27 Mei 2008

Islam Hadhari di haram,maksiat berleluasa,janji tak tertunai.

Isu mengharamkan konsep Islam Hadhari yang telah diputuskan oleh kerajaan negeri selangor baru-baru ini jelas bermotifkan politik semata mata.Ia juga dapat di tafsirkan sebagai menutup kelemahan diri dalam menjalankan tanggungjawab untuk terus mencari sumber baru kerajaan negeri selain memenuhi janji2 pilihanraya yang telah ditabur.Saya kira masih banyak lagi perkara mungkar dan tidak betul boleh di cegah dan saya kira pendekatan prinsip Islam Hadari ini perlu di fahami dengan mendalam.Benarkah Islam Hadhari ini membawa kepada perpecahan atau kekeliruan kepada umum. Atau ia hanya satu pendapat yang tidak dipersetujui oleh pihak kerajaan Selangor sekarang ini atas perhitungan untung rugi dalam berpolitik.Pandangan saya,Islam Hadhari ini adalah tidak lebih kepada saranan kepada umat Islam dalam negara ini untuk mencapai kejayaan seperti tamadun Islam yang sebelum ini menjadi kebanggaan kita umat Islam seluruhnya.Islam Hadhari bukan satu mazhab baru atau cabang baru dalam Islam.Konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang ini tidak pernah mengajar supaya mengurangkan atau menambah hukum-hukum Islam yang ada.Kerajaan mengakui bahawa hukum Islam yang ada memang telah sempurna.Tetapi salahkah kerajaan kalau sekadar menyarankan rakyatnya,supaya ada satu semangat dan kesungguhan yang dapat membawa kepada kejayaan ummah dengan lebih cemerlang.Sebagaimana seorang ayah menyarankan anaknya supaya mengambil satu sikap positif utk berjaya dlm hidup.Konsep Islam Hadhari ini juga telah terbukti diterima oleh dunia Islam dimana 90 ulama Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan 1,000 ulama yang menghadiri multaqa alumni al-Azhar awal tahun ini, telah sepakat menerima pendekatan Islam Hadhari. Dilaporkan juga bahawa para ulama dunia itu turut menyarankan supaya negara-negara Islam lain mencontohi pendekatan yang telah diambil Malaysia.Justeru adalah sesuatu yang pelik apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali,mengambil keputusan untuk mengharamkan konsep Islam Hadhari di negeri Selangor.Apakah kedudukan dan ilmu beliau lebih tinggi daripada ulama2 dunia Islam yang lain.Dijangka langkah yang sama akan diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Tuan Guru Lim Guan Eng anak kepada imam besar Lim Kit Siang.Barangkali pandangan ulamak2 inilah yang menjadi panduan kepada Tuan ulamak besar Datuk Hassan Ali sebagai panduan dan rujukan dalam membuat keputusan berkenaan kepentingan umat Islam di Selangor.Datuk, buka mata dan hati.Selesaikan isu lain yang lebih penting tentang umat Islam di Selangor.Sebagaimana yang diberitahu ketua pembangkang maksiat semakin berleluasa di Selangor semenjak kerajaan pakatan rakyat memerintah.

3 ulasan:

Mohd Nadzri Kamsin berkata...

Tindakan mungkin lebih kepada motif politik tetapi sejauh manakah keberkesanan Islam Hadhari kepada umat Islam di Malaysia??

The Hidden Side berkata...

Visit: http://www.less-demanding-boy.blogspot.com/

Is Mahathir A Jewish Agent?


The Hidden Side: Is Dr Mahathir A Freemason? Why Support Atatürk

Tanpa Nama berkata...

sungguh pedas kata-kata kita pada hari ini. nampaknya politik bukan menyatukan tapi lagi byk memecahkan belahkan kita. saya lebih gemar menggunakan umat islam kerana islam itu tidak terbatas kepada melayu sahaja.

islam adalah universal, cina, india dan sebagainya. adakah wajar kita membangkitkan isu islam kemudian disusuli dengan melayu kemudian mengutuk kaum lain?

mana iman yang soheh, amal yang soleh kita?