Seperti yg umum tahu,Anwar Ibrahim,seorang yang cukup berpengaruh bukan saja diperingkat negara bahkan peringkat dunia.beliau juga adalah antara 100 orang terpopular dunia mengikut penarafan majalah time utk tahun 2008.umum tahu apabila tuduhan meliwat bekas pembantunya(Saiful Bukhari) timbul,ramai rakan-rakan internasionalnya mengecam kerajaan Malaysia.Mereka menganggap bahawa tuduhan itu bermotif politik.antaranya senator Joseph Biden (regu Barrack Obama dlm pilihanraya presiden), Condoleeza Rice (s/u negara Amerika),Paul Martin(Bekas PM canada),Michael Camdessus(bekas pengerusi IMF) dan James Wolfensohn(bekas pengerusi IMF).Hubungannya pula dengan Paul Wolfowit (ultra neocon Zionist )tidak dapat disangkal lagi sehingga beliau pernah dilantik sebagai pengerusi Foundation For the Future tajaan Amerika.Disini jelas kita dapat melihat bahawa betapa besarnya pengaruh beliau diperingkat antarabangsa.
Tiba-tiba,apabila tanggal 27 disember 2008 muncul dimana tragedi yang menyayat dan menyiat-yiat hati umat Islam berlaku,(krisis Yahudi /Palestine) Anwar Ibrahim mengakui beliau hanya berperanan kecil sahaja dalam isu ini.Sama ada peranannya kecil atau sengaja mengecilkan skop peranannya itu,itu hanya dapat dijawap oleh yg empunya diri.Tapi kalau kita melihat secara umum dengan bagaimana rapat hubungannya dengan tokoh2 diatas,adalah sesuatu yang memalukan apabila beliau hanya mampu berbicara dengan Recep Tayyeb Erdogan berkenaan isu di gaza ini.Apa yang boleh kita cerna dalam situasi ini ialah ianya hanya mengukuhkan pendapat bahawa memang ada kem Erdogan dalam PAS ini.Kenapa tidak ambil tindakan tegas dengan menyatakan pandangan terhadap rakan2 zionis dan pronya bahawa tindakan Israel adalah satu kekejaman yang tidak dapat disetarakan dengan tindakan manusia.Kalau dulu berani mengecam Allahyarham Saddam Hussein,kenapa tidak berani mengecam Israel dihadapan Wolfowit.Apakah ini untuk kepentingan diri kerana apabila golongan ini tidak di usik,ia boleh menjadi penyelamat dimasa akan datang apabila beliau tersepit seperti yang berlaku sebelum ini.