islam di Malaysia.Kita sebagai umat Islam di Malaysia ini menentang usaha ini dan Pak Lah pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa nama ALLAH adalah eksklusif utk umat Islam sahaja dalam konteks kita di Malaysia.
Walaubagaimana pun pendapat ini telah di nafikan oleh rakan sepakatan YB Zul sendiri iaitu
YB Khalid Samad MP Shah Alam dengan mengambil kira perkara itutelah menjadi kebiasaan di beberapa negara lain.


Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?

Persoalannya

1) Mengapa YB Zul masih setia menyokong pakatan rakyat sedangkan mereka mempunyai
pandangan yang berbeza dalam perkara yang amat penting kepada kita sebagai umat Islam.

2) Mengapa YB Zul menyalahkan pihak persatuan Gudwara (punjabi) kerana menyokong
usul ini,sedangkan YB Khalid Samad langsung tidak disentuh,sedangkan kita tahu bahawa
YB Zul seorang yang cukup sensitif tentang isu-isu berkaitan Islam.Kalau dulu beliau begitu
lantang memperjuangkan isu murtad dengan menuduh seolah-olah pihak kerajaan lah yang
memurtadkan ramai umat Islam di Malaysia.Sekarang apa dah jadi !!!.

3)Tidakkah YB Zul sedar bahawa rakan-rakan sepakatannya dalam Pakatan Rakyatlah
yang kuat mempertahankan isu-isu murtad dan penentangan terhadap Islam di Malaysia ini.
Kenapa sanggup lagi duduk sebaris dengan Irene fernandez,Tony pua,Sivarasa Rasiah,Tian Chua,Datuk Ambiga sendiri yang sering muncul di pentas pakatan rakyat.Karpal singh dulu pernah YB Zul kecam dlm ceramahnya sekarang bagai mana.Apakah YB Zul seorang superman
yang boleh melawan mereka semua "all by single handed" dengan izin.!!!!!

03 Ogos 2008

Dimana kredibiliti suara keadilan ?




Dua tajuk dalam keratan akhbar ini yang mendakwa memperjuangkan keadilan sewenang-wenangnya mengunakan perkataan SAH, yang manakalau dibaca memberi erti berita itu benar terbukti betul.Hakikatnya umum mengetahui bahawa apa yang berlaku adalah tidak benar seperti yang diwar-warkan.

SAH yang pertama melaporkan DSAI akan bertanding di Kulim BandarBaru,sedang hakikatnya yang terbaru DSAI mengumumkan untukbertanding di Permatang Pauh.

SAH yang kedua berkenaan laporan kes liwat.Hakikatnya dalam laporan doktor tersebut pengesahan dari Hospital kerajaan diperlukan.Apakah cukup dengan laporan yang mana pihak hospital yang bertanggungjawab sendiri tidak memperakui laporan itu adalah utk kes liwat.
Dalam senario ini, Polis belum mengeluarkan pertuduhan dan mahkamah pun belum bersidang.

Adakah akhbar begini boleh dipercayai dan boleh dijadikan rujukan dalam membuat pertimbangan.Perkataan SAH digunakan sewenang- wenang tanpa memikir dosa dan pahala dan menurut nafsu dan kepentingan sendiri.Di depan mata kita media ini cuba menipu kita semua hidup2.

30 Jun 2008

Harapan baru untuk Malaysia (Punah)


Kabinet bayangan ini telah disahkan oleh MB selangor Tan Sri Khalid Ibrahim
dalam laporan Sinar Harian 02.08.2008.
Persoalannya adakah kita sedia menerima Timbalan Perdana Menteri
selain dari orang Melayu Islam.Apakah ini selaras dengan pendirian PAS boleh menerima
Perdana Menteri selain dari orang melayu asalkan berugama Islam.Apakah Lim Kit
Siang sedia memeluk Islam atau lebih kuat mengkritik penubuhan negara Islam.
Apakan akan berlaku jika ditakdirkan Anwar Ibrahim tiada.Pemangku PM ini
akan diterima dinegara ini.
Tepuk dada tanya selera...........

01 Jun 2008

Temuramah Malaysiakini dengan Ezam Mohd Nor.

Pengakuan Ezam Mohd Nor Jun 1, 08 11:25am


Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.


Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.
Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.
Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.
Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.
Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.
Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.
Dalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.
Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.
Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.
Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.
Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.
Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan perdana menteri.
Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.
Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.
Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.
Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).
Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu".
Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.
Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.
Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.
Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.
Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.
Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.
Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.
Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.
Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.
Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar
Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.
Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya.
Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.

27 Mei 2008

Islam Hadhari di haram,maksiat berleluasa,janji tak tertunai.

Isu mengharamkan konsep Islam Hadhari yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri selangor baru-baru ini jelas bermotifkan politik semata mata.Ia juga dapat di tafsirkan sebagai menutup kelemahan diri dalam menjalankan tanggungjawab untuk terus mencari sumber baru kerajaan negeri selain memenuhi janji2 pilihanraya yang telah ditabur.Saya kira masih banyak lagi perkara mungkar dan tidak betul boleh di cegah dan saya kira pendekatan prinsip Islam Hadari ini perlu di fahami dengan mendalam.Benarkah Islam Hadhari ini membawa kepada perpecahan atau kekeliruan kepada umum. Atau ia hanya satu pendapat yang tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan Selangor sekarang ini atas perhitungan untung rugi dalam berpolitik.Pandangan saya,Islam Hadhari ini adalah tidak lebih kepada saranan kepada umat Islam dalam negara ini untuk mencapai kejayaan seperti tamadun Islam yang sebelum ini menjadi kebanggaan kita umat Islam seluruhnya.Islam Hadhari bukan satu mazhab baru atau cabang baru dalam Islam.Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang ini tidak pernah mengajar supaya mengurangkan atau menambah hukum-hukum Islam yang ada.Kerajaan mengakui bahawa hukum Islam yang ada memang telah sempurna.Tetapi salahkah kerajaan kalau sekadar menyarankan rakyatnya,supaya ada satu semangat dan kesungguhan yang dapat membawa kepada kejayaan ummah dengan lebih cemerlang.Sebagaimana seorang ayah menyarankan anaknya supaya mengambil satu sikap positif utk berjaya dlm hidup.Konsep Islam Hadhari ini juga telah terbukti diterima oleh dunia Islam dimana 90 ulama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan 1,000 ulama yang menghadiri multaqa alumni al-Azhar awal tahun ini, telah sepakat menerima pendekatan Islam Hadhari. Dilaporkan juga bahawa para ulama dunia itu turut menyarankan supaya negara-negara Islam lain mencontohi pendekatan yang telah diambil Malaysia.Justeru adalah sesuatu yang pelik apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali,mengambil keputusan untuk mengharamkan konsep Islam Hadhari di negeri Selangor.Apakah kedudukan dan ilmu beliau lebih tinggi daripada ulama2 dunia Islam yang lain.Dijangka langkah yang sama akan diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Guru Lim Guan Eng anak kepada imam besar Lim Kit Siang.Barangkali pandangan ulamak2 inilah yang menjadi panduan kepada Tuan ulamak besar Datuk Hassan Ali sebagai panduan dan rujukan dalam membuat keputusan berkenaan kepentingan umat Islam di Selangor.Datuk, buka mata dan hati.Selesaikan isu lain yang lebih penting tentang umat Islam di Selangor.Sebagaimana yang diberitahu ketua pembangkang maksiat semakin berleluasa di Selangor semenjak kerajaan pakatan rakyat memerintah.

20 Mei 2008

Tun Mahathir keluar UMNO.

Perlu di ingat keputusan Tun ini adalah atas persengketaan peribadinya dengan Pak Lah.
Tun dengan jelas memberitahu ahli UMNO yang mahu mengikut jejaknya supaya jangan menjadikan parti pembangkang sebagai platform bantahan.Jadi parti pembangkang yang lain tak perlu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong.....
Pejuang Melayu Islam,harap tabahkan hati kerana perkara ini pernah berlaku dan kita dapat menghadapi dengan tenang dan berhemah. Saya percaya ada hikmah besar atas terjadinya perkara ini.

Sila rujuk ke blog Gerakan-anti-PAS.Pada link di sebelah.
Di bawah ini adalah artikel yang di petik dari utusan online.

Ujian taat setia ahli UMNO.

AHLI-AHLI UMNO pasti terkejut, sedih dan resah apabila mendapat berita Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada parti itu semalam.
Tiada siapa pun menjangkakan beliau tergamak mengambil tindakan sedemikian. Pun begitu, Dr. Mahathir telah memberi penjelasan akan sebab-sebab beliau keluar daripada UMNO.
Biar apa pun perasaan yang melanda ahli-ahli UMNO, mereka hendaklah menerima keputusan bekas Presiden UMNO itu dengan tenang.
Marah macam mana sekalipun, tindakan Dr. Mahathir mengajak ahli-ahli mengikut beliau keluar daripada parti keramat itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang amat mencabar sekarang.
UMNO telah banyak menghadapi cabaran sejak sebelum dan selepas pilihan raya yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan pengaruh kritikan Dr. Mahathir terhadap kepimpinan parti.
Mengajak ahli keluar daripada UMNO untuk menjatuhkan kepimpinan parti adalah tidak betul, kerana ini bukan masa untuk menambahkan lagi keadaan sukar dalam parti sekarang.
Maka kesemua 3.2 juta ahli UMNO perlu bertenang dan berpegang teguh kepada moto parti 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'.
Apa yang berlaku semalam melontarkan satu lagi ujian kepada ahli-ahli UMNO. Sesungguhnya, ujian terbaru ini hendaklah menyatukan mereka selepas diuji dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Ahli-ahli UMNO perlu menerima realiti, walaupun parti itu sekarang bukan lagi segagah dahulu tetapi hakikatnya UMNO masih merupakan parti orang Melayu yang terkuat.
Hakikatnya, UMNO mempunyai 79 ahli Parlimen Melayu berbanding dengan Pas 23 wakil dan ahli Parlimen Melayu dalam PKR hanya 20 orang.
Dalam suasana politik negara sekarang, UMNO masih menjadi harapan orang Melayu. Ingatlah, UMNO lahir kerana memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Jika ahli-ahli UMNO mempunyai jiwa orang perjuangan, sudah tentu mereka tidak mudah mengalah dan luntur semangat hingga sanggup meninggalkan perjuangan.
Suasana sekarang adalah ujian besar kepada pejuang-pejuang Melayu dalam UMNO. Jika ahli-ahli parti itu berjiwa pejuang sejati, mereka tidak akan tinggalkan parti dalam keadaan apa pun.
Tindakan Dr. Mahathir meninggalkan UMNO telah membuka peluang kepada ahli-ahli untuk berfikir semasak-masaknya akan masa depan UMNO. Ahli-ahli UMNO perlu tabah menghadapi masalah yang melanda parti mereka. Mereka tidak boleh ikut tingkah laku seorang yang sedang marah.
Barangkali ada rahmat tersembunyi di sebalik apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir kepada UMNO. Ia mungkin satu ujian untuk mengukur sejauh mana kuatnya kesetiaan ahli-ahli UMNO kepada parti yang berusia 62 tahun ini.
Inilah cabaran getir sama ada ahli-ahli mahu melihat UMNO kembali kuat atau terus dihancurkan. Ahli-ahli UMNO perlu berfikir. Apakah langkah mengikut jejak Dr. Mahathir keluar daripada parti akan menyelesaikan masalah?
Fikirlah habis-habis.

Jawapan atau pembalasan dendam?

18May08 Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz
post info By Admin

Categories: Sidenotes Kenyataan Media, oleh Dato’ Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung KeADILan, 17 Mei 2008

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir
anti Islam di Amerika adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide.
Pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan yang
independen yang dibuat oleh editorial majalah Time sendiri.
Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz, yang menyatakan:
“When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would
have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while
making clear our disagreements.”
Wolfowitz sendiri mengauki bahawa ketegasan Dato’ Seri Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan
ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut secara berhadapan.
Keputusan Dato’ Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas
membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun
menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan.
Tuduhan mengenai liputan Jerusalem Post yang mengulas mengenai Dato Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga
menimbulkan pertikaian. Sekiranya Mukhriz boleh membuktikan bahawa hanya Jerusalem Post yang menjadi satu-satunya akhbar di
dalam dunia yang memainkan spekulasi bahawa Dato Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka itu bolehlah dijadikan
asas kepada tuduhan beliau yang bersifat melulu tersebut.
Hakikatnya ialah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan Barisan Nasional, sepertimana berlaku di Malaysia. Secara
objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan
Barisan Nasional dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri
Malaysia adalah benar.
Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber
dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:
* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)
* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)
* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)
* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)
* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)
* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates
(Mesir)
* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestin)
* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)
* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)
Bertentangan dengan salahtafsir Mukhriz ini, rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga di mana pandangan komuniti
antarabangsa - memilih Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka
dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali
dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia.
Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih
sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.
Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk
berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6
juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush
direalisasikan.
Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam “casino
deal”, dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah ’
sesuatu yang normal’. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak
mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.
Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin
antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang
negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.
Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan
Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.
KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan
Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan - demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan
segenap lapisan manusia.

Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha AgungParti Keadilan Rakyat

Artikel diatas telah dipetik dari link yg diberi oleh blog DSAI berkenaan Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Dato' Mukhriz di dewan rakyat.

Komen moderator:

Isu keterlibatan DSAI dengan anasir pro yahudi dan amerika telah dibangkitkan diparlimen baru2 ini oleh Dato' Mukhris Tun Dr Mahathir.Persoalan ini telah cuba dijawab oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yang baru, Dato' Salehuddin Hashim.Jawapan yg diberi oleh beliau
dilihat tidak lebih kepada jawapan utk menghentam kembali Tun Dr Mahathir, kerana soalan ini dibangkitkan oleh Dato' Mukhris.Kalau soalan ini ditanyakan oleh ahli parlimen lain saya kira Tuan Setiausaha Agung PKR tidak dapat menjawab persoalan ini kerana ia tidak
dapat mengaitkan keterlibatan Tun Dr M, yang pada beliau dilihat sebagai hujah paling kuat utk menyokong hujah jawapan balas berkenaan isu ini.

Pada pandangan saya isu ini dibawa ke parlimen utk dijawab oleh PKR sebagai penjelasan kepada rakyat.PKR tidak harus melihat perkara ini semata2 kerana usul ini dibawa oleh anak Tun Dr M.PKR seharusnya melihat isu ini telah dibawa kepengetahuan rakyat melalui dewan
rakyat dan jawapan kepada isu ini haruslah menjurus kepada penerimaan rakyat.Bukan utk menghentam Tun Dr Mahathir.

DSAI seharusnya menjelaskan negara manakah yang menaja pertubuhan yayasan masa depan (Foundation For the Future) yang sekarang ini dipengerusikan oleh beliau.Terdapat dakwaan bahawa FFF ini ditaja dan mendapat dana dari Amerika.
Perlu ada jawapan mengapa kita sebagai umat Islam perlu percaya kepada pertubuhan ini jika Amerika mengeluarkan dana keatasnya.Adakah kita boleh percaya Amerika akan mengeluarkan modal tanpa memperolehi keuntungan politik yang seterusnya melemahkan seterunya yakni Islam dalam kontek ini.
Kalau betul lantikan beliau patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia ,Mengapa secara tiba-tiba beliau bercadang utk meletakkan jawatan pengerusi FFF dlm masa terdekat ini.Adakah beliau bimbang jawatan pengerusi FFF yang disandangnya akan melemahkan pengaruh domestik politik beliau pada masa ini.Kalau kita berkunjung kelaman blog DSAI,kita boleh lihat bagaimana beliau merasa sangat lega kerana serangan ini telah dijawab oleh Setiausaha Agung partinya.Dibawah ini saya siarkan petikan ulasan beliau mengenai isu ini.

19May Serangan dijawab, kebejatan dibongkar
By Admin 83 Comments Categories: Anwar

Terima kasih Sdr Sallehuddin kerana penjelasan bersabit serangan Mukhriz.Bapa borek anak rintik. Kaedah Sun Tzu diamal oleh si anak, yakni cari helah waima fitnah sekalipun untuk mengalih dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kekayaan melimpah ranah, umur muda, kerja kurang tetapi jenuh dengan harta. Dan kini terbongkar kebejatan memusnah badan kehakiman ala peguam harapan keluarga, VK Lingam. Ha, bersilatlah.

ANWAR IBRAHIM

Persoalannya. Isu ini adalah isu berkaitan tuduhan keatas dirinya.Adalah pelik kalau dalam zaman sekarang ini dimana banyak saluran boleh digunakanuntuk menjawab tuduhan.Dengan blog sendiri ,permit akhbar parti pun telah diberikan oleh kerajaan ,mengapa tidak DSAI sendiri menjawab tuduhan2 ini melalui blognya.Kenapa sesudah beberapa hari baru timbul kenyataan oleh Setiausaha Agung partinya.Kenapa seorang dari 100 orang paling berpengaruh didunia menurut majalah TIME ini tidak berani menjawab tuduhan keatas dirinya sendiri.

Dato' Salehuddin patut tersenarai sekali dlm list 100 orang tu atas keberaniannya menjawab tuduhan keatas DSAI.
Timbul persoalan mengenai kenyataan Paul Wolfowit bahawa DSAI amat bertegas tidak bersetuju tentang dasar perang iraq oleh Amerika. Tun Dr M juga bertegas membantah dasar luar Amerika terhadap Islam.Tetapi penerimaan Amerika terhadap ketegasan Tun Dr M tidak
sama sebagaimana ketegasan DSAI.Tun Dr M terpaksa membayar sejumlah wang kepada pelobi White House utk bertemu George Bush menyuarakan pandangan beliau khusus utk umat Islam sejagat.Walhal DSAI tak perlu membayar satu sen pun utk bertemu pihak imperialis ini.Bahkan beliau mendapat layanan istimewa dan dilantik sebagai Professor di Georgetown University di Amerika .Selain itu beliau juga terlibat dalam banyak pertubuhan yang perlu diragui oleh umat
Islam kerana keterlibatan Amerika dan yahudi dalam pertubuhan2 tersebut.Ini banyak dipaparkan dlm youtube dan perlu dijelaskan oleh beliau.Lihat .rapatnya beliau dengan yahudi ini.

DSAI perlu berani kerana benar.Perlu juga timbul kerisauan dalam hati kita bila kita lihat bagaimana DSAI begitu beria-ia utk mempercepatkan perjanjian FTA antara Amerika dengan
Malaysia.Sekarang ini perbincangan memang telah berjalan diantara kerajaan dan pihak Amerika tetapi kajian teliti perlu dibuat supaya perjanjian ini membawa kepada win-win situation.Tidak memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.

Dari apa yang berlaku kita dapat melihat bagaimana rapatnya DSAI dengan pihak yahudi dan Amerika ini dan inilah yang sebenarnya menjadi kebimbangan umat Islam dalam negara kita apatah lagi jika melihat cita2 DSAI utk menjadi PM ke6 Malaysia.Kemanakah hala
tuju kita bila DSAI berkuasa.Alangkan tatkala mereka menguasai lima negeri dlm Malaysia ini pun ,banyak isu mengenai Islam seperti percetakan bible dlm bahasa melayu,penggunaan nama ALLAH dalam agama lain,soal murtad dan lain2 mula dipersoalkan, inikan pula
bila beliau mendapat mandat sebagai PM nanti.Yang peliknya DSAI hanya mengambil sikap berdiam diri apabila isu ini dipersoalkan.Dan DSAI pula berjaya mendiamkan sekutu2nya
seperti Mahfuz Omar,Mat Sabu,TG Hj Hadi,Zulkifli Nordin,Dr Hatta Ramli dan lain-lain dlm membicarakan isu-isu seperti ini.Bukan saja berdiam diri bahkan ahli parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH utk agama lain.Kalau sebelum
ini kita dapat lihat bagaimana melompatnya mereka apabila tercuit isu yahudi dan Amerika tetapi sekarang mereka senyap membisu tanpa ada sangsi.Inilah bukti apabila mereka disogok dengan kuasa,luntur idealisma perjuangan mereka.Kesimpulannya ialah jawapan
Dato' Salehuddin ini bukan menjawab soalan pokok bahkan menimbulkan soalan yang lebih besar lagi dibenak masyarakat dan rakyat dalam negara kita.