28 Ogos 2008

DAP BERJAYA REALITIKAN HASRAT LEE KUAN YEW

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 12:24 AM . Thursday, August 28

1. LAKONAN Lee Kuan Yew yang paling hebat ialah semasa dia menangis teresak-esak sehari sebelum YTM Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Lee Kuan Yew menulis dalam Bibliografinya bahawa dia cuba berusaha menyelamatkan Singapura supaya terus berada dalam Malaysia, namun YTM Tunku tetap dengan keputusannya.

2. Bagi penulis, Lee Kuan Yew menangis bukan kerana Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dia Menangis kerana impiannya untuk menawan negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia melalui PAP dan konsep Malaysian Malaysia itu telah gagal berkecai. Lee Kuan Yew sebenarnya bercita-cita untuk menawan Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang di mana penduduk Cina majoriti atau hampir sama dengan orang Melayu. Itu cerita 40 tahun dulu, hari ini konsep Malaysian Malaysia yang disambung oleh DAP (adik PAP sebenarnya ) telah dihidupkan kembali dan sudah menguasai KL, Selangor, Ipoh dan 100% Penang. Lim Guan Eng hari pertama dilantik Ketua Menteri, tidak lagi menyebut Pulau Pinang sebaliknya menyebut Penang.

3. Sepanjang Tun Dr. Mahathir menjadi PM, Lee Kuan Yew seingat penulis menyebut 3 kali keinginannya untuk bergabung semula dengan Malaysia. Lee KUan Yew sedar, Singapura sudah tepu, sebab itu apabila Singapura memenangi kes Pulau Batu Puteh, mereka masih tak puashati, sebab itu mereka menuntut lagi kawasan perairan di situ ( EEZ ). Kerajaan Thailand sangat bijak apabila membatalkan pembelian saham Telekom Thai oelh Temasek Singapura. Alasan Thai sangat tepat iaitu faktor keselamatan. Memang benar kerana jika Temasek berjaya membeli saham satelit Thai, maka intipan Singapura ke atas Thai semakin mudah.

4. Orang Melayu di Malaysia tidak sedar, Singapura adalah diam berisi. Singapura dijaga oleh Amerika dan Israel. Semua komponen tentera Singapura dibeli dan diselenggara sama ada oleh Amerika atau Israel. Mossad sendiri berpangkalan di Singapura. Maka tidaklah hairan Malaysia Today server dia dah relocated di Singapore-based.

5. Orang Melayu juga tidak sedar, Amerika tidak mahu dalam sesebuah negara itu ada kaum yg Dominan dan memiliki hak istimewa. Sebab itu Amerika Tidak menandatangani Konvensyen Hak-Hak Orang Asal PBB. Amat malang Anwar mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat ( Malaysian Malaysia). Mudah difahami Malaysian Malaysia adalah Klon Malayan Union. Malah Persatuan Gereja Sabah juga sudah menghantar surat terima kasih kepada Anwar kerana sokongan Anwar menggunakan nama Allah oleh Gereja, malah MP PAS ( Khalid Samad) pun bersetuju Allah digunakan merujuk kepada God. Peliknya Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz mendiamkan sahaja.

6. Hari ini apabila kuasa politik bangsa Melayu yang selama ini dijaga oleh UMNO semakin terhakis, DAP terutamanya dan NonMalay dalam PKR sudah berani mempersoalkan kesucian agama Islam, sudah berani bercakap ya dan tidak kepada Raja-Raja Melayu, sudah berani berkata boleh dan tidak boleh dalam soal hak istimewa orang Melayu. sudah berani meletakkan syarat kepada bangsa Melayu.

7. Penulis percaya sasaran DAP seterusnya ialah menguasai Kerajaan Persekutuan. Kempen mereka pada PRU12 dahulu...Undi MCA=Undi Melayu semakin berjaya. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jelas menunjukkan DAP sudah kontrol minda bangsa mereka untuk menolak Melayu sebagai kuasa utama di negera ini. Mereka memaksa Pemimpin dan Bangsa Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, tetapi adakah Pemimpin dan Bangsa mereka mengamalkan konsep Malaysian Malaysia. Contoh yg paling terdekat...apakah Bahasa Utama dalam Konsep Malaysian Malaysia...Bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Terbukti di kalangan mereka , komuniti mereka tidak ada satupun yang menggunakan bahasa Melayu(bahasa Malaysia) apabila berkomunikasi!
Mereka mahu menjadikan Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia) sebagai bahasa sejarah sahaja sebagaimana lagu Majulah Singapura di Singapura! Kalaulah Hang Tuah, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Syed Albar, Datuk Harun Idris masih hidup...

Artikel dari blog Jentayu abaka

2 ulasan:

Luth berkata...

" Di sana-sini riuh se-Malaya yang Pak Lah tak bermaya, Pak Lah lembik, Pak Lah kuat tidur..!!! Kami mahukan pemimpin baru! Kami mahukan Najib menjadi pemimpin kami!!!

"EEEhhhh......???" Aku mula bertanya, "Apa beza Pak Lah dengan Najib???"

Selama ini pun setelah jawatan PM bertukar tangan, cuba berikan mana satu keputusan besar negara dibuat oleh Pak Lah???

Aku rasa tak ada pun...Dia cuma 'sign' sahja...

Minyak naik 70 sen pun bukan keputusan Pak Lah...pasal itu atas nasihat Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob. (aka Mamak Penang), sebab tu next day Tan Sri Nor yang kena jawab media...

Minyak turun pun, Dato' Shahrir yang kena buat statement, dan beberapa keputusan lain yang menunjukkan Pak Lah selama ini hanyalah pemimpin 'symbolik' yang sebenarnya jarang buat keputusan sendiri. Sehingga terpaksa menubuh jawatan baru iaitu "PENASIHAT-PENASIHAT" yang bertaraf MENTERI!!! Apa semuanya ini????

Jadi, kalau Najib naik, apakah kita rakyat marhaen mendapat keuntungan???? Apakah Najib akan memikirkan nasib rakyat sebagai agenda utama???

Yang nyata aku pasti tidak....kerana sedang menunggu satu lagi penasihat utama dalam rumah tangganya, iaitu: DATIN ROSMAH!! Itu yang mesti diutamakan dahulu....

Rakyat akan tetap 'nganga' dan akan ada seperti sekarang....dan tak akan berubah....Malah mungkin lagi terukk...Nasib lerrr...

Maka, aku fikir, perubahan mesti secara TOTAL....iaitu:
"TUMBANGKAN BN/Umno kesemuanya!!!" Kerana mereka tidak akan memikirkan nasib rakyat dan nasib anak-anak kita!! Mereka mementingkan nasib sanak saudara mereka dan segelintir pemimpin umno/kroni sahaja!! "

HANG LEKIR berkata...

Assalamualaikum,

Alasan Pas bekerjasama dengan Dap ialah kerana nak berdakwah kepada Dap

Lekir percaya bukan Pas yang berjaya dakwah Dap tapi Dap yang berjaya dakwahkan Pas

Dulu Kerajaan Khalifah Islam Turki lemah dan banyak korupsi tetapi mereka tetap pertahankan tanah Palestin daripada jatuh ke tangan zionis

Apabila ia dijatuhkan oleh Kamal Ataturk maka Islam terus jatuh di Turki,begitu juga Palestin

Sekarang ini kalau dah jatuhkan UMNO dan Barisan Nasional,perkara yang berlaku kepada Kerajaan Islam Turki akan kembali berlaku di Malaysia

Kamal Ataturk baru sudah muncul di Malaysia