28 Ogos 2008

DAP BERJAYA REALITIKAN HASRAT LEE KUAN YEW

Oleh : Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri Pada 12:24 AM . Thursday, August 28

1. LAKONAN Lee Kuan Yew yang paling hebat ialah semasa dia menangis teresak-esak sehari sebelum YTM Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia. Lee Kuan Yew menulis dalam Bibliografinya bahawa dia cuba berusaha menyelamatkan Singapura supaya terus berada dalam Malaysia, namun YTM Tunku tetap dengan keputusannya.

2. Bagi penulis, Lee Kuan Yew menangis bukan kerana Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Dia Menangis kerana impiannya untuk menawan negeri-negeri di Pantai Barat Malaysia melalui PAP dan konsep Malaysian Malaysia itu telah gagal berkecai. Lee Kuan Yew sebenarnya bercita-cita untuk menawan Johor Bahru, Seremban, Melaka, Kuala Lumpur, Ipoh, Penang di mana penduduk Cina majoriti atau hampir sama dengan orang Melayu. Itu cerita 40 tahun dulu, hari ini konsep Malaysian Malaysia yang disambung oleh DAP (adik PAP sebenarnya ) telah dihidupkan kembali dan sudah menguasai KL, Selangor, Ipoh dan 100% Penang. Lim Guan Eng hari pertama dilantik Ketua Menteri, tidak lagi menyebut Pulau Pinang sebaliknya menyebut Penang.

3. Sepanjang Tun Dr. Mahathir menjadi PM, Lee Kuan Yew seingat penulis menyebut 3 kali keinginannya untuk bergabung semula dengan Malaysia. Lee KUan Yew sedar, Singapura sudah tepu, sebab itu apabila Singapura memenangi kes Pulau Batu Puteh, mereka masih tak puashati, sebab itu mereka menuntut lagi kawasan perairan di situ ( EEZ ). Kerajaan Thailand sangat bijak apabila membatalkan pembelian saham Telekom Thai oelh Temasek Singapura. Alasan Thai sangat tepat iaitu faktor keselamatan. Memang benar kerana jika Temasek berjaya membeli saham satelit Thai, maka intipan Singapura ke atas Thai semakin mudah.

4. Orang Melayu di Malaysia tidak sedar, Singapura adalah diam berisi. Singapura dijaga oleh Amerika dan Israel. Semua komponen tentera Singapura dibeli dan diselenggara sama ada oleh Amerika atau Israel. Mossad sendiri berpangkalan di Singapura. Maka tidaklah hairan Malaysia Today server dia dah relocated di Singapore-based.

5. Orang Melayu juga tidak sedar, Amerika tidak mahu dalam sesebuah negara itu ada kaum yg Dominan dan memiliki hak istimewa. Sebab itu Amerika Tidak menandatangani Konvensyen Hak-Hak Orang Asal PBB. Amat malang Anwar mahu menghapuskan Ketuanan Melayu dan digantikan dengan Ketuanan Rakyat ( Malaysian Malaysia). Mudah difahami Malaysian Malaysia adalah Klon Malayan Union. Malah Persatuan Gereja Sabah juga sudah menghantar surat terima kasih kepada Anwar kerana sokongan Anwar menggunakan nama Allah oleh Gereja, malah MP PAS ( Khalid Samad) pun bersetuju Allah digunakan merujuk kepada God. Peliknya Hj Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz mendiamkan sahaja.

6. Hari ini apabila kuasa politik bangsa Melayu yang selama ini dijaga oleh UMNO semakin terhakis, DAP terutamanya dan NonMalay dalam PKR sudah berani mempersoalkan kesucian agama Islam, sudah berani bercakap ya dan tidak kepada Raja-Raja Melayu, sudah berani berkata boleh dan tidak boleh dalam soal hak istimewa orang Melayu. sudah berani meletakkan syarat kepada bangsa Melayu.

7. Penulis percaya sasaran DAP seterusnya ialah menguasai Kerajaan Persekutuan. Kempen mereka pada PRU12 dahulu...Undi MCA=Undi Melayu semakin berjaya. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh jelas menunjukkan DAP sudah kontrol minda bangsa mereka untuk menolak Melayu sebagai kuasa utama di negera ini. Mereka memaksa Pemimpin dan Bangsa Melayu menerima konsep Malaysian Malaysia, tetapi adakah Pemimpin dan Bangsa mereka mengamalkan konsep Malaysian Malaysia. Contoh yg paling terdekat...apakah Bahasa Utama dalam Konsep Malaysian Malaysia...Bahasa Mandarin atau Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia). Terbukti di kalangan mereka , komuniti mereka tidak ada satupun yang menggunakan bahasa Melayu(bahasa Malaysia) apabila berkomunikasi!
Mereka mahu menjadikan Bahasa Melayu(Bahasa Malaysia) sebagai bahasa sejarah sahaja sebagaimana lagu Majulah Singapura di Singapura! Kalaulah Hang Tuah, Zaaba, Panglima Bukit Gantang, Syed Albar, Datuk Harun Idris masih hidup...

Artikel dari blog Jentayu abaka

16 Ogos 2008

Ingatan semula buat Melayu/Islam Permatang Pauh.

Ini sebagai panduan dan ingatan buat pengundi Melayu/Islam di Permatang Pauh amnya dan petugas pilihahraya kecil pakatan rakyat khasnya.

15 Ogos 2008

Luahan kekecewaan pemuda PAS Selangor.




Jumaat 15 Ogos 2008 12 Sha'ban 1429 Hijrah
Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng
Mohd Nor Yahya Thu Aug 14, 08 5:05:39 pm MYT

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.
"Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.
"Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran," kata Mohd Sany.
Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.
"Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.
"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.
"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan," katanya sebagai sokongan usul 'Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat'.
Beliau juga berkata, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri. - mj/mks. _

sumber Harakahdaily.



Ulasan mod

Gambaran manifestasi sebenar hubungan PAS dalam PAKATAN RAKYAT berjaya diterjemah dalam muktamar Dewan Pemuda PAS setelah kerajaan PAKATAN RAKYAT terbentuk di Selangor dan Pulau Pinang.Di mana prinsip keadilan yang didakwa MB Nizar selari dengan perjuangan Islam bilamana anggota PAKATAN RAKYAT sendiri gagal menemui pemimpin yang
mereka julang untuk menyuarakan pandangan dan bantahan.Lebih menyedihkan lagi bilamana
kenyataan perwakilan pemuda PAS itu menyatakan bahawa perjuangan mereka tidak lebih sekadar hanya menjadi penjaga parking,pengutip sampah dan penampal poster ceramah dalam meneruskan agenda PAKATAN RAKYAT.Saya merasakan bahawa perlu ada kajian semula di pihak pimpinan PAS dalam mengekalkan hubungan dengan PAKATAN RAKYAT kerana ini merupakan satu penghinaan apabila prinsip perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS hanya layak dalam soal2 yang membabitkan pengutipan sampah dan menjaga parkir sahaja.Ini jelas satu penghinaan yang melibatkan entiti perjuangan Islam itu sendiri.Walhal pula perkara ini bukan didedahkan oleh UMNO/BN bahkan ini adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh pimpinan pemuda PAS sendiri dan disiar oleh akhbar Harakah. Mana maruah pemuda PAS kalau perkara ini terus-terusan menjadi agenda perjuangan mereka.Inilah bahana keangkuhan PAS bilamana menolak perbincangan ikhlas dengan UMNO dan rela menjaga parkir dan mengutip sampah DAP dan PKR yang dengan jelas tidak membuka pintu perbincangan apabila mereka berada di puncak kekuasaan.

11 Ogos 2008

Artikel dari blog Jentayu

DAP dan PAS akan tertipu.
Begitulah tajuk dalam artikel dari blog Jentayu yg disiarkan pd 11/08/08.Bagaimanapun
saya tidak menyentuh tentang artikel utamanya tapi saya tertarik dgn pandangan
ulasan pengulasnya yg mengenalkan diri sebagai En Muhammad.Berikut ini adalah pandangan beliau dan saya bersetuju dengannya.

Muhamad said...
Salam Saudara...Pada pandangan saya... DSAI tidak akan meninggalkan PR.. kerana DSAI mempunyai kepentingan dalam PR... Melalui PR sahaja beliau akan cuba mendapatkan jawatan PM.. Manakala DAP dengan agendanya tersendiri iaitu mahu menjadikan Malaysia seperti "Malayan Union" semua rakyat mempunyai hak sama rata termasuklah dalam hal ehwal agama Islam...Yang mungkin tertipu hanyalah PAS sahaja... Sebab PAS adalah parti Islam dan didalamnya majoriti Orang Melayu. DAP menggunakan kesempatan ini untuk memecah belahkan orang melayu dan Islam.. Manakala PKR adalah "jentera" yang menjalankan tugas ni... yang mendapat hasil adalah DAP dan DSAI sahaja. PAS pula tetap sama... yang hanya mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat berbuat apa-apa..Sekian, Terima kasih

10 Ogos 2008

Salah siapa,Siapa sokong, Siapa terhina.

"Saya melihat akhir-akhir pihak-pihak bukan Islam bertambah biadap didalam tindak-tanduk mereka dalam hal berkaitan Islam & bangsa Melayu. Bermula dengan menggunakan kes murtadnya Azlina Jailani menjadi Lina Joy. Tindakan Gereja Fatimah Brickfield membaptiskan Azlina tetapi tidak dikenakan sebarang tindakan membuatkan mereka besar kepala."

"Kemudian muncul Penerbitan Herald menuntut hak menggunakan nama ALLAH, yang tuntutan ini disokong pulak oleh Persatuan Gurdwara (Punjabi) Malaysia. Ini diikuti oleh tuntutan Sidang Injil Borneo menuntut hak membawa masuk penerbitan Kristian Bahasa Melayu dari Indonesia. Muncul pula Majlis Peguam mengadakan seminar berkaitan Hak Istimewa Melayu."


YB Zulkifli Nordin.MP Kulim Bandar Baru.

Ulasan Mod

Petikan tulisan YB Zulkifli Nordin Mp Kulim Bandar Baru yang mana dalam tulisannya
beliau menyalahkan pihak gereja yang berhasrat menggunakan nama ALLAH dalam terbitan makalah dan gereja mereka sebagaimana kita umat Islam di Malaysia.Kita sebagai umat Islam di Malaysia ini menentang usaha ini dan Pak Lah pun pernah mengeluarkan kenyataan bahawa nama ALLAH adalah eksklusif utk umat Islam sahaja dalam konteks kita di Malaysia.
Walaubagaimana pun pendapat ini telah di nafikan oleh rakan sepakatan YB Zul sendiri iaitu
YB Khalid Samad MP Shah Alam dengan mengambil kira perkara itutelah menjadi kebiasaan di beberapa negara lain.


Pada 27 Mac 2008, YB Khalid Samad (Ahli Parlimen PAS Shah Alam) menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut dan gentar untuk menggunakan terjemahan 'Allah' untuk merujuk kepada kalimah 'God' dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan 'Allah' hanyalah terjemahan kepada perkataan 'God'. Pada 27 Disember 2007, dalam satu majlis sambutan hari Krismas di Klang, Irene Fernandez (Bekas Timbalan Ketua Wanita PKR) mempersoalkan kenapa 'Allah' tidak boleh digunakan dalam akhbar Herald Tribune edisi Bahasa Inggeris. Selepas 19 hari menang sebagai Ahli Parlimen, Khalid Samad pula seolah senada dengan Irene Fernandez. Anwar Ibrahim yang dianggap sebagai Ketua Pakatan Rakyat berada sama dalam majlis di Klang ketika Irene mempersoalkan kalimah 'Allah'. Mengapa Anwar diam dan tidak menegur ketelanjuran yang dilakukan oleh Irene dan Khalid?

Persoalannya

1) Mengapa YB Zul masih setia menyokong pakatan rakyat sedangkan mereka mempunyai
pandangan yang berbeza dalam perkara yang amat penting kepada kita sebagai umat Islam.

2) Mengapa YB Zul menyalahkan pihak persatuan Gudwara (punjabi) kerana menyokong
usul ini,sedangkan YB Khalid Samad langsung tidak disentuh,sedangkan kita tahu bahawa
YB Zul seorang yang cukup sensitif tentang isu-isu berkaitan Islam.Kalau dulu beliau begitu
lantang memperjuangkan isu murtad dengan menuduh seolah-olah pihak kerajaan lah yang
memurtadkan ramai umat Islam di Malaysia.Sekarang apa dah jadi !!!.

3)Tidakkah YB Zul sedar bahawa rakan-rakan sepakatannya dalam Pakatan Rakyatlah
yang kuat mempertahankan isu-isu murtad dan penentangan terhadap Islam di Malaysia ini.
Kenapa sanggup lagi duduk sebaris dengan Irene fernandez,Tony pua,Sivarasa Rasiah,Tian Chua,Datuk Ambiga sendiri yang sering muncul di pentas pakatan rakyat.Karpal singh dulu pernah YB Zul kecam dlm ceramahnya sekarang bagai mana.Apakah YB Zul seorang superman
yang boleh melawan mereka semua "all by single handed" dengan izin.!!!!!

03 Ogos 2008

Dimana kredibiliti suara keadilan ?




Dua tajuk dalam keratan akhbar ini yang mendakwa memperjuangkan keadilan sewenang-wenangnya mengunakan perkataan SAH, yang manakalau dibaca memberi erti berita itu benar terbukti betul.Hakikatnya umum mengetahui bahawa apa yang berlaku adalah tidak benar seperti yang diwar-warkan.

SAH yang pertama melaporkan DSAI akan bertanding di Kulim BandarBaru,sedang hakikatnya yang terbaru DSAI mengumumkan untukbertanding di Permatang Pauh.

SAH yang kedua berkenaan laporan kes liwat.Hakikatnya dalam laporan doktor tersebut pengesahan dari Hospital kerajaan diperlukan.Apakah cukup dengan laporan yang mana pihak hospital yang bertanggungjawab sendiri tidak memperakui laporan itu adalah utk kes liwat.
Dalam senario ini, Polis belum mengeluarkan pertuduhan dan mahkamah pun belum bersidang.

Adakah akhbar begini boleh dipercayai dan boleh dijadikan rujukan dalam membuat pertimbangan.Perkataan SAH digunakan sewenang- wenang tanpa memikir dosa dan pahala dan menurut nafsu dan kepentingan sendiri.Di depan mata kita media ini cuba menipu kita semua hidup2.