17 Disember 2008

"Buy Malaysian Last" oleh Pakatan Rakyat

Apa rasionalnya tindakan negeri -negeri pakatan rakyat berhubung isu penggunaan kereta rasmi kerajaan negeri. tindakan ini sedikit sebanyak dapat melemahkan industri automotif negara yang mana kerajaan bertungkus lumus menggunakan segala ruang yang ada untuk menyelamatkan industri ini demi maruah negara.Ini juga melibatkan industri sokongannya yang mana melibatkan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat kita sendiri.

Apakah alasan menjimatkan kos penyelengaraan jangka panjang demi menyelamatkan wang rakyat (pembayar cukai ) boleh diterima .Kalau betul itu natijahnya ...untuk menyelamatkan wang rakyat ,kenapa tidak saja menggunakan kenderaan yang lebih murah.MYVI atau WAJA contohnya.Nah ....sudah pasti jawapannya ialah tak sesuai dengan imej kerajaan negeri.Jadi disini jelas...kos bukan isunya.Kalau dulu semasa belum memerintah banyak kritikan dilemparkan kepada BN.Membazirlah merompak duit rakyatlah dan macam2 lagi.

Kenapa sekarang ini pakatan rakyat tidak lagi mempamerkan imej sederhana Nik Aziz.Tak duduk rumah rasmi kerajaan negeri.Tinggal rumah sendiri.Ternyata pemimpin pakatan rakyat cuma berpura-pura.Berbohong dengan menggunakan Islam sebagai topeng kononnya warak, tidak bermewah2.Hakikatnya pakatan rakyat hipokrit .Dari pandangan orang bukan Islam.Dulu mereka cukup tertarik dengan imej zuhud Nik Aziz.Sekarang rahsia dah terbongkar.Bila pakatan rakyat berkuasa,mereka sendiri tak mampu mengikut jejak langkah Tuan guru seperti yang diwar2kan.

Sekurang-kurangnya Pak Lah yang diejek,hina dan keji oleh pakatan rakyat itu pun, cuma guna Proton Waja sebagai kenderaan rasmi Perdana Menteri Malaysia.Tindakan “buy malaysian last” ini hanya menampakkan imej dan semangat pakatan rakyat untuk menghancurkan keutuhan ekonomi dan semangat kebolehsaingan Malaysia diperingkat global.Sungguh-sungguh tidak patriotik.betul kata Datuk Zahid Hamidi.

Kalau alasan kerajaan Terengganu pun tak patriotik ,saya terima tapi sepatutnya pakatan rakyat mengambil iktibar peristiwa Terengganu dimana akhirnya walaupun mercedez telah dibeli,ia hanya digunakan sebagai kenderaan tetamu dan mereka masih dikehendaki menggunakan perdana V6 sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri.Ini adalah sebagai memenuhi dasar automotif negara yang sepatutnya dituruti sama oleh kerajaan Pakatan rakyat.Jelas pakatan rakyat tidak ada tanggungjawab dan tidak mahu memikul bebanan tanggungjawab negara walaupun mereka telah berkuasa......Malang sungguh negara mempunyai politikus yg sebegini.

1 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Perdana 2.0 dianggar berharga 102 k sebuah manakala Camry anggaran dalam harga 168 k sebuah.

Perbezaan 66 k jika didarab dengan 30 ( 14 buah oleh Selangor dan 16 oleh Perak ) maka rakyat terpaksa merelakan mereka membayar kereta tersebut dengan harga lebih tinggi = RM 1.98 juta lebih mahal berbanding Perdana Executive 2.0 produk Proton demi memenuhi selera besar pemimpin pakatan rakyat.

Sedangkan ia belum lagi dikira dengan kos penyelenggaraan yang pasti lebih tinggi berbanding Perdana 2.0 yang mudah diperolehi alat gantinya di mana mana kerana dibuat di Malaysia.

Justeru di mana rasionalnya mereka ingin menukar kereta dari kereta perdana kepada kereta import berjenama sekarang ini ?

Adakah ia semata mata untuk merosakkan sebuah reputasi GLC Malaysia bagi melangsai dendam kesumat di hati agar UMNO / BN akan menerima tamparan hebat kerana Proton adalah mercu kejayaan Malaysia??

Atau ia bagi memenuhi agenda sesetengah orang mereka?

Rasanya kita dapat meneka...