27 Mei 2008

Islam Hadhari di haram,maksiat berleluasa,janji tak tertunai.

Isu mengharamkan konsep Islam Hadhari yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri selangor baru-baru ini jelas bermotifkan politik semata mata.Ia juga dapat di tafsirkan sebagai menutup kelemahan diri dalam menjalankan tanggungjawab untuk terus mencari sumber baru kerajaan negeri selain memenuhi janji2 pilihanraya yang telah ditabur.Saya kira masih banyak lagi perkara mungkar dan tidak betul boleh di cegah dan saya kira pendekatan prinsip Islam Hadari ini perlu di fahami dengan mendalam.Benarkah Islam Hadhari ini membawa kepada perpecahan atau kekeliruan kepada umum. Atau ia hanya satu pendapat yang tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan Selangor sekarang ini atas perhitungan untung rugi dalam berpolitik.Pandangan saya,Islam Hadhari ini adalah tidak lebih kepada saranan kepada umat Islam dalam negara ini untuk mencapai kejayaan seperti tamadun Islam yang sebelum ini menjadi kebanggaan kita umat Islam seluruhnya.Islam Hadhari bukan satu mazhab baru atau cabang baru dalam Islam.Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang ini tidak pernah mengajar supaya mengurangkan atau menambah hukum-hukum Islam yang ada.Kerajaan mengakui bahawa hukum Islam yang ada memang telah sempurna.Tetapi salahkah kerajaan kalau sekadar menyarankan rakyatnya,supaya ada satu semangat dan kesungguhan yang dapat membawa kepada kejayaan ummah dengan lebih cemerlang.Sebagaimana seorang ayah menyarankan anaknya supaya mengambil satu sikap positif utk berjaya dlm hidup.Konsep Islam Hadhari ini juga telah terbukti diterima oleh dunia Islam dimana 90 ulama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan 1,000 ulama yang menghadiri multaqa alumni al-Azhar awal tahun ini, telah sepakat menerima pendekatan Islam Hadhari. Dilaporkan juga bahawa para ulama dunia itu turut menyarankan supaya negara-negara Islam lain mencontohi pendekatan yang telah diambil Malaysia.Justeru adalah sesuatu yang pelik apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali,mengambil keputusan untuk mengharamkan konsep Islam Hadhari di negeri Selangor.Apakah kedudukan dan ilmu beliau lebih tinggi daripada ulama2 dunia Islam yang lain.Dijangka langkah yang sama akan diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Guru Lim Guan Eng anak kepada imam besar Lim Kit Siang.Barangkali pandangan ulamak2 inilah yang menjadi panduan kepada Tuan ulamak besar Datuk Hassan Ali sebagai panduan dan rujukan dalam membuat keputusan berkenaan kepentingan umat Islam di Selangor.Datuk, buka mata dan hati.Selesaikan isu lain yang lebih penting tentang umat Islam di Selangor.Sebagaimana yang diberitahu ketua pembangkang maksiat semakin berleluasa di Selangor semenjak kerajaan pakatan rakyat memerintah.

20 Mei 2008

Tun Mahathir keluar UMNO.

Perlu di ingat keputusan Tun ini adalah atas persengketaan peribadinya dengan Pak Lah.
Tun dengan jelas memberitahu ahli UMNO yang mahu mengikut jejaknya supaya jangan menjadikan parti pembangkang sebagai platform bantahan.Jadi parti pembangkang yang lain tak perlu bersikap hidung tak mancung pipi tersorong.....
Pejuang Melayu Islam,harap tabahkan hati kerana perkara ini pernah berlaku dan kita dapat menghadapi dengan tenang dan berhemah. Saya percaya ada hikmah besar atas terjadinya perkara ini.

Sila rujuk ke blog Gerakan-anti-PAS.Pada link di sebelah.
Di bawah ini adalah artikel yang di petik dari utusan online.

Ujian taat setia ahli UMNO.

AHLI-AHLI UMNO pasti terkejut, sedih dan resah apabila mendapat berita Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar daripada parti itu semalam.
Tiada siapa pun menjangkakan beliau tergamak mengambil tindakan sedemikian. Pun begitu, Dr. Mahathir telah memberi penjelasan akan sebab-sebab beliau keluar daripada UMNO.
Biar apa pun perasaan yang melanda ahli-ahli UMNO, mereka hendaklah menerima keputusan bekas Presiden UMNO itu dengan tenang.
Marah macam mana sekalipun, tindakan Dr. Mahathir mengajak ahli-ahli mengikut beliau keluar daripada parti keramat itu adalah satu tindakan yang tidak wajar dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang amat mencabar sekarang.
UMNO telah banyak menghadapi cabaran sejak sebelum dan selepas pilihan raya yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan pengaruh kritikan Dr. Mahathir terhadap kepimpinan parti.
Mengajak ahli keluar daripada UMNO untuk menjatuhkan kepimpinan parti adalah tidak betul, kerana ini bukan masa untuk menambahkan lagi keadaan sukar dalam parti sekarang.
Maka kesemua 3.2 juta ahli UMNO perlu bertenang dan berpegang teguh kepada moto parti 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'.
Apa yang berlaku semalam melontarkan satu lagi ujian kepada ahli-ahli UMNO. Sesungguhnya, ujian terbaru ini hendaklah menyatukan mereka selepas diuji dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Ahli-ahli UMNO perlu menerima realiti, walaupun parti itu sekarang bukan lagi segagah dahulu tetapi hakikatnya UMNO masih merupakan parti orang Melayu yang terkuat.
Hakikatnya, UMNO mempunyai 79 ahli Parlimen Melayu berbanding dengan Pas 23 wakil dan ahli Parlimen Melayu dalam PKR hanya 20 orang.
Dalam suasana politik negara sekarang, UMNO masih menjadi harapan orang Melayu. Ingatlah, UMNO lahir kerana memperjuangkan agama, bangsa dan negara.
Jika ahli-ahli UMNO mempunyai jiwa orang perjuangan, sudah tentu mereka tidak mudah mengalah dan luntur semangat hingga sanggup meninggalkan perjuangan.
Suasana sekarang adalah ujian besar kepada pejuang-pejuang Melayu dalam UMNO. Jika ahli-ahli parti itu berjiwa pejuang sejati, mereka tidak akan tinggalkan parti dalam keadaan apa pun.
Tindakan Dr. Mahathir meninggalkan UMNO telah membuka peluang kepada ahli-ahli untuk berfikir semasak-masaknya akan masa depan UMNO. Ahli-ahli UMNO perlu tabah menghadapi masalah yang melanda parti mereka. Mereka tidak boleh ikut tingkah laku seorang yang sedang marah.
Barangkali ada rahmat tersembunyi di sebalik apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir kepada UMNO. Ia mungkin satu ujian untuk mengukur sejauh mana kuatnya kesetiaan ahli-ahli UMNO kepada parti yang berusia 62 tahun ini.
Inilah cabaran getir sama ada ahli-ahli mahu melihat UMNO kembali kuat atau terus dihancurkan. Ahli-ahli UMNO perlu berfikir. Apakah langkah mengikut jejak Dr. Mahathir keluar daripada parti akan menyelesaikan masalah?
Fikirlah habis-habis.

Jawapan atau pembalasan dendam?

18May08 Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz
post info By Admin

Categories: Sidenotes Kenyataan Media, oleh Dato’ Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung KeADILan, 17 Mei 2008

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir
anti Islam di Amerika adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide.
Pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan yang
independen yang dibuat oleh editorial majalah Time sendiri.
Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz, yang menyatakan:
“When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would
have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while
making clear our disagreements.”
Wolfowitz sendiri mengauki bahawa ketegasan Dato’ Seri Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan
ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut secara berhadapan.
Keputusan Dato’ Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas
membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun
menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan.
Tuduhan mengenai liputan Jerusalem Post yang mengulas mengenai Dato Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga
menimbulkan pertikaian. Sekiranya Mukhriz boleh membuktikan bahawa hanya Jerusalem Post yang menjadi satu-satunya akhbar di
dalam dunia yang memainkan spekulasi bahawa Dato Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka itu bolehlah dijadikan
asas kepada tuduhan beliau yang bersifat melulu tersebut.
Hakikatnya ialah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan Barisan Nasional, sepertimana berlaku di Malaysia. Secara
objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan
Barisan Nasional dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri
Malaysia adalah benar.
Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber
dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:
* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)
* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)
* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)
* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)
* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)
* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates
(Mesir)
* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestin)
* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)
* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)
Bertentangan dengan salahtafsir Mukhriz ini, rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga di mana pandangan komuniti
antarabangsa - memilih Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka
dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali
dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia.
Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih
sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.
Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk
berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6
juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush
direalisasikan.
Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam “casino
deal”, dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah ’
sesuatu yang normal’. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak
mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.
Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin
antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang
negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.
Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan
Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.
KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan
Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan - demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan
segenap lapisan manusia.

Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha AgungParti Keadilan Rakyat

Artikel diatas telah dipetik dari link yg diberi oleh blog DSAI berkenaan Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Dato' Mukhriz di dewan rakyat.

Komen moderator:

Isu keterlibatan DSAI dengan anasir pro yahudi dan amerika telah dibangkitkan diparlimen baru2 ini oleh Dato' Mukhris Tun Dr Mahathir.Persoalan ini telah cuba dijawab oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yang baru, Dato' Salehuddin Hashim.Jawapan yg diberi oleh beliau
dilihat tidak lebih kepada jawapan utk menghentam kembali Tun Dr Mahathir, kerana soalan ini dibangkitkan oleh Dato' Mukhris.Kalau soalan ini ditanyakan oleh ahli parlimen lain saya kira Tuan Setiausaha Agung PKR tidak dapat menjawab persoalan ini kerana ia tidak
dapat mengaitkan keterlibatan Tun Dr M, yang pada beliau dilihat sebagai hujah paling kuat utk menyokong hujah jawapan balas berkenaan isu ini.

Pada pandangan saya isu ini dibawa ke parlimen utk dijawab oleh PKR sebagai penjelasan kepada rakyat.PKR tidak harus melihat perkara ini semata2 kerana usul ini dibawa oleh anak Tun Dr M.PKR seharusnya melihat isu ini telah dibawa kepengetahuan rakyat melalui dewan
rakyat dan jawapan kepada isu ini haruslah menjurus kepada penerimaan rakyat.Bukan utk menghentam Tun Dr Mahathir.

DSAI seharusnya menjelaskan negara manakah yang menaja pertubuhan yayasan masa depan (Foundation For the Future) yang sekarang ini dipengerusikan oleh beliau.Terdapat dakwaan bahawa FFF ini ditaja dan mendapat dana dari Amerika.
Perlu ada jawapan mengapa kita sebagai umat Islam perlu percaya kepada pertubuhan ini jika Amerika mengeluarkan dana keatasnya.Adakah kita boleh percaya Amerika akan mengeluarkan modal tanpa memperolehi keuntungan politik yang seterusnya melemahkan seterunya yakni Islam dalam kontek ini.
Kalau betul lantikan beliau patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia ,Mengapa secara tiba-tiba beliau bercadang utk meletakkan jawatan pengerusi FFF dlm masa terdekat ini.Adakah beliau bimbang jawatan pengerusi FFF yang disandangnya akan melemahkan pengaruh domestik politik beliau pada masa ini.Kalau kita berkunjung kelaman blog DSAI,kita boleh lihat bagaimana beliau merasa sangat lega kerana serangan ini telah dijawab oleh Setiausaha Agung partinya.Dibawah ini saya siarkan petikan ulasan beliau mengenai isu ini.

19May Serangan dijawab, kebejatan dibongkar
By Admin 83 Comments Categories: Anwar

Terima kasih Sdr Sallehuddin kerana penjelasan bersabit serangan Mukhriz.Bapa borek anak rintik. Kaedah Sun Tzu diamal oleh si anak, yakni cari helah waima fitnah sekalipun untuk mengalih dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kekayaan melimpah ranah, umur muda, kerja kurang tetapi jenuh dengan harta. Dan kini terbongkar kebejatan memusnah badan kehakiman ala peguam harapan keluarga, VK Lingam. Ha, bersilatlah.

ANWAR IBRAHIM

Persoalannya. Isu ini adalah isu berkaitan tuduhan keatas dirinya.Adalah pelik kalau dalam zaman sekarang ini dimana banyak saluran boleh digunakanuntuk menjawab tuduhan.Dengan blog sendiri ,permit akhbar parti pun telah diberikan oleh kerajaan ,mengapa tidak DSAI sendiri menjawab tuduhan2 ini melalui blognya.Kenapa sesudah beberapa hari baru timbul kenyataan oleh Setiausaha Agung partinya.Kenapa seorang dari 100 orang paling berpengaruh didunia menurut majalah TIME ini tidak berani menjawab tuduhan keatas dirinya sendiri.

Dato' Salehuddin patut tersenarai sekali dlm list 100 orang tu atas keberaniannya menjawab tuduhan keatas DSAI.
Timbul persoalan mengenai kenyataan Paul Wolfowit bahawa DSAI amat bertegas tidak bersetuju tentang dasar perang iraq oleh Amerika. Tun Dr M juga bertegas membantah dasar luar Amerika terhadap Islam.Tetapi penerimaan Amerika terhadap ketegasan Tun Dr M tidak
sama sebagaimana ketegasan DSAI.Tun Dr M terpaksa membayar sejumlah wang kepada pelobi White House utk bertemu George Bush menyuarakan pandangan beliau khusus utk umat Islam sejagat.Walhal DSAI tak perlu membayar satu sen pun utk bertemu pihak imperialis ini.Bahkan beliau mendapat layanan istimewa dan dilantik sebagai Professor di Georgetown University di Amerika .Selain itu beliau juga terlibat dalam banyak pertubuhan yang perlu diragui oleh umat
Islam kerana keterlibatan Amerika dan yahudi dalam pertubuhan2 tersebut.Ini banyak dipaparkan dlm youtube dan perlu dijelaskan oleh beliau.Lihat .rapatnya beliau dengan yahudi ini.

DSAI perlu berani kerana benar.Perlu juga timbul kerisauan dalam hati kita bila kita lihat bagaimana DSAI begitu beria-ia utk mempercepatkan perjanjian FTA antara Amerika dengan
Malaysia.Sekarang ini perbincangan memang telah berjalan diantara kerajaan dan pihak Amerika tetapi kajian teliti perlu dibuat supaya perjanjian ini membawa kepada win-win situation.Tidak memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.

Dari apa yang berlaku kita dapat melihat bagaimana rapatnya DSAI dengan pihak yahudi dan Amerika ini dan inilah yang sebenarnya menjadi kebimbangan umat Islam dalam negara kita apatah lagi jika melihat cita2 DSAI utk menjadi PM ke6 Malaysia.Kemanakah hala
tuju kita bila DSAI berkuasa.Alangkan tatkala mereka menguasai lima negeri dlm Malaysia ini pun ,banyak isu mengenai Islam seperti percetakan bible dlm bahasa melayu,penggunaan nama ALLAH dalam agama lain,soal murtad dan lain2 mula dipersoalkan, inikan pula
bila beliau mendapat mandat sebagai PM nanti.Yang peliknya DSAI hanya mengambil sikap berdiam diri apabila isu ini dipersoalkan.Dan DSAI pula berjaya mendiamkan sekutu2nya
seperti Mahfuz Omar,Mat Sabu,TG Hj Hadi,Zulkifli Nordin,Dr Hatta Ramli dan lain-lain dlm membicarakan isu-isu seperti ini.Bukan saja berdiam diri bahkan ahli parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH utk agama lain.Kalau sebelum
ini kita dapat lihat bagaimana melompatnya mereka apabila tercuit isu yahudi dan Amerika tetapi sekarang mereka senyap membisu tanpa ada sangsi.Inilah bukti apabila mereka disogok dengan kuasa,luntur idealisma perjuangan mereka.Kesimpulannya ialah jawapan
Dato' Salehuddin ini bukan menjawab soalan pokok bahkan menimbulkan soalan yang lebih besar lagi dibenak masyarakat dan rakyat dalam negara kita.

14 Mei 2008

Mujurrrr... masih ada cendekiawan bukan melayu yang sedar.Terima kasih kepada Prof Dr Teo Kok Seng.Pensyarah pusat pengajian bahasa UKM.

Muqqaddimah: TINDAKAN Pengerusi DAP, Karpal Singh, mempertikaikan kuasa Sultan Perak berhubung pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip), Datuk Jamry Sury, mengundang kritikan dari pelbagai pihak. Tidak cukup dengan itu, beliau mempertikaikan pula titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Parlimen ke-12. Apakah tindakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menyalahi undang-undang atau ada sesuatu di sebaliknya? Berita Minggu mengupas isu ini dengan Ziauddin Sharuddin berbicara dengan pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong.

Apakah pandangan Prof terhadap tindakan Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dan kemudian titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.
Karpal kelihatan seolah-olah mencabar Sultan. Bagaimanapun, saya rasa perkara yang lebih besar ialah mencabar ketuanan Melayu yang termasuk di dalamnya institusi Sultan, agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu. Ketuanan Melayu dicabar dan kini kita boleh melihat orang Melayu bangkit untuk mempertahankannya.
Kita lihat orang Melayu tidak lagi berparti-parti dalam isu ini. Secara peribadi, saya berasa isu ini tak betul kerana kita masyarakat Timur yang tertib. Karpal sebagai orang lama dalam politik sepatutnya tahu apa yang boleh dan tidak boleh.
Sekarang pembangkang menjadi lebih kuat. Pembangkang menerusi DAP cuba menguji keadaan, tetapi ujian ini bahaya. Saya tengok dia (Karpal) cuba menjadikan tindakannya bersifat perundangan dan bukan mencabar institusi kesultanan. Mengikut kenyataannya (Karpal) yang disiarkan di televisyen, yang dipersoalkan ialah kuasa Sultan berhubung pertukaran kakitangan kerajaan.
Tetapi orang Melayu melihat perkara ini lebih besar daripada mempertikaikan kuasa Sultan, iaitu mempertikaikan ketuanan Melayu. Saya tengok ini bahaya. Sepatutnya ahli politik seperti Karpal dan Lim Kit Siang yang mahir dan sudah lama berpolitik tahu musibahnya.
Malaysia selepas 8 Mac lalu kalau tak dapat diuruskan dengan baik boleh menjadi huru-hara. Kita boleh tengok Umno dan Barisan Nasional (BN) seperti tak dapat mengurus kekalahan kerana sebelum ini tak pernah kalah. Pembangkang, terutama DAP dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) pula ghairah hingga tak dapat menguruskan kejayaan. Dalam keadaan satu pihak gagal dan satu pihak berjaya, masing-masing berkonflik dan wujud ketegangan.
Ini ditambah dengan suasana semasa dengan kenaikan kos barang makanan menyebabkan wujud ketegangan di kalangan rakyat miskin. Orang Melayu tanpa mengira Umno, Pas, PKR pun dalam ketegangan kerana diugut bukan Melayu. Dari segi politik, pihak pembangkang cuba membentuk kerajaan pada peringkat Pusat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara faktornya. Ini menyebabkan BN agak bimbang.
Saya lihat keadaan di negara ini kucar-kacir. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan 'steady', tetapi hanya Tuhan yang tahu tekanan yang dihadapinya dari kalangan Umno dan luaran. Nasib baik tentera kita profesional. Kalau seperti Thailand dan Indonesia, tentu dengan senang merampas kuasa. Sekarang Sultan pun kena (dicabar).
Saya takut dengan tindakan Karpal mencabar kuasa Sultan dan mempertikai teks titah Yang di-Pertuan Agong. Sampai ke situ perginya, siapa yang menulis titah itu. Melampau! Maksudnya dia nak bagi tahu teks yang dibaca itu ditulis orang BN.
Hari tu sudah sekali... Kit Siang minta pulau majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak dan menyebabkan orang Melayu marah. Sepatutnya belajar dari situ. Ini kali kedua dalam masa beberapa puluh hari. Secara peribadi, saya takut boleh mencetuskan pergaduhan antara kaum.
Sekarang dilihat seperti kaum bukan Melayu mahu mencabar Melayu dan yang dicabar adalah institusi yang orang Melayu lihat seperti kudus. Kita boleh tengok orang Melayu apabila marah Karpal dan apabila institusi Sultan dicabar, bukan saja orang Umno marah, orang Melayu yang menyokong Pas pun tak suka.

Apakah keadaan yang berlaku lebih bersifat individu atau sudah timbul perubahan dalam masyarakat, ada pihak mula berani mempertikaikan sesuatu yang bersifat institusi seperti Sultan.
Saya lihat sudah ada kecenderungan yang bermula dalam kempen pilihan raya umum lalu. PKR memberi bayangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak baik dan ini datang daripada Anwar. Orang bukan Melayu mendapat latar daripada seorang Melayu yang menjanjikan senario lebih mesra kepada bukan Melayu.
Keputusan pilihan raya memperlihatkan kemenangan kepada pembangkang dan ini adalah satu peluang. Sebelum itu sudah diuar-uarkan bahawa ini tak betul, itu tak betul. Tiba-tiba mereka memerintah, orang bukan Melayu melihat ada harapan.
Itu dari segi masyarakat. Secara individu, saya kira Karpal dan Kit Siang, terkenal dengan cara begitu. Pemimpin DAP lain tak ada hingga tahap itu.

Pada pandangan Prof adakah isu mencabar kuasa Sultan ini lebih bersifat politik dan bukan perubahan budaya masyarakat.
Mungkin ada perubahan (budaya) dan ada pemikiran begitu. Kalau bercakap sesama kita pun, kadang-kadang kita bertanya apakah fungsi institusi Sultan... tetapi tak adalah hingga nak mencabar.
Ketika kempen pilihan raya lalu, orang Melayu dari PKR juga tidak mencabar institusi kesultanan, tetapi mereka seperti mempertikaikan hak istimewa orang Melayu. Orang bukan Melayu tengok ini. Mereka (bukan Melayu) selama ini rasa seperti ada diskriminasi, tetapi tak berani bersuara. Tiba-tiba ada kumpulan Melayu nak perjuangkan hak mereka dengan mengatakan hak istimewa orang Melayu patut ditarik balik... ini memberikan mereka harapan. Tiba-tiba pembangkang memerintah, lagi tinggi harapan.
Saya rasa tak ada sangat nak cabar institusi Sultan, tetapi lebih kepada hendak memperlihatkan kekuasaan pembangkang dan kekuasaan itu cuba diperlihatkan dari segi perundangan. Mungkin dari segi perundangan tindakan tertentu istana tidak betul, tetapi orang Melayu dan Timur tidak pernah mencabar kuasa Sultan.

Tidakkah tindakan mencabar kuasa Sultan memberi mesej negatif kepada masyarakat, terutama bukan Melayu.
Ya juga! Sepatutnya tak dicabar. Walaupun bukan Melayu, orang Cina dan India masih masyarakat Timur yang terkenal dengan budi bahasa. Saya kira ini negatif dari satu segi. Tindakan Karpal dan Kit Siang memperlihatkan seperti masyarakat bukan Melayu tidak taat setia kepada Raja dan negara, tetapi bukan semua begitu.

Tidakkah bahaya apabila isu begini dimainkan.
Cukup bahaya... cukup bahaya. Apabila ditemu bual dalam program Selamat Pagi Malaysia pada 15 Mac lalu, saya membangkitkan peristiwa Kit Siang minta pulaukan upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak. Saya berpendapat DAP harus lebih santun apabila berdepan isu Melayu. Saya juga menyatakan kebimbangan takut berlaku perkara buruk.
Bagaimanapun kira-kira sebulan kemudian, pemimpin DAP lain mencabar sekali lagi kesultanan Perak dan mempertikaikan titah Yang di-Pertuan Agong. Sabar orang Melayu ada hadnya, dulu sudah dimaafkan tetapi kini dicetuskan lagi. Kali ini, saya tak tahu sejauh mana kesabaran orang Melayu. Tindakan DAP ini patut digunakan perkataan biadap.
Orang tak suka saya bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya masih nak cakap... sebenarnya kita (masyarakat Cina) pendatang dan minoriti di sini, tetapi orang Cina kata tidak kerana kita sama-sama membina negara ini. Saya masih kata kita minoriti dan pendatang.
Maka, jadilah minoriti yang baik, kita mesti hormat negara ini yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Malaya pun Malay (Melayu), Malaysia pun begitu. Ketuanan Melayu perlu dan dalam Ketuanan Melayu, kebajikan bangsa lain tidak pernah terabai.
Kalau dibandingkan kaum Cina di Malaysia dengan Indonesia, jauh lumayan (lebih baik) di sini. Orang Cina Indonesia tak boleh guna nama Cina. Di Thailand pun tak boleh pakai nama Cina. Di Indonesia, mana boleh ada sekolah Cina. Thailand pun sama. Di sini tengok, kalau desak apa-apa, kerajaan bagi lagi. Ketuanan Melayu meliputi empat perkara, kuasa Sultan, hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Apakah empat perkara itu tidak sepatutnya disentuh.
Tidak sepatutnya disentuh. Ini terangkum dalam Akta Hasutan. Kalau nak disentuh pun, tidaklah dengan niat menghasut, terutama depan orang ramai. Dalam kes Karpal, ada unsur menghasut, boleh menimbulkan kemarahan dan keadaan tidak harmoni.

Apakah isu yang lebih penting diperjuangkan ahli politik
Isu berkaitan kebajikan dan kesejahteraan sebenarnya cukup banyak. Seperti sekarang, harga beras mahal, pembangkang dan kerajaan sepatutnya bersama-sama memikirkan cara menjaga kesejahteraan rakyat.
Satu perkara lagi dalam kes Karpal dan sesetengah orang bukan Melayu adalah kes tak 'reti bahasa'. Lihat Menteri Besar Perak, selepas ditegur Sultan Perak, dia 'reti bahasa'. Dia mohon maaf, walaupun dari segi perundangan, apa yang Karpal kata adalah betul, iaitu Sultan tidak ada hak, tetapi tengok sebagai orang Melayu dan Timur, dia 'reti bahasa'.
Apabila saya kata 'reti bahasa', bahasa dalam budaya Melayu meliputi adat dan pantang larang. Kes Karpal adalah kes tak 'reti bahasa'. Tengok kes Datuk Seri Idris Jusoh (bekas Menteri Besar Terengganu), dalam keadaan dia nak sangat... dia 'reti bahasa'. Dia tak lawan balik dan akur. Datuk Seri Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis) pun sama. Bukan Melayu, nak kata tak 'reti bahasa', tinggal di sini sudah lama.
Karpal dan Kit Siang berpelajaran tinggi. Mereka adalah peguam. Mereka bukan orang baru dalam politik. Mereka sepatutnya tahu.
Saya rasa di sini, mereka hendak menguji selepas ada semacam latar yang saya katakan tadi yang diberikan Anwar, dengan kuasa yang lebih kuat sekarang pada DAP dan pembangkang, cuba menguji, tetapi cukup berisiko tinggi. Orang biasa boleh mati jika berlaku konflik.
Saya kira kerajaan mula hendak membuat sesuatu berhubung isu Karpal. Bukan bertujuan menggunakan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), tetapi memadamkan api kemarahan orang Melayu. Ketuanan sudah dicabar dalam bentuk cabar tuan, Sultan. Secara peribadi, saya bimbang bila-bila saja berlaku konflik. Saya percaya rakyat, orang Melayu, Cina dan India tidak mahu ini berlaku. Semua rugi. Menang jadi arang, kalah jadi abu dan untuk mengembalikan keadaan kepada sebelum konflik mengambil masa lama.

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli politik.
Paling penting adalah ahli politik kerana mereka adalah pemimpin dan ada landasan untuk bersuara. Jika ahli politik boleh memperlihatkan politik yang sederhana dan tidak melampau yang boleh menjamin kesejahteraan dan keamanan, saya kira pengikut tidak melatah. Sekarang pemimpin yang melatah, apatah lagi anak buah.
Tindakan perlu diambil, jika tidak barang kali ada kali ketiga tindakan mencabar. Kali pertama, orang Melayu bising dan reda. Saya rasa orang Melayu bersikap sederhana. Dalam kes Karpal, yang dituntut orang Melayu sekarang ialah mohon maaf secara terbuka. Permintaan itu sederhana. Tak adalah hingga tidak terbuat oleh Karpal.
Kalau Karpal minta maaf, saya kira orang Melayu boleh lupa. Saya bukan Melayu dan menekuni Pengajian Melayu sejak Tahun Satu di Universiti Malaya pada 1979 hingga sekarang, hampir 30 tahun. Saya dapati orang Melayu ini baik, tetapi mesti kena cara. Sekarang dalam keadaan mencabar dan menghina ketuanan Melayu dalam bentuk institusi Sultan, minta mohon maaf saja.
Selepas itu harus ada kesedaran, jangan ada kali ketiga, Jangan biadap. Kesabaran orang Melayu pun ada hadnya. Setakat ini, DAP saja yang biadab dan parti ini, rata-ratanya kepemimpinan dan ahli adalah orang Cina. Jadi nampak jahat sangat orang Cina.

Apa pula peranan rakyat, terutama orang bukan Melayu yang tidak semua mahu terpalit.
Bukan Melayu perlu menyuarakan pandangan dalam media massa atau bercakap dalam forum. Inilah peranan kami yang ada gelaran atau kedudukan sedikit. Rakyat biasa pun berfikiran macam kami, tetapi tak ada peluang untuk menyuarakan pandangan.
Pemimpin DAP mesti memanggil mesyuarat untuk membincangkan perkara ini. Majoriti rakyat tidak menyokong tindakan ini. Mereka harus ambil iktibar dan yang penting, tidak boleh berlaku kali ketiga. Bahaya. Kudis pertama pun belum hilang lagi.
Baru berkuasa sikit, memerintah dua tiga negeri, sudah mencabar. DAP sendiri perlu berfikir dalam perjuangan politik, awal-awal lagi sudah nampak macam ini. Bagaimana pada masa depan orang nak menyokong. Kalau DAP, PKR dan Pas hendak terus memerintah, mereka perlu melakukan perkara yang rakyat suka.
Mungkin kita boleh pelajari pengalaman Pas sepanjang 18 tahun menguasai Kelantan. Orang Cina pun suka dan mereka tak suka BN. Satu contoh yang boleh saya beri ialah ketika BN memerintah Kelantan, peniaga daging babi hanya dibenarkan menjual daging tiga hari seminggu. Orang biasa boleh menyimpan daging dalam peti ais, tetapi empat hari peniaga tak ada kerja.
Apabila Pas memerintah sejak 1990, kerajaan negeri benarkan peniaga babi berniaga setiap hari. Begitu liberal Pas. Kalau ditanya, pemimpin Pas beritahu itu budaya orang Cina. Kenapa nak kawal? Pemimpin Pas juga dilihat hidup sederhana, tetapi pemimpin Umno dan BN nampak terlalu mewah. Orang mengaitkan kemewahan dengan rasuah dan sederhana dengan tidak rasuah.
Ini berbeza apabila DAP memerintah Pulau Pinang. DAP bermula dengan cara begitu samseng dan agresif seperti nak membubar DEB. Rakyat pun menilai, ini belum apa-apa lagi. Bagi saya, masalahnya kerana DAP kali pertama menang tidak tahu cara mengurus kemenangan. Umno dan BN kali pertama kalah, menyalahkan sana-sini, tidak tahu menguruskan kekalahan.

Ulasan moderator:

Artikel ini saya petik dari blog sanggahtoksago.blogspot yang juga dipetik dari Berita Minggu. Ia adalah sessi bual bicara antara wartawan Berita Minggu saudara Ziauddin Sharuddin dengan pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong.Saya merasa tersentuh kerana ulasan yang diberikan oleh Prof Dr Teo tentang orang melayu dan beliau membuat perbandingan berkenaan layanan yang diberi oleh kaum pendatang cina dibeberapa buah negara jiran lain.Ternyata orang melayu disini lebih toleran dan bertimbangrasa dan memahami keperluan bangsa lain .Atas dasar inilah maka kita perlu untuk mempertahankan dasar ketuanan melayu yang telah dilakar didalam perlembagaan persekutuan yang mana secara jelas hak-hak bangsa lain juga terjamin.Tetapi malangnya apabila kita membicarakan tentang kerapuhan ketuanan melayu khususnya pada era pasca pru12 ini ,saya kesal kerana ada dikalangan orang melayu sendiri menyindir dan memperlekeh usaha-usaha mempertahankan ketuanan melayu ini.Apakah jasa golongan ini selama ini sehingga sanggup memperlekehkan orang lain dalam memperjuangkan ketuanan melayu.Tidakkah mereka sedar bahawa perjuangan ini adalah untuk menjaga kepentingan mereka dan keturunan mereka.Apakah mereka berharap bila ketuanan melayu ini terjamin maka ada imbuhan bulanan akan masuk kekantung poket mereka.Kalau ini harapan mereka, maka mereka perlu istiharkan diri sebagai pengkhianat melayu dan makan gaji dengan anasir2 luar yang memang menunggu masa memporak perandakan keutuhan negara kita yang tercinta ini.Sekali lagi saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada Prof Dr Teo Kok Seong atas pandangan beliau dan berharap pandangan beliau ini akan kita jadikan pertimbangan dalam membuat sebarang keputusan.. Orang Melayu fikirkan......

13 Mei 2008

Kisah babi dan pembelanya.




Baru saya tahu inilah YB ahli parlimen Kuala Langat yang baru.Saudara Abdullah Sani Hamid.Orangnya cukup lantang.Sayang kelantangannya hanya dihadapan perternak babi utk membela kepentingan mereka (Penternak Babi).Bagaimana dengan keluhan penduduk yg terlibat di kawasan itu.Adakah yb ada turun bertemu penduduk yg terlibat.Mendengar keluh kesah mereka.Penduduk melayu yg akan diejek malukan oleh orang luar kerana ditempat mereka ada kandang babi berskala besar.Penduduk yg mungkin menghadapi bahaya akibat letupan tangki gas sisa babi.Biadapkah mereka kalau sekadar mereka meminta supaya diadakan perbincangan semula penempatan babi moden ini supaya mereka tak lagi menanggung aib dan cemuh sedangkan towkeh babi mengaut keuntungan besar.Untuk pengetahuan YB, Kerajaan BN tidak pernah menafikan yg mereka pernah melawat ladang2 moden dijerman,thailand dan beberapa tempat lagi.pertemuan dengan penternak juga telah dilakukan begitu juga dgn penduduk kampung utk meyakinkan bahawa penternakan ini bersih dan selamat.Tetapi tuan ketua kampung masih tak bersetuju utk dibuat dikawasan kampung beliau.Kerajan BN pada dasarnya setuju dengan pemodenan ladang babi ini tetapi masih perlu kajian yang mendalam .Kajian alam sekitar EIA perlu dibuat.kesan sosial masyarakat melayu dikawasan itu,ini perlu dibincangkan.Jangan bicara melulu dgn ungkapan biadap dan kurang ajar
terhadap bangsa sendiri yg mengharapkan pembelaan dari kerajaan yang mengaku boleh menurun kan harga minyak dan barang.kerajaan yang berjuang utk rakyat.Kerajaan yg tak angkuh dan zalim.kerajaan yg telus dan memahami masalah rakyat.Tunjukkan
keprihatinan kerajaan baru ini seumpama mereka membela gerakan hindraf,tunjukkan kasih kerajaan baru ini sebagaimana mereka kasih terhadap masalah setinggan Rimba jaya.Tunjukkan adil kerajaan ini terhadap penternak dan penduduk melayu dikawasan ini.JANGAN TUNJUKKAN KEBIADAPAN SAUDARA TERHADAP RAKYAT DI KAWASAN INI YANG MEMERLUKAN PEMBELAAN SAUDARA.MENTANG-MENTANG
SUDAH JADI YB BERKOKOK JANTAN DIHADAPAN TOWKEH BABI.MENGHINA ORANG KAMPUNG BIADAP DAN KURANG AJAR.LIHATLAH DIRI
DICERMIN ADILKAH TINDAKAN YB,BERJUMPA SEBELAH PIHAK YG KAYA (PENTERNAK BABI)SAHAJA .SEDANGKAN BANGSA SENDIRI TERUS
MERAYU DAN MERINTIH DIBUMI SENDIRI.BERIKAN KEADILAN SEBAGAIMANA ORANG LAIN DIBUMI INI. INI TANAH TUMPAH DARAH MEREKA .MEREKA TIDAK DIPEDULIKAN OLEH YB .ATAS KENYATAAN KERAS YB DALAM VIDEO INI JANGAN SESEKALI YB MENAFIKAN YG YB ADALAH YANG BERHORMAT PEMBELA
PENTERNAK BABI ATAU NAMA SINGKATNYA YB PEMBELA BABI........

Isu Karpal Singh, MB Nizar mula bersuara.......

Setelah beberapa hari mendiamkan diri daripada menjawab isu Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan-sultan melayu,Menteri Besar Perak hari ini mula bersuara.Namun seperti yang telah dijangkakan,kenyataan beliau lebih bersifat mempertahan sekutu beliau karpal singh tanpa ada rasa kecewa dan perlu bertanggungjawab memperbetulkan apa yang telah diucapkan oleh Karpal Singh.Dalam kenyataan beliau,beliau menganggap bahawa kenyataan karpal singh adalah atas pandangan peribadinya.Beliau juga menyatakan bahawa karpal singh berhak menyuarakan pandangannya.
Pada pandangan saya,timbul beberapa persoalan dan tanggapan bahawa beliau atas kapasiti beliau sebagai Menteri Besar Perak, yang telah dilantik atas sebab entiti Melayu Islamnya, gagal dalam mempertahankan kedaulatan Kesultanan Melayu yang telah memberi beliau kuasa mentadbir Kerajaan Negeri Perak .Beliau membiarkan Karpal singh mengeluarkan pandangan yang menghina Sultan tanpa sedikit pun menegur, walaupun beliau memegang tampuk kuasa kerajaan negeri. Apatah lagi isu ini adalah atas kesilapan beliau yang telah diakui sendiri oleh beliau dalam permohonan maafnya kepada Baginda Sultan Perak.
Persoalannya, apakah beliau setuju dengan kenyataan Karpal singh dan permohonan maaf beliau
terhadap Baginda Sultan adalah bersifat sekadar melepaskan batuk ditangga.Tidakkah beliau sedar akan kebiadapan karpal singh terhadap Sultan Perak ini, mengguris hati umat melayu islam,bukan saja di Perak bahkan seluruh negara.Ini menguatkan lagi tanggapan umum bahawa pemilihan beliau sebagai MB Perak adalah tidak lebih sebagai proksi kepada DAP yang tidak mempedulikan perasaan orang melayu islam, lantaran ia boleh dicaci- maki oleh bangsa lain.Adakah DAP lebih kesultanannya daripada Baginda Sultan Melayu pada pandangan MB Nizar.
Adakah beliau setuju bahawa atas dasar demokrasi maka semua orang berhak menyuarakan pandangan,walaupun pandangan itu mengguris hati dan perasaan sesuatu kaum dan agama .Gerakan demokrasi seperti ini memang telah wujud didunia.Sebagaimana yg kita maklum,tayangan filem video "fitna" oleh seorang ahli politik Belanda yang mencetuskan bantahan umat Islam seluruh dunia baru baru ini, adalah signifikan dengan isu ini.Cuma yang berbeza dalam dua senario ini adalah di sini ia melibatkan Kedaulatan kesultanan melayu yang menjadi tunjang kepada Agama Islam itu sendiri dalam kontek Malaysia Amnya.Beliau sebagai
pemimpin kerajaan Negeri yang mewakili semua kaum harus sedar bahawa maruah orang melayu telah dipermainkan disitu.Dan seharusnya perlu ada tindakan seorang Menteri Besar memperbetulkan keadaan ini.
Kalau kenyataan "beliau berhak menyuarakan pendapatnya" diucap oleh MB Nizar,ini seolah-olah mengambarkan bahawa beliau setuju bahawa sesiapa saja boleh mengeluarkan kenyataan walaupun kenyataan itu bersifat menghina sesuatu kaum dan agama lain.
Kita perlu sedar bahawa kita tidak perlu mengikut demokrasi acuan barat.Demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia ini ada had dan batasannya.Prinsip demokrasi inilah yang telah membawa kita sehingga ketahap sekarang ini. Dan ianya perlu dipelihara supaya tidak ada orang yang sewenang-wenangnya mengguris hati pihak lain dalam sebuah negara majmuk seperti kita ini.Kita risau sekiranya satu hari nanti isu-isu sensitif lain akan ditimbulkan. Mungkin isu mengenai Islam dan kedudukan orang melayu akan terus diganggu gugat oleh karpal singh.Apakah MB Nizar boleh menanganinya atau pun beliau terus lesu dan menurut telunjuk DAP demi untuk menikmati tampuk kekuasaannya.....MB NIZAR .Tunjukkan kredibiliti dan keberanian mu.Ini cabaran umat melayu yang memerlukan pembelaan.Bukan penghinaan.

Corak politik Anwar semasa mudanya...

Lagi mengenai Anwar Ibrahim.

Inilah bakal PM ke 6 Malaysia.Menurut jerusalem post.....Fikir-fikirkan....

07 Mei 2008

Dato Hassan Ali ,Mana janji mu....



Datuk Hassan Ali berkobar-kobar menabur janji pilihanraya sebelum PRU12.Namun kenyataan MB Selangor baru2 ini berkenaan pengurangan cukai pintu yang tidak dapat dilaksanakan buat masa ini sekaligus mengugat kepercayaan rakyat.Rakyat tertipu apabila apa yang digembar-gemburkan belum satu pun belum dapat ditunaikan tetapi tuntutan penternak babi yang tertunai tanpa mengira rintihan masyarakat tempatan yang terlibat.