20 Mei 2008

Jawapan atau pembalasan dendam?

18May08 Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Mukhriz
post info By Admin

Categories: Sidenotes Kenyataan Media, oleh Dato’ Salehuddin Hashim, Setiausaha Agung KeADILan, 17 Mei 2008

Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan merujuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai mempunyai kaitan dengan anasir
anti Islam di Amerika adalah satu kenyataan yang dangkal dan dibuat secara mala fide.
Pemilihan Paul Wolfowitz sebagai pengulas di dalam artikel edisi Khas Majalah Time mengenai Anwar Ibrahim adalah keputusan yang
independen yang dibuat oleh editorial majalah Time sendiri.
Mukhriz secara asasnya gagal untuk memahami isi kandungan ulasan Wolfowitz, yang menyatakan:
“When he was finally released from prison in 2004, U.S. policy on Iraq was unpopular in Malaysia, and Anwar was harshly critical. It would
have been easy for him to disown our friendship, but he is not that kind of person. He kept the channels of dialogue open, even while
making clear our disagreements.”
Wolfowitz sendiri mengauki bahawa ketegasan Dato’ Seri Anwar mengenai perang di Iraq dan Anwar dengan tegas dan jelas menyatakan
ketidaksetujuan beliau mengenai perkara tersebut secara berhadapan.
Keputusan Dato’ Seri Anwar untuk tidak memutuskan jambatan silaturrahim menggambarkan sifat negarawan beliau, yang jelas
membuktikan bahawa dengan memutuskan silaturrahim tidak akan membantu sebarang usaha menghentikan perang mahupun
menyumbang sebarang harapan untuk keamanan di masa hadapan.
Tuduhan mengenai liputan Jerusalem Post yang mengulas mengenai Dato Seri Anwar sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia juga
menimbulkan pertikaian. Sekiranya Mukhriz boleh membuktikan bahawa hanya Jerusalem Post yang menjadi satu-satunya akhbar di
dalam dunia yang memainkan spekulasi bahawa Dato Seri Anwar akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, maka itu bolehlah dijadikan
asas kepada tuduhan beliau yang bersifat melulu tersebut.
Hakikatnya ialah media di seluruh dunia tidak berada di bawah kawalan Barisan Nasional, sepertimana berlaku di Malaysia. Secara
objektifnya seluruh dunia kini memerhatikan kebenaran terserlah dengan perkembangan politik, kebangkitan rakyat, dan kejatuhan
Barisan Nasional dewasa ini secara khusus menjadi petanda bahawa potensi Dato Seri Anwar untuk menjadi bakal Perdana Menteri
Malaysia adalah benar.
Merujuk kepada Yayasan Masa Hadapan (Foundation For the Future, FFF), Mukhriz begitu ghairah menunding jari mempersoalkan sumber
dana yang diperoleh FFF, tetapi gagal memperincikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan.
Antara projek yang dibelanjakan oleh FFF yang melibatkan tajaan jutaan ringgit termasuklah:
* The Arab Focus on Rule of Law Reform - The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity (ACRLI) (Jordan)
* Regional Action Network on Tolerance - Ramallah Center for Human Rights Studies (RCHRS) (Palestin)
* Youth and Democracy Reform in Yemen - National Forum for Human Rights (NFHR) (Yemen)
* Middle East Center for Media Excellence - Samir Kassir Foundation (Lebanon)
* Women’s Human Rights Education Program - Al-Jamiya Al-Khairiyah Al-Islamiya Al-Amlieh (Philanthropic Amlieh Association) (Lebanon)
* Promoting the Independence of the Egyptian Judiciary - United Group: Attorneys at Law, Legal Advisors and Human Rights Advocates
(Mesir)
* Institutional Support for the Central Elections Commission - Central Elections Commission (Palestin)
* Human Rights Information & Training Center - HRITC (Yemen)
* The Arab Center for the Development of the Rule of Law & Integrity - ACRLI (Jordan)
Bertentangan dengan salahtafsir Mukhriz ini, rakyat Malaysia sepatutnya menyatakan rasa bangga di mana pandangan komuniti
antarabangsa - memilih Dato Seri Anwar sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah FFF yang turut dianggotai oleh personaliti terkemuka
dunia, dan juga memilih beliau sebagai salah seorang daripada 100 manusia berpengaruh di dunia - penghargaan yang buat pertama kali
dianugerahkan kepada seorang rakyat Malaysia.
Tidak ada sebarang keraguan yang perlu dibangkitkan daripada penglibatan Dato Seri Anwar dan hubungkait beliau tersebut. Sedih
sekali, ianya tidak dapat diungkapkan oleh mereka yang rakap dengan Mukhriz.
Dalam keadaan Mukhriz sedang menggambarkan diri beliau sebagai seorang yang profesional dan beretika, rakyat Malaysia berhak untuk
berasa malu tatkala bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, telah didedahkan terlibat dengan membuat bayaran sebanyak RM4.6
juta kepada pelobi Amerika pro-Zionis, Jack Abramoff demi memastikan pertemuan antara Mahathir dan Presiden George Bush
direalisasikan.
Abramoff telah menyatakan kekesalan beliau merasuah ahli-ahli politik Amerika dan menipu puak peribumi Amerika di dalam “casino
deal”, dan Mahathir sendiri telah mengaku bahawa wang yang dibayar untuk menjamin pertemuaan pada Mei 2002 tersebut hanyalah ’
sesuatu yang normal’. Pendedahan terbaru oleh Suruhanjaya Diraja menggambarkan Mahathir sebagai seorang manusia yang tidak
mempunyai pertimbangan nyata untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk meluaskan pengaruh.
Kita menyedari bahawa Dato Seri Anwar tidak perlu membayar kepada sesiapapun untuk dijemput oleh mana-mana pemimpin
antarabangsa dan pemimpin negara-negara luar, khususnya di kalangan dunia Islam, di mana pandangan beliau sebagai seorang
negarawan dan pemikir senantiasa dipandang tinggi dan diterima.
Serangan Mukhriz jelas menggambarkan tindakan terdesak beliau yang mahu mengalihkan pandangan umum daripada laporan
Suruhanjaya Diraja yang mengaitkan bapanya terlibat dalam salahguna kuasa dan pemusnahan sistematik integriti kehakiman negara.
KeADILan mempelawa sesiapa dan semua individu yang mempertikaikan rekod Dato Seri Anwar sebagai pemimpin Malaysia, Muslim dan
Melayu yang bertindak secara konsisten dengan kebenaran dan keadilan - demi orang Melayu, masyarakat Muslim, rakyat Malaysia, dan
segenap lapisan manusia.

Dato’ Salehuddin Hashim
Setiausaha AgungParti Keadilan Rakyat

Artikel diatas telah dipetik dari link yg diberi oleh blog DSAI berkenaan Kenyataan SUA KeADILan mengenai tuduhan Dato' Mukhriz di dewan rakyat.

Komen moderator:

Isu keterlibatan DSAI dengan anasir pro yahudi dan amerika telah dibangkitkan diparlimen baru2 ini oleh Dato' Mukhris Tun Dr Mahathir.Persoalan ini telah cuba dijawab oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat yang baru, Dato' Salehuddin Hashim.Jawapan yg diberi oleh beliau
dilihat tidak lebih kepada jawapan utk menghentam kembali Tun Dr Mahathir, kerana soalan ini dibangkitkan oleh Dato' Mukhris.Kalau soalan ini ditanyakan oleh ahli parlimen lain saya kira Tuan Setiausaha Agung PKR tidak dapat menjawab persoalan ini kerana ia tidak
dapat mengaitkan keterlibatan Tun Dr M, yang pada beliau dilihat sebagai hujah paling kuat utk menyokong hujah jawapan balas berkenaan isu ini.

Pada pandangan saya isu ini dibawa ke parlimen utk dijawab oleh PKR sebagai penjelasan kepada rakyat.PKR tidak harus melihat perkara ini semata2 kerana usul ini dibawa oleh anak Tun Dr M.PKR seharusnya melihat isu ini telah dibawa kepengetahuan rakyat melalui dewan
rakyat dan jawapan kepada isu ini haruslah menjurus kepada penerimaan rakyat.Bukan utk menghentam Tun Dr Mahathir.

DSAI seharusnya menjelaskan negara manakah yang menaja pertubuhan yayasan masa depan (Foundation For the Future) yang sekarang ini dipengerusikan oleh beliau.Terdapat dakwaan bahawa FFF ini ditaja dan mendapat dana dari Amerika.
Perlu ada jawapan mengapa kita sebagai umat Islam perlu percaya kepada pertubuhan ini jika Amerika mengeluarkan dana keatasnya.Adakah kita boleh percaya Amerika akan mengeluarkan modal tanpa memperolehi keuntungan politik yang seterusnya melemahkan seterunya yakni Islam dalam kontek ini.
Kalau betul lantikan beliau patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia ,Mengapa secara tiba-tiba beliau bercadang utk meletakkan jawatan pengerusi FFF dlm masa terdekat ini.Adakah beliau bimbang jawatan pengerusi FFF yang disandangnya akan melemahkan pengaruh domestik politik beliau pada masa ini.Kalau kita berkunjung kelaman blog DSAI,kita boleh lihat bagaimana beliau merasa sangat lega kerana serangan ini telah dijawab oleh Setiausaha Agung partinya.Dibawah ini saya siarkan petikan ulasan beliau mengenai isu ini.

19May Serangan dijawab, kebejatan dibongkar
By Admin 83 Comments Categories: Anwar

Terima kasih Sdr Sallehuddin kerana penjelasan bersabit serangan Mukhriz.Bapa borek anak rintik. Kaedah Sun Tzu diamal oleh si anak, yakni cari helah waima fitnah sekalipun untuk mengalih dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Kekayaan melimpah ranah, umur muda, kerja kurang tetapi jenuh dengan harta. Dan kini terbongkar kebejatan memusnah badan kehakiman ala peguam harapan keluarga, VK Lingam. Ha, bersilatlah.

ANWAR IBRAHIM

Persoalannya. Isu ini adalah isu berkaitan tuduhan keatas dirinya.Adalah pelik kalau dalam zaman sekarang ini dimana banyak saluran boleh digunakanuntuk menjawab tuduhan.Dengan blog sendiri ,permit akhbar parti pun telah diberikan oleh kerajaan ,mengapa tidak DSAI sendiri menjawab tuduhan2 ini melalui blognya.Kenapa sesudah beberapa hari baru timbul kenyataan oleh Setiausaha Agung partinya.Kenapa seorang dari 100 orang paling berpengaruh didunia menurut majalah TIME ini tidak berani menjawab tuduhan keatas dirinya sendiri.

Dato' Salehuddin patut tersenarai sekali dlm list 100 orang tu atas keberaniannya menjawab tuduhan keatas DSAI.
Timbul persoalan mengenai kenyataan Paul Wolfowit bahawa DSAI amat bertegas tidak bersetuju tentang dasar perang iraq oleh Amerika. Tun Dr M juga bertegas membantah dasar luar Amerika terhadap Islam.Tetapi penerimaan Amerika terhadap ketegasan Tun Dr M tidak
sama sebagaimana ketegasan DSAI.Tun Dr M terpaksa membayar sejumlah wang kepada pelobi White House utk bertemu George Bush menyuarakan pandangan beliau khusus utk umat Islam sejagat.Walhal DSAI tak perlu membayar satu sen pun utk bertemu pihak imperialis ini.Bahkan beliau mendapat layanan istimewa dan dilantik sebagai Professor di Georgetown University di Amerika .Selain itu beliau juga terlibat dalam banyak pertubuhan yang perlu diragui oleh umat
Islam kerana keterlibatan Amerika dan yahudi dalam pertubuhan2 tersebut.Ini banyak dipaparkan dlm youtube dan perlu dijelaskan oleh beliau.Lihat .rapatnya beliau dengan yahudi ini.

DSAI perlu berani kerana benar.Perlu juga timbul kerisauan dalam hati kita bila kita lihat bagaimana DSAI begitu beria-ia utk mempercepatkan perjanjian FTA antara Amerika dengan
Malaysia.Sekarang ini perbincangan memang telah berjalan diantara kerajaan dan pihak Amerika tetapi kajian teliti perlu dibuat supaya perjanjian ini membawa kepada win-win situation.Tidak memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.

Dari apa yang berlaku kita dapat melihat bagaimana rapatnya DSAI dengan pihak yahudi dan Amerika ini dan inilah yang sebenarnya menjadi kebimbangan umat Islam dalam negara kita apatah lagi jika melihat cita2 DSAI utk menjadi PM ke6 Malaysia.Kemanakah hala
tuju kita bila DSAI berkuasa.Alangkan tatkala mereka menguasai lima negeri dlm Malaysia ini pun ,banyak isu mengenai Islam seperti percetakan bible dlm bahasa melayu,penggunaan nama ALLAH dalam agama lain,soal murtad dan lain2 mula dipersoalkan, inikan pula
bila beliau mendapat mandat sebagai PM nanti.Yang peliknya DSAI hanya mengambil sikap berdiam diri apabila isu ini dipersoalkan.Dan DSAI pula berjaya mendiamkan sekutu2nya
seperti Mahfuz Omar,Mat Sabu,TG Hj Hadi,Zulkifli Nordin,Dr Hatta Ramli dan lain-lain dlm membicarakan isu-isu seperti ini.Bukan saja berdiam diri bahkan ahli parlimen Shah Alam Ir Khalid Samad bersetuju dengan penggunaan nama ALLAH utk agama lain.Kalau sebelum
ini kita dapat lihat bagaimana melompatnya mereka apabila tercuit isu yahudi dan Amerika tetapi sekarang mereka senyap membisu tanpa ada sangsi.Inilah bukti apabila mereka disogok dengan kuasa,luntur idealisma perjuangan mereka.Kesimpulannya ialah jawapan
Dato' Salehuddin ini bukan menjawab soalan pokok bahkan menimbulkan soalan yang lebih besar lagi dibenak masyarakat dan rakyat dalam negara kita.

2 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

betul...DSAI penakut rupanya...Tuhan tentu tidak akan mengizinkan seorang pro barat dan muslim moderate yang keliru fahaman agamanya akan menjadi PM Malaysia.

Moga Ezam akan membongkar segala rahsia DSAI selepas masuk UMNO tidak lama lagi.

Rupanya 'patah tumbuh hilang berganti'

taipingmali berkata...

Anwar akan pertaruhkan 2 calon. iaitu dia dan seorang calon bebas. standby takut dia dibatalkan pencalonan dan juga takut DAP dan PAS bertanding sama. Andai Pas dan Dap meletakkan calon dia mungkin suruh budak suruhan tarik diri, tetapi kalau Pas dan Dap tak letak calon dan dia disahkan boleh bertanding dia akan arah budak suruhannya tarik diri. Apa pun kita tunggu dan lihat.

Ada pemimpin UMNO ajak boikot pilihann raya kecil tu. Boleh bukan tak boleh. Ia ibaratkan seorang pemain bola simpanan yang diarahkan oleh jurulatih supaya bersiap masuk padang dan dia kata "saya tak mahu main lah hari ini" apa hukumnya, pemain itu patut di buang terus dari pasukan,

So jangan ada ahli MT mencadangkan supaya boikut PRK. Pak Lah kena sepak mereka kuluar dari barisan MT kalau ada yg berkata begitu,