04 Februari 2009

Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Begitulah yang dapat diandaikan dengan perumpamaannya berkenaan situasi politik di Perak sekarang ini.Ini adalah disebabkan oleh kerakusan dan keangkuhan sebuah kerajaan yang rapuh yang dibina hasil dari fitnah dan makian penyokongnya.Buat ketika ini empat orang adun PR telah menyertai BN antaranya termasuk Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menumpang teduh beberapa hari dalam kem PKR.Dua orang adun yang selama beberapa hari ini menjadi tumpuan media YB Jamaludin Mohd Radzi Adun Behrang dan YB Mohd Osman Mohd Jailu Adun Changkat Jering.Seorang lagi Adun yang juga bekas Timbalan speaker DUN ,YB Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP juga menyertai BN.Barisan Nasional berada di ambang penubuhan kerajaan Baru Negeri Perak.Rentetan keruntuhan kerajaan MB Nizar adalah disebabkan perebutan jawatan dan kepentingan yang meluap2 dikalangan pemimpin PR yang sukar dikawal oleh MB Nizar.Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat masih jauh dari mampu memimpin negeri inikan pula hajat memerintah negara.Dengan ini tamatlah dominasi DAP di Perak dan sepatutnya ia menjadi pengajaran kepada orang melayu khususnya bagaimana jika DAP memerintah tanah 999 tahun diberi kepada bangsa mereka dan orang melayu tidak layak diberi keistimewaan ini.

1 ulasan: