23 Disember 2008

"MasyaAllah"..... Mohd Sayuti Omar mengucap panjang...

Syabas Khairy Jamaluddin kerana keberaniannya hadir dalam forum wacana perdana"Transformasi Politik Malaysia" anjuran urusetia penerangan kerajaan negeri Kelantan.
Saya terpaku seketika semasa membaca laporan dari blog mso,dimana secara terang -terang dalam forum tersebut Husam musa menjelaskan kononnya pemahaman Islam oleh DAP lebih baik daripada Umno. Dakwa Husam DAP lebih faham Islam daripada Umno! MasyaAllah!

Beliau menyatakan keterpegunan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap pendekatan dan stail pemerintah Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai buktinya. Untuk rekod Guan Eng beberapa kali menceritakan yang beliau membaca kehebatan Umar Abdul Aziz sebagai seorang khalifah yang adil dan saksama. Bagi Pas langkah Guan Eng itu dianggap sebagai Guan Eng menerima konsep dan prinsip pentadbiran Umar Abdul Aziz.

Maknanya disini apa yang difahami,dipelajari dan diamalkan oleh orang UMNO tentang Islam selama ini tidak cukup darjatnya dibandingkan dengan pemahaman DAP.DAP lebih Islam dari orang islam itu sendiri.sebab itulah apabila Husam musa terlepas kata utk melaksanakan hudud dlm perbahasan itu,kenyataannya cepat2 ditarik balik,demi untuk menunjukkan betapa fahamnya DAP itu dengan Islam....Tapi kenapa bila kerajaan penang anjur I- dance jalanan,pemuda pas mogok pula ye...Bukankah DAP itu lebih Islamnya dibandingkan UMNO.Itukah konsep kefahaman Islam yg Guan Eng lebih tahu dari UMNO.Mungkin PAS pun kurang tahu Islam dari DAP kot......

10 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

itulah politik...

diputar belit dan tidak jujur lagi.

menarik artikel tuan blog dan mari kita teruskan perjuangan dedahkan belang sebenar mereka.

salam BPN..

The Revolution berkata...

Salam kepada semua...

Adakah dengan membaca kisah dan cara pemerintahan seorang khalifah Allah, kita boleh mengukur keimanannya dan kefahamannya tentang islam?
Saya rasa kalau itu yang PAS fikirkan, mungkin mereka yang kurang faham tentang islam...

Boleh ke kita katakan seseorang itu faham islam sekiranya pentadbiran mereka tidak berasaskan islam dan pemerintahan mereka bukan islam sebagai tunggaknya?

Kalau kita lihat isu araknya, babinya dan i-dancenya, adakah itu cara islam dan itu ke yang mereka faham tentang islam?

Kalau tidak silap saya, Nabi Muhammad dahulu membela kambing..
Kenapa tidak ikut cara islam ini?
kenapa buat kandang babi besar2an dan tak buat kandang kambing je?
Adakah fahaman islam mereka lebih kuat dari UMNO sehingga jualan arak berleluasa?

Masalahnya, kenapa yang selama agama islam sebagai tunggak pemerintahan PAS, tetapi PAS hanya membutakan mata dan memekakkan telinga seperti tidak tahu tentang islam itu...

atas pengetahuan yang saya ada, kita tidak boleh minum arak kerana haram tetapi disebabkan haram bukan sahaja tidak boleh minum bahkan kita sebagai umat islam juga tidak boleh jual pegang dan bersubahat atas perkara ini...
begitu juga dengan KHINZIR...

Sekiranya PAS setuju dengan kerajaan selangor atas penjualan arak dak pembukaan kandang babi ini, apakah pula status haram nya?
Sekiranya haram kenapa perlu dipersetujui?

Satu lagi isu hukum hudud,
Kalaubetullah DAP lebih kefahamannya tentang islam daripada UMNO, kenapa DAP menolak hukum hudud?

Kalau anda semua ada masa dan sudi ke blog saya, layari lah http://merevolusikandiri.blogspot.com

Terima kasih... Salam...

Cheguman berkata...

Elok la tu. Saya cadangkan Husam masuk DAP je. Mana tau boleh dapat kuota menteri Melayu apabila LG Eng jadi PM nanti.

Taminsari berkata...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

Pok Nik Klate berkata...

Memang patut pun...kahwin campur tanpa mempedulikan status ugama. Manusia macam Husam inilah merosakkan kesucian Islam di akhir zaman ni. Tak perlu nak tunggu Yahudi menjajahi Malaysia..cukup dgn kenyataan2 Husam Musa sahaja.
PERKAHWINAN CAMPUR
SUAMI = pkr(UGAMA...TAK TAHU)
ISTERI = dap (UGAMA..CAMPUR2)
ANAK = pas (SIMPATI KPD ISLAM)
Anak nak buat amalan Islam si Ibu marah..bapa tak kata apa2 sebab bapa takut pada isteri. Anak lagi la takut pada ibu tapi nak mengadu kat ayah..dia buat tak tahu. Apa anak harus buat????

abe MIE 'TERJAH' berkata...

nyanyuk kot

mn berkata...

Salam Bro,

Orite...Selamat Berjuang.

azlishukri berkata...

semoga Allah merahmati kita semua..

Syuk berkata...

aper nak heran...
Pas cakap lebey...
orang buat x boleh, die buat tarahal, ulama die org ramai yang leh kawtim buat fatwa baru bg ok....
hamPasss tul....

Unknown berkata...

Yang penting adalah iman....