07 Februari 2009

Owh....padanlaaa PR Perak tumbang.

Teman (org Perak ckp Teman = saya) dok follow ler isu dan situasi yang melanda negeri teman yang tercinta. Follow pun dari jauh jer... tapi bila sampai Tuanku tak perkenankan pembubaran dewan, tergerak rasanya teman nak balik ke Ipoh. Lebih lebih lagi bila dengar update tentang apa yang terjadi kat Kuala Kangsar... Ari Jumaat, lepas kerja terus cargasss... sepanjang jalan perasaan tu bercampur campur... sedih, marah , geram.. semua ada.. Teman rasa Datuk Seri Ir Nizar adalah MB terbaik rakyat Perak pernah dapat. Teman cakap terus terang, Teman memang tolak kerajaan BN.. Bukan kerana parti itu, tapi oleh kerana mereka yang kini menerajuinya...
Pendekkan cerita, sampai di Ipoh, sempat juga teman ajak kawan2 di ipoh pekena teh tarik. Salah seorangnya kawan sekolah dulu. Dia ni Cina, bapanya bekas MP yang pernah bertanding atas tiket DAP. Tetapi kini hanya sekadar menjadi ahli sahaja. Si anak mengatakan dia menyokong penuh kepada pentadbiran PR. Namun, dia berkata tumbangnya PR di Perak adalah kerana perbezaan jumlah kerusi antara parti yang sangat ketara dan sikap Exco2 yang berlagak dan sombong. Si anak ini seperti ayahnya, merupakan penyokong tetap DAP, namun apa yang terjadi memang sudah dijangka jika dilihat akan keadaan dalaman peneraju negeri ini. Si anak bercerita lagi, isu ini sudah dapat dihidu oleh kebanyakkan penyokong DAP yang rapat dengan Exco2 negeri. Setiap kali mesyuarat Exco, kata-kata seperti : - Kita ada 18 kerusi... takkan 6 kerusi jadi bos kita ? - U apa tau ?U belajar tinggi mana ? baik jadik posmen saja. (2 saudara tu Lawyer) Dsb.... - Kita takkan ikut arahan dari kerusi sikit, kita ada 18 kerusi... - U better learn how to walk first ? Setiap keputusan MB dipertikai. “Kita ada 18 kerusi” di ulang –ulang kepada semua exco dan MB sendiri. Setiap keputusan yang bakal dibuat oleh MB, disyaratkan oleh mereka supaya ianya direview dahulu oleh mereka.
Kalau raja dahulu kala memberi dekri (mcm tanda serah kuasa), si dia ini dikatakan sering membawa bulu burung (burung hapa ntah la) di mesyuarat exco dan mengatakan bulu burung ini simbolik kepada kuasa yang diberi oleh rakyat dikawasannya. Angkuh sungguh mereka ini. Bukan kata ada exco yang terasa, orang DAP sendiri pun dah mula menyampah. Ada satu exco ni, dari DAP dah menang 2 term, diorang kasik la jadik exco. Tapi 2 bersaudara ini kata apa kat dia; U better stay at home la (kebetulan dia mmg dah agak berumur) anything when we need u, we will call u.... Dia merungut, kalau ini mcm buat apa jadik exco... kulu kilir naik Camry dari umah ke ipoh jadi seperti passanger jer... driver yang tentukan nak pegi mana...
Si anak bercerita lagi, dia sedih kerana MB sebenarnya tidak dapat mengawal 2 bersaudara ini. Apakan tidak, kalau dibantah, hey... kitorang ada 18 kerusi tau... Betapa angkuhnya mereka, sejurus selepas menakluki Perak, seorang dr mereka membuat remark yang mengatakan kakitangan kerajaan negeri Perak lembab, tidak efisien dan sebagainya. Lalu ditegur MB, kata MB.... “These people now is working for us, they are our staff, don’t simply scold them before we try to change whatever need to be change....”
Si anak ini juga mengatakan bahawa, didalam exco, geng dari behrang dgn changkat jering tu la yang selalu diperlekehkan oleh 2 saudara ini.... setiap kali mesyuarat, suara mereka yang kerusi sikit ini, seperti tiada nilai. Walaupun begitu MB sentiasa cuba untuk mencapai keputusan yang paling baik untuk rakyat. Jenuh jugak la dia bertikam lidah dgn 2 saudara ini untuk capai sesuatu keputusan. Sememangnya pentadbiran Perak didominasi oleh DAP yang dikontrol 2 saudara ini, tetapi mcm mana nak halang mereka ini dari terus menjahanamkan Perak ?? Jadi, oleh disebabkan sukar bekerjasama dan sifat keangkuhan mereka serta asyik diperlekehkan, 2 geng dr behrang dan changkat jering ni tinggalkan PKR. Dari aku terus diperlekehkan dan dihina, ini jer cara untuk mengajar mereka-mereka yang tak sedar diri ini. 2 saudara ini tak sedar, mereka berkuasa disebabkan Pakatan Rakyat. Jadi setiap kerusi adalah penting. Rata-rata Cina di Ipoh merasakan PRU13 PKR akan kurang mendapat sambutan. PAS mungkin dapat mengambil kesempatan keatas keadaan ini. Lim Kit Siang dan anaknya tahu keadaan ini tetapi bertindak berdiam diri atau hanya menyatakan ini hal kerajaan negeri Perak, jadi tak perlu campur tangan mereka.
Teman terpikir, kalau betul apa yg diceritakan, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering tinggalkan PKR demi menghalang Perak dr dijahanamkan oleh 2 saudara ini. Itu jer cara yg ada kalau nak halang. ADUN Changkat Jering tu ex-army, asyik kene lekeh jer oleh Cina.. sure naik darah.. ADUN Behrang kalau tak silap, dia yang buka cawangan PKR di Behrang... dgr crita byk gak yang dia dah buat, tapi bila jadik Exco, kene ikut telunjuk 2 mangkuk ayun ni... Banyak persoalan timbul.... anda nilaikan sendiri, Teman cuma nyampaikan saja... Walla’ Hu’Allam Esok Teman nak pegi umah uncle teman (dia ni org UMNO)... katanya ada cerita tentang kenapa ADUN Bota buat lawak lompat sana sini...... nanti teman ceritakan kalau ada yang nak tahu.... P/S: dgr cerita ketua bahagian DAP Malim Nawar melayu... hmmmm... boleh ler DAP jadik MB plak lpas ni... itu pun kalau menang lagik laa...

Komen Mod

Ini adalah satu artikel yg diperolehi dari Tranungkite online yg dikirim oleh seorang yg menggunakan nickname Phyxius. Mungkin ini cerita sebenar yang berlaku dalam mesyuarat exco kerajaan negeri perak dibawah PR.Mungkin inilah sebabnya Timbalan speaker DAP pun berpaling tadah.Begitu juga dengan Yb Jamaludin dan Yb Osman.Kalau ini sebabnya maka logiklah mereka keluar dari pakatan rakyat.Tapi bekas Mb Nizar, demi mempertahankan kedudukan dan kemewahan sanggup untuk memperhambakan diri mempertahankan kedudukannya.Kalau betul ini yang berlaku betapa hinanya nizar ini bagai lembu dicucuk hidung oleh dua bersaudara ini.Tetapi pada masa yang sama menuduh YB Jamal dan Yb Osman termakan sogokan dari BN berjuta2 ringgit.Cuba kita renungkan betapa hinanya tindakan nizar ini sekiranya perkara ini benar2 terjadi.Sehinggakan membawa kecelakaan dipihak baginda Sultan Perak.Kalau betul wang yang jadi perkiraan YB2 yang melompat saya kira dengan jawatan mereka yang ada, banyak peluang yang boleh diperolehi dengan jawatan tertinggi negeri yang sudah mereka sandang.Tapi mereka memilih untuk keluar dari pakatan dan sudah pasti momentum sebenar tindakan mereka adalah dari kejadian yang diceritakan diatas.Sayangnya cerita ini tidak tersebar ke khalayak ramai.Harapan saya adalah supaya cerita ini dapat tersebar untuk kita lebih memahami politiking sebenar di Perak yang membawa kepada keruntuhan empayar PR di Perak.Kalau ramai maklum situasi sebenar ini saya percaya kejadian rusuhan dan penderhakaan terhadap sultan seperti yang berlaku hari ini dapat dielakkan.

05 Februari 2009

Kronologi Politik di Perak

KUALA LUMPUR, -- Berikut adalah kronologi politik di Perak sejak pilihan raya umum ke-12, 8 Mac tahun lalu sehingga hari ini:

9 Mac 2008: Gabungan parti DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi pada pilihan raya umum ke-12.

17 Mac 2008: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang dari Pas Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

19 Mac 2008: Istiadat angkat sumpah 10 anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

25 Ogos 2008: Dua anggota EXCO Kerajaan Negeri Perak Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Jailu dihadapkan di Mahkamah Sesyen atas tudahan rasuah berhubung projek pembangunan bernilai RM180 juta. Mahkamah tetap 10, 11 dan 12 Feb 2009 sebagai tarikh perbicaraan.

25 Jan 2009: ADUN Bota dari Umno, Datuk Nasaruddin Hashim mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) untuk menyertai PKR.

26 Jan 2009: Menteri Besar Perak mendakwa sekurang-kurangnya tiga lagi wakil rakyat daripada UMNO akan mengikut jejak ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim menyertai PKR.

28 Jan 2009: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan satu gerakan massa perlu dijalankan bagi mendesak ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil.

29 Jan 2009: MT UMNO menerima peletakan jawatan Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak berkuatkuasa serta merta.

30 Jan 2009: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, daripada Parti Keadilan Rakyat, akan menyertai BN.

1 Feb 2009: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak menolak kemungkinan terdapat ADUN daripada pembangkang di negeri Perak akan menyertai BN.

- Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang "hilang" sejak 26 Jan supaya mengisytiharkan segera pendirian mereka jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Jailu yang dihantar ke rumahnya pada 5.45 petang.

- Kedua-dua ADUN PKR menafikan meletakkan jawatan, sebaliknya mengakui pernah menandatangi surat janji taat setia bersama enam lagi ADUN PKR yang tidak bertarikh bahawa jika mereka keluar parti, mereka secara automatik perlu mengosongkan kerusi masing-masing.

2 Feb 2009: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak di Istana Kinta. Beliau tidak mengulas kepada media berhubung istiadat mengadap itu.

- Speaker DUN Perak, V. Sivakumar memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak.

- Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman berkata, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar daripada PKR.

- Seorang pegawai kepada Jamaluddin Mohd Radzi memberitahu media di Sepang bahawa wakil rakyat itu masih ahli PKR.- Seorang kenalan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu menafikan peletakan jawatan ADUN itu pada sidang akhbar di Shah Alam.

3 Feb 2009: SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Changkat Jering (N14) dan DUN Behrang (N59) serta tidak perlu mengadakan pilihan raya kecil bagi kedua-dua kawasan itu.

- ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi menganggap dirinya sebagai wakil rakyat Bebas selepas PKR menghantar surat peletakan jawatannya sebagai ADUN kepada Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

- Ketua DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham memberi tempoh 48 jam kepada SPR supaya mengkaji semula keputusan tidak mengadakan pilihan raya kecil.

4 Feb 2009: 1 tengah hari - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dijadualkan mengadakan sidang akhbar untuk membuat pengumuman penting.

1.30 tengah hari - Mohammad Nizar menangguhkan sidang akhbar tanpa memberi sebab.2 petang - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR tidak akan mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil

3 petang - Mohamad Nizar membuat tindakan luar biasa dengan mengumumkan pembubaran DUN serta merta sebelum memohon perkenan Sultan.

3.50 petang - Mohammad Nizar dilihat memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

4.35 petang - Empat ADUN Perak iaitu ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, ADUN Bota Datuk Nasarudin Hashim dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

5 petang - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan apabila tiga ADUN dari PKR dan seorang ADUN dari DAP mengumumkan keluar parti. BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

5.55 petang - Mohammad Nizar yang mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk meminta perkenan baginda membubarkan DUN meninggalkan Istana Kinta di Ipoh tanpa memaklumkan kepada media keputusan baginda.

-- BERNAMA

Komen mod

Rentetan krisis politik di Perak.MB Nizar dilihat mendahului kuasa Sultan apabila mengumumkan pembubaran Dun Perak sebelum mendapat perkenan Sultan.

04 Februari 2009

Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Begitulah yang dapat diandaikan dengan perumpamaannya berkenaan situasi politik di Perak sekarang ini.Ini adalah disebabkan oleh kerakusan dan keangkuhan sebuah kerajaan yang rapuh yang dibina hasil dari fitnah dan makian penyokongnya.Buat ketika ini empat orang adun PR telah menyertai BN antaranya termasuk Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menumpang teduh beberapa hari dalam kem PKR.Dua orang adun yang selama beberapa hari ini menjadi tumpuan media YB Jamaludin Mohd Radzi Adun Behrang dan YB Mohd Osman Mohd Jailu Adun Changkat Jering.Seorang lagi Adun yang juga bekas Timbalan speaker DUN ,YB Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP juga menyertai BN.Barisan Nasional berada di ambang penubuhan kerajaan Baru Negeri Perak.Rentetan keruntuhan kerajaan MB Nizar adalah disebabkan perebutan jawatan dan kepentingan yang meluap2 dikalangan pemimpin PR yang sukar dikawal oleh MB Nizar.Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat masih jauh dari mampu memimpin negeri inikan pula hajat memerintah negara.Dengan ini tamatlah dominasi DAP di Perak dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada orang melayu khususnya bagaimana jika DAP memerintah tanah 999 tahun diberi kepada bangsa mereka dan orang melayu tidak layak diberi keistimewaan ini.

Ukuran keadilan ala PKR...' hak engkau hak aku...hak aku tetap hak aku'

Jika dahulu, sebelum menguasai kerajaan negeri dan berjaya memperolehi kerusi yang banyak di Dewan Rakyat sehingga boleh mengisi jawatan Ketua Pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering membawa isu berkaitan dengan keadilan dan perjuangan yang lebih baik. Moto yang sering digunakan mesti dikaitkan dengan demokrasi, kepentingan dan hak rakyat serta penindasan terhadap rakyat. Namun setelah hampir satu tahun menguasai sebuah negeri iaitu Selangor dan menjadi rakan kongsi dalam tiga lagi negeri iaitu Perak, Pualau Pinang dan Kedah, rasanya elok dilihat apakah ukuran mengenai keadilan, kebenaran dan ketelusan PKR masih sama seperti sebelum mendapat sedikit kuasa.

UKURAN MENGENAI PERJALANAN PILIHAN RAYA DAN SPR

Sebelum pilihanraya umum ke-12, antara isu yang sering dibangkitkan ialah SPR tidak telus, wujudnya pengundi hantu dan SPR bersekongkol dengan kerajaan. Selepas pilihan raya umum ke-12 setelah lima negeri dikuasai oleh barisan pembangkang yang membentuk kerajaan campuran di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta PAS menguasai Kelantan, tidak timbul isu pengundi hantu, SPR tidak telus dan meragui keputusan pilihan raya umum ke-12. Namun menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, gegak gempita negara dibuatnya dengan isu pengundi hantu, senarai daftar pemilih tidak bersih. Bagaimanapun apabila menang di kedua-dua kerusi, tidak juga dapat dibuktikan wujudnya pengundi hantu malah mereka lupa apa yang disuarakan kerana asyik meraikan kejayaan. Terbaru, apabila SPR memutuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering seperti yang diharapkan, SPR kembali dituduh melampaui batas kuasa mereka dan mulalah lagu lama dinyanyikan klembali.

AKUAN BERSUMPAH, TUDUHAN DAN SIASATAN

Sejak mula ditubuhkan, PKR amat dikenali dengan dokumen yang namanya akuan bersumpah. Semua diakuankan secara bersumpah. Walaupun daripada sudut perundangan, akuan bersumpah boleh dibuat oleh sesiapa sahaja dan kemudiannya membayar RM5 kepada pesuruhjaya sumpah untuk dicop, ia seolah-olah menjadi dokumen yang telah membuktikan tuduhan. Setelah tuduhan, akuan bersumpah dibuat dan desakan agar siasatan siasatan dijalankan, ukuran yang digunakan oleh PKR terutama kepada musuh politkknya ialah : Belum pun kertas siasatan dibuka, desakan pertama ialah digantung tugas kerana ini untuk keadilan. Jika orang yang dituduh itu ada kaitan dengan sebarang kes yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang dituduh tidak boleh campur tangan dalam sebarang kes yang melibatkan Anwar (Contoh kes liwat yang terbaru terahdap Anwar, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara langsung sebagai institusi langsung tidak boleh ada kaitan dengan kes berkenaan hanya semata-mata Anwar membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (BPR ketika itu) terhadap kedua-dua pegawai terbabit. Terbaru, desakan Angkatan Muda PKR yang mahu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak digantung tugas hanya kerana ada seorang pemimpin Bahagian PKR buat dakwaan berhubung dengan tawaran RM50 juta. Namun, jika ada yang membabitkan pemimpin PKR : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukan sekadar ada aduan atau laporan tetapi telah pun disiasat, beliau masih boleh meneruskan tugas dan tidak perlu digantung tugas. Anwar sendiri ada kes di mahkamah, beliau sepatutnya ‘bercuti’ dahulu daripada tugas Ketua Pembangkang. Itu pun kalau mengikut standard keadilan dan ketelusan PKR sendiri namun ia tidak berlaku. Malah dalam kes Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu sendiri -semasa mereka jadi Exco Kerajaan Negeri Perak sebelum ini - PKR dan kerajaan Perak mengenepikan dan pandang remeh semua desakan agar ' bercuti' dulu sehingga kes mahkamah atas dakwaan keatas mereka. Namun kini bila kedua mereka beralih angin - PKR dan kerajaan Perak menyerang mereka habis-habisan.

DEMOKRASI, HAK DAN KEBEBASAN

Dalam konteks demokrasi, PKR mahu dilihat sebagai jaguh mempertahankan prinsip demokrasi di negara ini. Sebelum memperolehi sedikit kuasa , PKR sering mempertahankan hak sesorang untuk berpersatuan atau berpertubuhan (jika menyokong mereka) namun jika ada penyokong mereka keluar parti untuk menyertai parti lain (sesuai dengan hak berpesatuan yang diperjuangkan oleh PKR sendiri) ia dianggap satu pengkhianatan dan wujudnya sogokan. Namun kini setelah berkuasa sedikit, dalam perkembangan terbaru, perkara yang ditentang dahulu iaitu lompat parti kini telah menjadi sesuatu yang begitu demokratik di mata PKR. Contohnya ADUN Bota, Nasaruddin Hashim diangkat sebagai hero oleh PKR. Malah Anwar sendiri secara terbuka mengakui menjalankan usaha melobi serta mengajak wakil rakyat Barisan Nasional untuk melompat parti bagi memenuhi impian peribadinya menjadi Perdana Menteri. Namun ia dibuat atas nama rakyat kononnya. Begitulah demokratiknya PKR dalam soal hak berpertubuhan jika ia menguntungkan mereka.
Namun dalam isu dua ADUN PKR di Perak iaitu ADUN Behrang dan Changkat Jering belum pun meninggalkan atau melompat parti hanya berbeza pendapat dengan kepimpinan, mereka rupanya telah diikat dengan surat perletakan jawatan. Adakah ini satu tindakan demokratik. Malah, pelbagai usaha dibuat bagi ‘mematikan’ kedua-dua ADUN itu dengan berusaha untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan. Alasannya, perlu mendapat mandat rakyat. Lagi sekali rakyat dijadikan alasan. Namun jika itu ukuran PKR kenapa tidak melaksanakan perkara yang sama di Bota. Minta Nasaruddin letak jawatan bagi bolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk mendapat mandat rakyat. Agaknya ukuran yang digunakan oleh PKR dalam konteks demokrasi, hak dan kebebasan ialah seperti ungkapan yang selalu digunakan “ hak engkau hak aku, hak aku tetap hak aku”. Maknanya. apabila ada wakil rakyat melompat sertai mereka ia satu amalan demokrasi, hak dan kebebasan yang perlu dihormati. Namun jika ada wakil mereka pula cuba untuk menyertai parti lain, mereka diikat dengan surat letak jawatan (ini demokratik ke) dan pelbagai tohmahan dilemparkan (seperti diugut, disogok) dan didesak adakan pilihan raya kecil bagi mendapat mandat rakyat katanya. – 3/2/2009




Artikel dari Agendadaily.

komen moderator

Hipokrasi terbesar oleh pakatan rakyat. Satu untuk engkau sepuluh untuk aku.yang lainnya aku punya.....He....He....He......baru adil...

13 Januari 2009

Jagung belum setahun pun dah ade......

Belum setahun jagung pun dah ade perasaan tak puas hati anggota pakatan rakyat terhadap ahli parlimen dan ahli majlis yang dipilih mereka.Yang dashsyatnya ada tuduhan rasuah sekali.Bukan UMNO cakap.pemuda mereka cakap. http://amkkualalangat.blogspot.com/2009/01/komen-dari-pembaca.html dan ini juga http://amkkualalangat.blogspot.com/2009/01/masanya-nasi-menjadi-bubur.html.Ish....Ish....Ish.... dahsyat.dah nampak rasuah tak report ke.Diam ajelah kalau BN punya baru boleh kecoh.Kalau PR punya sedekah.Kah..Kah...Kah......

11 Januari 2009

Eh...silap tu nuar bukan dengan Erdogan tapi dengan Wolfowit and the gang.....

Seperti yg umum tahu,Anwar Ibrahim,seorang yang cukup berpengaruh bukan saja diperingkat negara bahkan peringkat dunia.beliau juga adalah antara 100 orang terpopular dunia mengikut penarafan majalah time utk tahun 2008.umum tahu apabila tuduhan meliwat bekas pembantunya(Saiful Bukhari) timbul,ramai rakan-rakan internasionalnya mengecam kerajaan Malaysia.Mereka menganggap bahawa tuduhan itu bermotif politik.antaranya senator Joseph Biden (regu Barrack Obama dlm pilihanraya presiden), Condoleeza Rice (s/u negara Amerika),Paul Martin(Bekas PM canada),Michael Camdessus(bekas pengerusi IMF) dan James Wolfensohn(bekas pengerusi IMF).Hubungannya pula dengan Paul Wolfowit (ultra neocon Zionist )tidak dapat disangkal lagi sehingga beliau pernah dilantik sebagai pengerusi Foundation For the Future tajaan Amerika.Disini jelas kita dapat melihat bahawa betapa besarnya pengaruh beliau diperingkat antarabangsa.


Tiba-tiba,apabila tanggal 27 disember 2008 muncul dimana tragedi yang menyayat dan menyiat-yiat hati umat Islam berlaku,(krisis Yahudi /Palestine) Anwar Ibrahim mengakui beliau hanya berperanan kecil sahaja dalam isu ini.Sama ada peranannya kecil atau sengaja mengecilkan skop peranannya itu,itu hanya dapat dijawap oleh yg empunya diri.Tapi kalau kita melihat secara umum dengan bagaimana rapat hubungannya dengan tokoh2 diatas,adalah sesuatu yang memalukan apabila beliau hanya mampu berbicara dengan Recep Tayyeb Erdogan berkenaan isu di gaza ini.Apa yang boleh kita cerna dalam situasi ini ialah ianya hanya mengukuhkan pendapat bahawa memang ada kem Erdogan dalam PAS ini.Kenapa tidak ambil tindakan tegas dengan menyatakan pandangan terhadap rakan2 zionis dan pronya bahawa tindakan Israel adalah satu kekejaman yang tidak dapat disetarakan dengan tindakan manusia.Kalau dulu berani mengecam Allahyarham Saddam Hussein,kenapa tidak berani mengecam Israel dihadapan Wolfowit.Apakah ini untuk kepentingan diri kerana apabila golongan ini tidak di usik,ia boleh menjadi penyelamat dimasa akan datang apabila beliau tersepit seperti yang berlaku sebelum ini.