13 Mei 2008

Isu Karpal Singh, MB Nizar mula bersuara.......

Setelah beberapa hari mendiamkan diri daripada menjawab isu Karpal Singh mempertikaikan kuasa Sultan-sultan melayu,Menteri Besar Perak hari ini mula bersuara.Namun seperti yang telah dijangkakan,kenyataan beliau lebih bersifat mempertahan sekutu beliau karpal singh tanpa ada rasa kecewa dan perlu bertanggungjawab memperbetulkan apa yang telah diucapkan oleh Karpal Singh.Dalam kenyataan beliau,beliau menganggap bahawa kenyataan karpal singh adalah atas pandangan peribadinya.Beliau juga menyatakan bahawa karpal singh berhak menyuarakan pandangannya.
Pada pandangan saya,timbul beberapa persoalan dan tanggapan bahawa beliau atas kapasiti beliau sebagai Menteri Besar Perak, yang telah dilantik atas sebab entiti Melayu Islamnya, gagal dalam mempertahankan kedaulatan Kesultanan Melayu yang telah memberi beliau kuasa mentadbir Kerajaan Negeri Perak .Beliau membiarkan Karpal singh mengeluarkan pandangan yang menghina Sultan tanpa sedikit pun menegur, walaupun beliau memegang tampuk kuasa kerajaan negeri. Apatah lagi isu ini adalah atas kesilapan beliau yang telah diakui sendiri oleh beliau dalam permohonan maafnya kepada Baginda Sultan Perak.
Persoalannya, apakah beliau setuju dengan kenyataan Karpal singh dan permohonan maaf beliau
terhadap Baginda Sultan adalah bersifat sekadar melepaskan batuk ditangga.Tidakkah beliau sedar akan kebiadapan karpal singh terhadap Sultan Perak ini, mengguris hati umat melayu islam,bukan saja di Perak bahkan seluruh negara.Ini menguatkan lagi tanggapan umum bahawa pemilihan beliau sebagai MB Perak adalah tidak lebih sebagai proksi kepada DAP yang tidak mempedulikan perasaan orang melayu islam, lantaran ia boleh dicaci- maki oleh bangsa lain.Adakah DAP lebih kesultanannya daripada Baginda Sultan Melayu pada pandangan MB Nizar.
Adakah beliau setuju bahawa atas dasar demokrasi maka semua orang berhak menyuarakan pandangan,walaupun pandangan itu mengguris hati dan perasaan sesuatu kaum dan agama .Gerakan demokrasi seperti ini memang telah wujud didunia.Sebagaimana yg kita maklum,tayangan filem video "fitna" oleh seorang ahli politik Belanda yang mencetuskan bantahan umat Islam seluruh dunia baru baru ini, adalah signifikan dengan isu ini.Cuma yang berbeza dalam dua senario ini adalah di sini ia melibatkan Kedaulatan kesultanan melayu yang menjadi tunjang kepada Agama Islam itu sendiri dalam kontek Malaysia Amnya.Beliau sebagai
pemimpin kerajaan Negeri yang mewakili semua kaum harus sedar bahawa maruah orang melayu telah dipermainkan disitu.Dan seharusnya perlu ada tindakan seorang Menteri Besar memperbetulkan keadaan ini.
Kalau kenyataan "beliau berhak menyuarakan pendapatnya" diucap oleh MB Nizar,ini seolah-olah mengambarkan bahawa beliau setuju bahawa sesiapa saja boleh mengeluarkan kenyataan walaupun kenyataan itu bersifat menghina sesuatu kaum dan agama lain.
Kita perlu sedar bahawa kita tidak perlu mengikut demokrasi acuan barat.Demokrasi berperlembagaan yang diamalkan di Malaysia ini ada had dan batasannya.Prinsip demokrasi inilah yang telah membawa kita sehingga ketahap sekarang ini. Dan ianya perlu dipelihara supaya tidak ada orang yang sewenang-wenangnya mengguris hati pihak lain dalam sebuah negara majmuk seperti kita ini.Kita risau sekiranya satu hari nanti isu-isu sensitif lain akan ditimbulkan. Mungkin isu mengenai Islam dan kedudukan orang melayu akan terus diganggu gugat oleh karpal singh.Apakah MB Nizar boleh menanganinya atau pun beliau terus lesu dan menurut telunjuk DAP demi untuk menikmati tampuk kekuasaannya.....MB NIZAR .Tunjukkan kredibiliti dan keberanian mu.Ini cabaran umat melayu yang memerlukan pembelaan.Bukan penghinaan.

Tiada ulasan: